Muhyidin tempelak DAP dalam isu SJKC dan SJKT

on Wednesday, March 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


KUALA LUMPUR 30 Mac – ‘Sarang tebuan jangan dijolok kerana buruk padahnya’.

Maksud pepatah Melayu itu selayaknya digambarkan dengan apa yang berlaku antara M. Manogaran (DAP – Teluk Intan) dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sesi penggulungan Kementerian Pelajaran menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Mungkin Manogaran tersilap menilai keupayaan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjawab soalan celahannya yang lebih bersifat kepada provokasi apabila mendakwa kerajaan menganaktirikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini.

Muhyiddin menjelaskan, bahawa tuduhan itu salah kerana kerajaan tidak pernah sekali pun menganaktirikan kedua-dua sekolah itu, malah telah mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

“Kerajaan telah membiayai sebanyak RM1.8 bilion untuk membayar gaji guru-guru di sekolah Cina dan Tamil, jika anak tiri tidak mungkin kita akan membelanjakan duit sebanyak itu. Ini satu kenyataan berbau perkauman.

“Berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang memperuntukkan beberapa juta sahaja tetapi riuh sehingga seluruh dunia,” katanya.

Tambah Muhyiddin, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang diiktiraf sejarah dan perlembagaan, bahasa lain boleh dipelajari dan digunakan tanpa halangan.

Tegas beliau, permintaan untuk menyamatarafkan bahasa lain dengan bahasa Melayu merupakan tindakan tidak adil, malah ia bercanggah dengan Akta Pelajaran dan Perlembagaan Persekutuan.

“Dasar kita sudah jelas, ia dibawa dan diluluskan dalam Parlimen yang mana martabat bahasa Melayu diperakui tidak sama dengan bahasa lain, bukan bermakna kita anak tirikan tetapi ia terkandung dalam perlembagaan dan kita junjung, semua pihak patut hormati dan terima perbezaan ini.

“Tak kan benda itu pun DAP tidak faham, kerajaan tidak pernah sekat untuk belajar malah kita bantu, sediakan guru dan peruntukan tetapi hendak sama taraf bahasa lain dengan bahasa Melayu, saya fikir itu tidak adil, nampak sangat Yang Berhormat tidak memahami sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.

Mengenai Kesusasteraan Cina dan Tamil, jelas Muhyiddin, kerajaan telah benarkan ia dimasukkan dalam peperiksaan SPM, tetapi kerana dasar had 10 subjek ia tidak dijadikan sebagai subjek teras.

Muhyiddin mengakui akibat begitu bertolak ansur telah wujud kebimbangan akan wujudnya segelintir pelajar yang gagal menguasai Bahasa Melayu dengan baik, selain lemahnya semangat kekitaan di kalangan rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga menegur tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang menyalahkan dasar pendidikan apabila masih terdapat pelajar Islam gagal membaca al-Quran.

Beliau berkata, kerajaan telah memperkasakan pengajian Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah-sekolah dan menjadikan program Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) sebagai program pendidikan Islam sepanjang hayat.

“Apabila anak-anak tidak boleh baca al-Quran jangan salahkan kerajaan dan sekolah sahaja kerana ia juga merupakan tanggungjawab ibu bapa, malah ia adalah fardu kifayah untuk memastikan anak masing-masing mampu menguasainya.

“Saya datang dari Johor, sebuah negeri yang amat mengutamakan pendidikan Islam melalui sistem pendidikannya yang sistematik, saya semasa kecil diwajibkan oleh ayah untuk menguasai al-Quran, setiap malam selepas maghrib kena mengaji,” katanya.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    harapan saya, TPM nasihatlah YB pembangkang ini supaya gunalah kemudahan perpustakaan parliment untuk ulang kaji sebelum berdebat.

  2. Suruh je keling tu pergi melawat disetengah setengah estate dikawasan india..tengok sendiri laa..berapa orang pelajar yang belajar disitu ada sesetengah estate tu tak sampai pun 50 orang pelajar...

    Pembangkang ni cuma tau nak buat bangkangan sahaja tetapi bila diberi kuasa dan negeri untuk ditakbir..satu benda pun tak lakukan..cuma tau berpolitik sahaja serta copy paste ataupun cuma menyambung apa yang dirancang oleh kerajaan terdahulu..

  3. Anonymous says:

    Salam.

    Hakikatnya pihak PEMBANGKANG kepada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN bukannya hendak memperjuangkan keadilan tetapi lebih kepada matlamat 'menjatuhkan' UMNO khasnya dan BN amnya.

    UMNO buatlah apa sahaja untuk bangsa lain, pasti mereka akan meremehkan dan tetap menyatakan kerajaan MELAYU UMNO ZALIM !

    Kenapa ?

    UMNO ternampak LEMAH dek perbuatan Anwar/Nik Aziz. Mereka rasa inilah saja peluang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat secara 'Demokrasi'.

    Karkoon Greenwood

  4. penyokong dap adalah contoh jelas manusia rasis dan tidak memahami pelembagaan dan sistem pendidikan negara ini.

    inilah masalahnya kalau bersekolah di srjk..memang tak paham bahasa dan berlagak..

  5. PB setuju dengan anak lenggong ,

    DAP patut pi jenguk dulu SJKT terutamanya .murid pun tak ramai tinggal 2 ,3 orang saja , nak tuduh kerajaan pinggirkan sekolah SJKT dan SJKC ..

    orang India sendiri pun tak hantar lagi anak mereka ke SKJKT tetapi ke sekolah kebangsaan ..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.