KUALA LUMPUR: Penangguhan bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada sesi Parlimen sekarang ini bukan kerana kerajaan tunduk kepada desakan pihak pembangkang.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu malah dilakukan untuk membolehkan kerajaan mendapatkan pandangan rakyat dengan lebih mendalam.
"Kerajaan membuat keputusan supaya ditangguhkan (pembacaan Rang Undang-Undang GST) untuk mendapatkan lebih makluman dari masyarakat," katanya.
"Ini bukan kerana pembangkang, tetapi kerana rakyat didahulukan. Di dalam memberi keutamaan kepada rakyat, kita ingin mendengar pandangan mereka mengenai perkara itu," katanya ketika menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok)mengenai dasar-dasar kerajaan di Dewan Rakyat di sini hari ini. Rang undang-undang GST dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember lepas, dan dicadang untuk dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan, dengan matlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara.klik di sini selanjutnya
Penangguhan bacaan kedua GST sebenarnya adalah kerajaan tunduk kepada suara RAKYAT . Bukan disebabkan pembangkang pun tetapi sebenarnya suara rakyat sendiri yang tidak suka cukai jenis GST ini diperkenalkan kerana dikatakan membebankan . Pembangkang hanya menggunakan isu ini sebagai isu politik dan sebagai tukang karut saja untuk bangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan .
GST merupakan sistem pengutan cukai yang sudah lama digunakan di 143 negara lain di dunia dan di Asia Tenggara, Malaysia serta Brunei dan Myanmar merupakan negara yang belum memperkenalkannya .GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Ketika ini kadar cukai jualan dan perkhidmatan adalah 5 dan 10 peratus .
Tujuan kerajaan melaksanakan GST bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan defisit negara . Menurut kenyataan Menteri Kewangan Kedua , perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika dilaksanakan nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini. Malah GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah. klik di sini Cukai GST hanya 4 %
Jadi , mengapa isu GST menjadi isu hangat sehingga kerajaan Najib terpaksa menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Barangan & Perkhidmatan ?? Dalam Malaysiakini hari ini , syok la mereka hantam keputusan kerajaan Najib ini hinggakan mereka create isu pelabur tidak berminat untuk melabur di Malaysia .
Salahnya di pihak kerajaan dan parti BN dalam isu ini ialah kurang sesi penerangan kepada rakyat ini hinggakan pembangkang memutarbelitkan fakta dalam ceramah-ceramah mereka . Penerangan UMNO Malaysia buat apa ?? Mengapa tidak counter balik isu ini ??Adakah dengan mengharapkan media arus perdana dan akhbar Utusan sahaja sudah memadai ??
Kalau kita pergi tanya makcik dan pakcik di kampung , mereka pun tak faham apa itu cukai GST . Dalam ceramah2 Pakatan bagi mereka senang saja nak terangkan dengan orang kampung, cukup sekadar cakap " bila cukai GST ini diperkenalkan wahai pakcik dan makcik , maka semua barang-barang keperluan harian kita juga akan naik harga "
Jadi, sapa nak pi cerita apa itu GST kepada golongan ini ?? Adakah dengan mengharapkan pegawai JASA ?? Tunggu la pilihanraya baru kita boleh dengar penerangan oleh pegawai2 JASA ..haha Sekarang ini kerja depa hanya hantar report sahaja bukannya buat kerja sebenar mereka iaitu memberikan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.
Bagi PB , punca yang buat rakyat marah kepada kerajaan dalam isu GST ini ialah kerana rakyat tak faham apa itu GST dan kelebihannya . Cuma bezanya GST dengan harga minyak naik zaman Pak Lah ialah ianya belum diperkenalkan lagi . Jadi , masih ada masa lagi untuk Najib sebagai pencetus idea ini selaku Menteri Kewangan memikirkan semula kaedah samada diteruskan atau tidak .
nak kena tubuh kelab penyokong GST pulak ke ni?
Hairan, apa sebenarnya yang dibantah PR, apa sebenarnya fitnah yg dijaja PR. Ketahuilah dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.
Kalau sebelum ini cukai jualan dan perkhidmatan adalah dari 5% - 10%
Tetapi dgn GST hanyalah 4 %
Kalau PR menggunakan Singapura, Australia, Amerika, Taiwan serta Jepun sebagai contoh negera membangun. Maka sedarlah bahawa kesemua negara2 contoh tersebut telahpun mengamalkan GST, maka kenapa jika Malaysia yg ingin bergelak bersama negara membangun dan mengamalkan konsep cukai yg sama demi pembangunan, mengapa PR pula membantah?
Malah di Asia sahaja, hanya dua negara yang tidak melaksanakan GST iaitu Brunei dan Kemboja. Brunei tidak perlu GST kerana negara itu tidak ada cukai. Sedangkan kemboja sendiri dalam rangka perancangan memperkenalkan GST.
Tuduhan konon inflasi akan meningkat juga satu fitnah. Ketahuilah GST juga tidak akan menyebabkan kenaikan inflasi kerana kadar yang akan dikenakan hanyalah 4% dan ini sangat rendah jika dibandingkan dengan cukai sedia ada yg mengenakan 10%. Menurunkan kadar cukai dikatakan meningkatkan inflasi? Pakar ekonomi mana yg digunapakai PR? Apa yg pasti PR adalah pakar fitnah dan manupulasi fakts serta penipu rakyat. Skrg sudah nampak kebodohan PR?
PR juga menuduh konon kerajaan pusat akan mengaut keuntungan berlipatkali ganda sekirangan GST dilaksanakan. Namun hakikatnya kutipan cukai bagi kerajaan hanyalah sebanyak RM2.7 bilion apabila GST dilaksanakan nanti, kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM1 bilion sahaja. Sudah pasti bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan.
Apa yang pasti PR hanya memperjuangkan hak mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya raya. Pr bukan memperjuangkan hak rakyat yg miskin.
GST dijangka memberi kebaikan kepada kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah apabila barang-barang keperluan utama seperti makanan, pendidikan, kesihatan dan pengangkutan akan dikecualikan daripada cukai tersebut.
Tetapi, bagi barangan atau produk yang mahal atau berjenama, ia sama sekali tidak dikecualikan kerana golongan berpendapatan tinggi mampu membelinya justeru cukai yang dikenakan tidak akan menjejaskan pendapatan mereka. Mungkin ini yang dibantah PR, takutkan cukai membeli kereta mewah mereka akan tinggi, wallahhualam.
Jika Cukai dikurangkan maka sudah pasti kos perniagaan lain juga berkurangan, dan peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai. Sudah pastinya juga GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.