PAS nak jual Rukun Negara pulak dah , memang SAH mereka SESAT

on Tuesday, March 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini PAS telah bangkitkan semula isu kalimah Allah setelah sudah lama reda isu yang pernah panas ketika awal tahun ini . PB tidak tahu apa motif Hadi Awang kali ini membangkitkan perkara ini dan lebih dasyat lagi mencadangkan kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama kepada kepercayaan kepada Allah !!!!

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. "Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi. Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW. klik di sini selanjutnya


Sudah hilang akal ke juak2 PAS ini semua ?? Keluar fatwa sesat main sedap mulut saja tanpa fikir langsung kesannya kepada umat Islam dan bukan Islam . Nampaknya nama Allah kali ini bukan hanya untuk Kristian , tetapi nampaknya PAS rela untuk semua agama di Malaysia jika Rukun Negara yang pertama ini ditukarkan kepada Kepercayaan kepada Allah .
Ini lah PAS For ALL , slogan yang melingkupkan umat Islam dan SESAT !!


PB harap kepada PERKASA , NGO2 Islam , Ulamak , Majlis Fatwa, dan Mufti2 dapat memberikan pandangan kenyataan PAS yang sudah SESAT ini kerana menukar Rukun Negara yang pertama ini merupakan satu ancaman besar dan boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia . Presiden PAS mengatakan Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam kenyataannya di atas ,

Adakah penganut agama LAIN tahu walaupun mereka cakap Tuhan mereka adalah ALLAH, merekalah umat yang diBINASAkan dan dimasukkan ke NERAKA seperti yang dinyatakan dalam Al Quran?


Kerajaan tidak perlu dengar cadangan gila PAS ini yang sekarang mahu menjual lagi nama Allah .
Rukun negara yang diperkenalkan selepas 13 Mei 1969 bertujuan mahu merapatkan semula perpaduan kaum di dalam negara . Kepercayaan Kepada Tuhan iaitu rukun negara pertama di dalam Rukunegara menjelaskan agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia . setiap warganegara Malaysia bebas mengamalkan agama yang akan dianutinya dan Perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.


"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran
.


Adakah Haji Hadi berhasrat seperti memaksa bukan Islam mempercayai keesaan Allah dan Islam ?Percaya keesaan Allah tidak hanya setakat mengunapakai nama Allah untuk tuhan-tuhan mereka, sebaliknya ia hendaklah disertai dengan keyakinan secara tauhid ( kepercayaan kepada Allah yang esa ) melalui yang ditauhidkan ( dengan pengakuan syahadah ) dan amal dengan anggota badan berdasarkan syariat yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-RasulNya terutama Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW. Dalam erti kata lain, mempercayai keesaan Allah ialah dengan memeluk Islam. Adakah mereka ini semuanya setuju perkara ini ???


firman Allah dalam surah Al - Kafirun : 6 jelas menerangkan bahawa kedudukan agama-agama di dunia pada pandangan Islam adalah jelas & tegas. Semua agama adalah tidak sama .



bermaksud:

“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”

Semua agama tidak sama dengan agama Islam. Kelainan agama Islam berbanding dengan agama lain ialah dari sudut keyakinan secara Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Esa) melalui yang ditauhidkan (dikuatkan dengan pengakuan Syahadah) dan amal (cara hidup atau amal) dengan anggota secara langsung kepada Allah berdasarkan syariat yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

LInk

Hadi menyalak lagi

Presiden PAS buktikan dirinya dan partinya jahil tentang Islam







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.