Anwar Ibrahim Jaguh putar dunia

on Friday, March 5, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KUALA LUMPUR 4 Mac - Jika Amerika Syarikat (AS) cukup berbangga dengan gelaran polis dunia, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat martabat tinggi di negara itu selayaknya digelar jaguh 'putar dunia'.

Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari berkata, Anwar layak diberi gelaran itu kerana berkemampuan tinggi mengelirukan pemimpin dunia, suatu kelebihan yang jarang dimiliki oleh pemimpin lain.

Menurut beliau, Anwar seorang pemimpin yang 'hebat' apabila setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya pasti akan diterima bulat-bulat oleh pemimpin dunia, seolah-olah dia seorang yang sempurna yang langsung tidak melakukan kesilapan.

"Sebelum ini bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan melabel beliau sebagai jaguh 'putar alam' kerana berjaya mengelirukan masyarakat termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Saya rasa wajar gelaran itu dinaikkan lagi sebagai jaguh 'putar dunia' kerana Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin dunia untuk mempercayai bahawa beliau pada setiap masa menjadi mangsa dengki pemimpin negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa telah mendapat sokongan daripada pemimpin antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Dakwa Anwar, antara yang memberi sokongan ialah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Tambah Anuar, beliau percaya sokongan yang kononnya diperoleh Anwar daripada pemimpin dunia itu mempunyai motif dan agenda tersirat yang hanya Ketua Pembangkang itu arif mengenainya.


One Response

  1. Salam bro, memang hebat si AnuWar ni.... kerana bos yahudi AS sebagai polis dunia, maka dia bebas melakukan apa sahaja kemungkaran dunia... si AnuWar boleh melanggar hukum-hukum agama Islam, tetapi jangan melanggar hukum polis dunia..... meliwat adalah kerja-kerja halal bagi polis dunia....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.