PAS terlampau angkuh dan kemaruk kuasa - Mufti Perak

on Friday, March 5, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.

Komen PB

Inilah wajah sebenar Islam ala PAS yang lebih rela bersama puak2 kafir harbi menubuhkan kerajaan berbanding dengan parti yang diketuai saudara Islam sendiri . Pemimpin PAS lebih utamakan puak2 kafir daripada mendengar pandangan ulama seperti Mufti Perak supaya PAS dan UMNO bergabung membentuk kerajaan bagi mempertahankan kuasa Islam di bumi Perak .




5 Responses

  1. Anonymous says:

    parti ajaran sesat tu yg patut nama pas pakai...harap kn berkopiah dan berjanggut tapi lebih hina dari org2 kafir..org2 pas harus bertaubat,,,umno tu melayu la wahai org2 pas yg bebal,walopun dia jahat tapi bangsa dan agama tak di gadai...DAPig tu kafir firaun...ini bermakna pas,pkr n DAPig adalah sama kafir,nik ajis dan ahli2 nya harus bertaubat kalo tak baik korang buang kopiah tu,potong janggut tu dari korang menyesatkan org2 lain..pas,pkr n DAPig adalah sama2 bodoh

  2. hanizam says:

    biarkan Parti Ajaran Sesat ni terus begitu...sikit-sikit tuhan akan tunjukkan siapa sebenarnya yang bertopeng agama, demi kepentingan politik sempit mereka...

  3. Anonymous says:

    Tuan Mufti kena hati2, kang kena sound cam Mohsin kang. Puak liPAS ni sejak PRU 12 dah lain macam perangai dia org, tak boleh ditegur langsung. Maklum la, dah menang 4 negeri.

    -atas pagar-

  4. Anonymous says:

    Teringin nak dengar apa komen orang Pas tentang pendedahan mufti perak ini. adakah nak hina dan keji beliau, nak tuduh beliau buat fitnah dan nak labelkan beliau balaci/pencacai umno atau bagaimana? ini direct melibatkan melayu islam di perak.

    orang kuala kangsar

  5. Ms Jade says:

    melayu la yang diperbodohkan di dalam ini cerita ye tak?

    no wonder la wujudnya cerita pasal pak andih bout how he menang sorak tapi his kampung tergadai...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.