sekarang ini Ahli Majlis MPSP berbangsa Melayu adalah 11 orang daripada
24 orang keseluruhan ahli majlis. Adakah selepas ini Pilihanraya PBT ini akan
kekal jumlah ahli majlis berbangsa Melayu ini ????
24 orang keseluruhan ahli majlis. Adakah selepas ini Pilihanraya PBT ini akan
kekal jumlah ahli majlis berbangsa Melayu ini ????
GEORGETOWN - Walaupun mengakui ada kelemahan dalam soal selidik yang dijalankan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempertahankan hasilnya yang mendapati majoriti responden menyokong pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
Koordinator Suaram cawangan Pulau Pinang, Ong Jing Cheng berkata, soal selidik yang hanya dijalankan selama dua hari bermula 20 Mac mendapati 92.7 peratus menyokong cadangan Kerajaan Negeri memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan.
Menurutnya, daripada 546 responden yang ditemui di Pasar Jelutong, Pasar Taman Tun Sardon, Medan Selera Supertanker, Padang Kota Lama, Weld Quay dan medan selera di sekitar Relau, 506 orang menyokong berbanding 40 yang tidak bersetuju.
“Dalam soal selidik berbunyi ‘adakah anda setuju dengan pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan sepertimana yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng?, kami dapati rakyat Pulau Pinang menyokong pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan.
“Rakyat mahu undi ketiga iaitu untuk memilih ahli majlis sebagai memenuhi prinsip akauntabiliti. Kalau prestasi mereka tidak memuaskan, rakyat boleh memilih calon yang lebih bagus pada pilihan raya tempatan akan datang,” katanya pada sidang media mengumumkan hasil soal selidik itu di sini, semalam.
PB ingin persoalkan adakah kaji selidik oleh SUARAM , iaitu NGO human right yang pro Anwar Ibrahim ini menyeluruh di semua pelusuk Pulau Pinang ?? Adakah kajian ini dibuat di sebelah pulau sahaja iaitu tempat yang komposisinya penduduknya dikuasai oleh kaum Cina ?? Mengapa kawasan Melayu majoriti di Seberang Perai tidak dibuat kaji selidik ??
Pemuda PAS sendiri tidak bersetuju dengan pilihanraya PBT ini kerana tahu implikasinya jika diadakan . Jika ia diluluskan maka terhapuslah penguasaan kerajaan negeri pada kerajaan tempatan,dan masyarakat cina dan india akan menguasai PBT di bandar.
Bayangkan berapa banyak PBT yang hanya di kuasai oleh orang melayu di seluruh Selangor dan Pulau Pinang?Berapa ramai melayu yang tinggal di kawasan bandar?Berapa ramai exco berbangsa melayu yang mengangotai exco PBT atas lantikan parti politik?
Adakah anda rela PBT punyai exco tempatan yang dikuasi oleh chauvanist cina dan menjadikan bandar bandar Selangor dan Pulau Pinang sebagai salah satu pusat pentadbiran mereka.
Kaji selidik SUARAM ini memang dijangka ramai responden bersetuju kerana semua respodennya dari kawasan majoriti Cina . Selain itu , jika pilihanraya ini diadakan persoalan pertama timbul ialah siapa bakal bertanding pilihan raya itu . Apakah ia membabitkan proksi parti politik atau individu tulen yang mahu berkhidmat sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT). Berdasarkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengadakan pilihan raya itu tidak lebih kecuali ada motif politik.
Ketika kerajaan pakatan pimpinannya menghadapi kemerosotan sokongan rakyat Pulau Pinang serta kritikan pemimpin ‘parti sahabat’ sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka cadangan beliau antara lain sebagai kaedah mengawal kerosakan terhadap DAP. Cadangan Guan Eng juga tidak lebih daripada sekadar mahu mengalihkan tumpuan umum terhadap kelemahan kerajaannya.
DAP menguasai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. PKR pula mengisi sembilan kerusi dan satu milik Pas manakala 11 milik Barisan Nasional (BN). Andai pilihan raya itu dibenarkan, Guan Eng berasakan DAP mampu mengulangi keupayaan seperti ketika pilihan raya umum 2008 lalu. Kemenangan itu akan dicanang, dimanipulasi dan dieksploitasi menjadi pelbagai bentuk isu serta modal politik parti pembangkang.
Jadi , implikasi pilihanraya PBT harus dilihat secara mendalam oleh kaum melayu,jangan hanya berkiblatkan parti politik anda menghalalkan cara tanpa memikirkan untung nasib bangsa sendiri.
oh tidak! sokong maka pejabat mppp & mpsp akan tinggal melayu teleponis dan sapu sampah saja. jadi fikirlah sendiri orang melayu!