Kerajaan Kedah rugi dalam masa 2 tahun pemerintahan PAS Kedah

on Tuesday, March 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tiga bulan masa yang diambil untuk menjayakan usahasama di antara Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan Razak melalui Kedah Corporation Sdn. Bhd. dan MAS Incorporated (PNG) Limited. Gahnya berita ini sedikit sebanyak telah meng"kembang kempis"kan hidung YB MB Kedah dan Penasihat Ekonominya, Che Had Dhali. Usaha sama yang dilaburkan di Papua New Guinea itu dilihat optimis untuk memberikan dana kepada Kerajaan Negeri Kedah yang dikhabarkan sentiasa "bocor poket".

Namun apa yang peliknya, baru-baru ini telah "meletup" berita mengatakan bahawa pelaburan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah di luar negara itu telah mengalami kerugian jutaan ringgit. Khabarnya, kerugian GLC negeri Kedah itu telah rugi di antara RM4 juta sehingga RM10 juta! Maka dikhabarkan juga bahawa "merah padam"lah muka MB Kedah yang sememangnya "serba tak tahu" & "serba tai chi" itu...


Atas kerugian anak syarikat Kerajaan Negeri itu juga maka angin bertiup kencang menuntut agar Azizan Razak meletak jawatan. Memandangkan bahawa 10hb Mac ini Azizan Razak akan merombak exco-exconya, apa salahnya jika dia merombak dirinya sebagai MB sekaligus? Dia pun bukannya bagus sangat pun mentadbir. Cakap saja pandai, "kelolo" dan "cenghe", tapi kerja satu apa pun dia tak tahu...

Akibat terlalu mempercayai Che Had Dhali, maka MB Kedah di"tibai" lagi. Sudah banyak rungutan tentang Penasihat Ekonomi MB ini. Jika dulu, Azizan Razak dan konco-konconya pernah membuat "rombongan" bertemu Tun M, melamar mantan PM kita itu untuk menjadi Penasihat Ekonomi Kedah. "Tun M tak kelapaq!", kata orang Kedah. Maka Che Had Dhali inilah yang dilantik. Percaya punya percaya, hancur segalanya.

Hakikat ini perlu ditelan oleh pentadbiran Azizan Razak. Kerugian demi kerugian telah menyebabkan Kedah semakin "kering kantung"nya. Jika dulu Azizan sering mengkritik dan membangkang Kerajaan BN Kedah yang lebih sedikit nilai kerugiannya, mengapa pula tidak mahu menerima kritikan yang serupa. Kononnya "depa" lebih bijak mengurus wang Kerajaan Negeri. Nampaknya, "jangan kata untung, habuk pun tarak"!

sumber : mykmu.net

link

Madah berhelah Mahaguru Tai Chi Kedah



Komen PB



Penceramah terkenal UMNO iaitu Ustaz Kamal Saidin pernah kata dalam perbahasan perwakilan pada 2003 dahulu yang PAS ni jaga satu sekolah agama rakyat pun tak boleh jaga macamana nak tadbir negeri ???


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.