KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohamad Ezam Mohd Nor kelmarin mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan rasuah dan kronisme sewaktu memegang jawatan dalam Kabinet.
Ezam berkata, Skim Kontraktor Wibawa (SKW) yang diwujudkan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan adalah semata-mata memenuhinya nafsu dan sifat tamak halobanya.
Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, daripada 2,000 syarikat kontraktor Melayu berdaftar, 15 syarikat diberikan projek secara terus tanpa tender di mana setiap projek bernilai RM1 billion.
“Saya dedahkan ini sebab saya mahu semua orang tahu bahawa Anwar pemimpin yang pentingkan diri sendiri, dan saya yakin Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak akan berani bersumpah menafikan perkara ini kerana buktinya ada dalam pengetahuan saya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Ceramah Umum Membongkar Rahsia, di Kampung Jalan Kebun, dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, laungan tender dan ketelusan yang dibuat Anwar kini, langsung tidak diamalkan ketika beliau masih berkuasa, masih menjadi Menteri Kewangan dan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Malah, ketika itu, tidak ada satu pun syarikat milik Cina atau India diberi tender.
“Ini semua jelas menunjukkan sikap hipokrit dan bermuka-muka Anwar yang hanya mahu menyelamatkan diri sendiri dalam keadaan tersepit,” katanya.
Ezam berkata, perbuatan dan tindakan Anwar membuat keputusan mendahulukan kepentingan diri sendiri berlarutan apabila beliau memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ezam turut menjelaskan bahawa tindakannya keluar meninggalkan PKR adalah disebabkan Ketua Umum PKR itu sudah tidak mampu mempertahankan asas negara iaitu Islam sebagai agama rasmi.
“Anwar bukan sahaja bercita-cita mendapatkan undi pengundi Cina dan India, malah turut dipengaruhi ’firaun-firaun kecil’ seperti dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. ”Sejak sekian lama kita hidup aman dan harmoni tetapi sikap Anwar membiarkan malah menyokong pemimpin-pemimpin sekutunya yang terang-terangan memperkotak-katikkan Islam dan Melayu hanya akan menghancurkan negara,” katanya.
Rasuah & Kronisme sejak Anwar ketika jadi Menteri Kewangan
on Tuesday, March 16, 2010
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2010
(308)
-
▼
March
(52)
- Muhyiddin buktikan dirinya berjiwa Melayu
- Muhyidin tempelak DAP dalam isu SJKC dan SJKT
- P94 Hulu Selangor : MIC beri nama calon kepada PM ,
- Al Gore disebalik tabir isu APCO
- Anwar pun ada hubungan dengan APCO ??
- Anwar tuduh kerajaan dalam isu APCO , tapi Azmin A...
- Pendedahan mengenai kaitan Anwar - Al Gore taja Y...
- Take Beer Ronnie berjaya menjadikan Malaysia 10 te...
- Wee Chee Keong dedah " The Little Napolean PKR "
- Tahniah Wali Selipar !! Kontrak disambung 5 tahun...
- Al Gore best friend Anwar Ibrahim
- Dulu penyokong PAS cakap TV3 suku , Sure Heboh har...
- Bukan " Selamatkan Malaysia " tapi Selamatkan Anwar
- 700 ahli PKR Ipoh Barat keluar parti sebab kecelup...
- Peguam Anwar Cap Ayam buat lawak bodoh
- Jom Heboh Kelantan tanda PAS For All utamakan hib...
- Al Fatihah kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor
- Video pendedahan siapa sebenarnya Nik Aziz ini
- Suaram cakap 93 % responden rakyat PP sokong Pilih...
- PAS nak jual Rukun Negara pulak dah , memang SAH m...
- Bapa DAP marah 1 Malaysia kerana Middle Malaysia...
- Apa gunanya slogan Harapan baru kepada rakyat seda...
- Nik Aziz pernah cakap Sifat 20 Allah pada tahun 1...
- Slogan Midddle Israel , Israel 4 All ada persamaa...
- Penerangan UMNO perlu agresif , jangan syok sendiri
- Anwar tuduh 1 Malaysia konsep Israel dibidas
- Teks Penuh Ucapan YB Bayan Baru di Parlimen 18 Mac...
- Maaf sudah cukup , Menteri Amaran yang mengecewaka...
- Antara RM 100 setahun oleh Guan Eng dan RM 12,300 ...
- Pembenihan awan & doa Pok Nik kononnya mustajab
- GST : Rakyat sebenarnya tidak faham
- Rasuah & Kronisme sejak Anwar ketika jadi Menter...
- Buang perasaan malu pertahankan hak
- 10, 000 rakyat PP mendengar ucapan Guan Eng
- VCD Dr Yusof Qaradawi strategi baru Anwar menghada...
- Adakah benar Jazlan terlibat projek kondo mewah de...
- Mufti Perak jawab tuduhan Nik Aziz
- Tok Guru , Agen 007 DAP
- Ekonomi Selangor terus merudum di bawah pentadbira...
- Kerajaan Kedah rugi dalam masa 2 tahun pemerintaha...
- Sekitar ceramah Selamatkan Malaysia dari Pengkhian...
- Akhbar Cina ketawa gabungan 76 NGO Melayu
- Al kisah tentang Ulama E- Class PAS
- Zul Kulim dipecat tanda suara Islam tiada lagi da...
- Nalakaruppan buat laporan polis diugut bunuh
- PAS terlampau angkuh dan kemaruk kuasa - Mufti Perak
- Anwar Ibrahim Jaguh putar dunia
- PAS ugut 7 hari 7 malam solat hajat minta Mohsin F...
- Jom kira tarikh nikah Anwar dan kelahiran Nurul Iz...
- MP PKR Bagan Serai umum keluar parti !! Apa lagi ...
- Fairus bukannya yang terakhir akan keluar PKR , ra...
- PKR menuju kehancuran , Kerajaan BN menuju majorit...
-
▼
March
(52)