Anwar tuduh kerajaan dalam isu APCO , tapi Azmin Ali sahkan Anwar terlibat dalam organisasi taja Israel

on Tuesday, March 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Selepas pendedahan yang dibuat Kumbang mengenai Anwar menjadi ahli lembaga penasihat Generation Investment Management Group yang menaja syarikat Israel semalam.

Kumbang didatangi bertalu-talu panggilan telefon daripada rakan-rakan PKR yang meminta Kumbang mengemukakan bukti kaitan Anwar dengan organisasi itu.

Almaklumlah begitu taksub dengan Anwar, mereka langsung tidak mempercayai Anwar terlibat dengan organisasi berkenaan dan menganggap mantan timbalan perdana menteri itu hanya dijemput hadir menyertai mesyuarat berkenaan tanpa terlibat secara langsung dengan Generation Investment Management Group.

Justeru itu Kumbang siarkan semula di bawah artikel ini kenyataan akhbar Azmin Ali pada 3 Mac 2005 yang disiarkan di blog Sepang Online milik rakan AMK Selangor pada ketika itu yang cukup jelas ia membuktikan Anwar bergelar ahli lembaga penasihat Generation Investment Management Group, organisasi yang menaja syarikat dan pro kepada Israel serta berselindung di sebalik kononnya organisasi alam sekitar.

Harap pembuktian ini dapat memuaskan hati penyokong taksub Anwar Atartuk. Sebarang pertanyaan mengenai kenyataan akhbar ini bolehlah hubungi 'kekasih' Anwar, saudara Azmin Ali.

Juga disiarkan di atas video Al Gore memperoleh hadiah 1 juta US Dollar daripada kumpulan dana Israel yang mana mantan naib presiden Amerika itu membalas budi Israel dengan tajaan 10 juta US Dollar kepada syarikat Israel, Greenroad.

Apa yang penting kedua-dua perkara ini membuktikan Anwar dan Al Gore amat rapat dengan Israel dan yahudi. Anda masih lagi tak percaya?
Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berdialog dengan pentadbiran Washington

Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini sedang giat mengadakan dialog dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan di Barat dan Timur Tengah dalam usaha beliau untuk menggalakkan peningkatan kefahaman mengenai tamaddun dan agama.

Beberapa hari yang lalu ( 23 Februari 2005 ), ketika di London, Anwar mengadakan perbincangan dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan Mary Robinson, bekas Presiden Ireland ( 1990 – 1997 ) dan United Nations High Commissioner for Human Rights. Al Gore mengulangi tentangannya terhadap penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq dan menyokong kuat gagasan Anwar untuk meningkatkan dialog antara Islam dan Barat.

Anwar menjelaskan bahawa beliau bersama beberapa pemimpin masyarakat dan tokoh-tokoh perniagaan telah menerima undangan Al Gore untuk menganggotai Lembaga Penasihat sebuah syarikat pelaburan antarabangsa, Generation Investment Management Group yang berpusat di London. Generation Investment Management Group menekankan konsep pelaburan yang terikat kepada prinsip etika dan alam sekitar. Mesyuarat pertama Lembaga Penasihat berlangsung di London pada 23 Februari 2005 yang lalu.

Ketika di Washington D.C. pada 24 Februari, Anwar juga diraikan dalam satu majlis makan tengahari oleh Jim Wolfensohn, Presiden Bank Dunia di pejabatnya. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, isteri Jim, Elaine serta Azmin Ali.

Anwar diberikan taklimat ringkas mengenai suasana ekonomi dunia yang semakin muram khususnya di Asia Tenggara dan juga program-program yang sedang dijalankan oleh Bank Dunia khususnya untuk membangunkan semula negara-negara yang terlibat dengan Tsunami.
Pada sebelah petang, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council, Elliots Abrams di White House. Dalam pertemuan selama 45 minit, Elliots berkongsi pandangan dengan Anwar mengenai usaha untuk mewujudkan keamanan dunia.
Pemangku Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Robert Zoellick juga menemui Anwar di hotel penginapannya di Washington D.C. pada 24 Februari.

Zoellick yang baru dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Negara bertanggungjawab di atas perkembangan politik dan pembangunan di Timur Tengah.

Zoellick meninjau pandangan Anwar mengenai masalah ketegangan di antara Islam dan Barat khususnya Amerika Syarikat.
Anwar memulakan penjelasan dengan menyatakan penghargaan beliau kepada pentadbiran Amerika Syarikat yang secara tuntas prihatin terhadap masalah yang menimpa beliau sebelum ini.

Dalam menghimbau permasalahan politik antarabangsa terutamanya yang menyangkut kedudukan umat Islam, Anwar menegaskan betapa perlunya sikap sederhana bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga pentadbiran di Washington D.C. Menurut Anwar lagi, umat Islam merasa resah kerana persepsi di kalangan mereka, umat Islam tidak diberikan keadilan. Walau bagaimanapun, Anwar tetap menyokong langkah mendesak pengunduran tentera asing dari negara berkaitan seperti tentera Syria di Lebanon, tentera Israel di tanah jajahan Palestin dan tentera penaklukan Amerika Syarikat di Iraq.

Zoellick menegaskan bahawa berbeda daripada tanggapan umum, pentadbiran Amerika Syarikat tetap mendukung prinsip kebebasan dan menganjurkan dialog di antara Barat dan Islam.

Sekembali dari Jacksonville, pada 27 Februari, Anwar singgah semula di Washington D.C. untuk mengadakan perbincangan dengan bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright.

Semasa menjadi Setiausaha Negara, Madeline Albright paling tegas mengecam sistem perundangan Malaysia yang tidak adil dan menganggap Anwar sebagai tahanan politik. Kini selaku Pengerusi Institut Demokratik Kebangsaan ( NDI ), Albright bersedia memberikan kerjasama bagi menjayakan rencana dialog Islam dan Amerika Syarikat.

Dikeluarkan oleh Mohamed Azmin Ali, Oxford

sumber : kumbang


3 Responses

  1. rahimi says:

    Dah memang sah Si Nuar nie tali barut Israel cuma penyokong2 beliau yang tunggul2 kayu tidak dapat menerima kenyataan kerana bagi mereka Nuar ini teramatlah baiknya sebab itu taksub membabi buta.
    BUTA MATA TIDAK MENGAPA TAPI KALAU BUTA HATI JAWABNYA BUTALAH SELAMANYA.

  2. Anonymous says:

    saya melihat si anuar ni sedang cuba meraih sokongan dari luar dengan menggunakan taktik yang biasa dia gunakan iaitu dengan bermuka-muka.dia sedar yang dia sedang "jatuh" dan perlu berbuat sesuatu sebagai pelan sokongan.kalau orang australia pun dia boleh "kencing", tidak mustahil US pun boleh kena "kencing". ANUAR PUTAR ALAM!

  3. Anonymous says:

    ni salah satu usaha anwar ibrahim utk dpt pengaruh dri luar..hebat anwar ni

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.