P94 Hulu Selangor : MIC beri nama calon kepada PM ,

on Wednesday, March 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- MIC telah menyerahkan nama calon pilihannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata nama itu diserahkan ketika beliau bertemu Perdana Menteri di Parlimen tengah hari Selasa untuk berbincang persiapan menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Saya telah bagi tahu siapakah nama calon kepada Perdana Menteri. Beliau terima, beliau akan siasat dan panggil saya sebelum beliau keluar negeri," BERNAMA



Soal calon untuk Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini , PB menyokong siapa saja calon yang bakal ditentukan oleh PM kerana beliau telah berjanji kriteria utama calon tersebut adalah kehendak rakyat kawasan itu . Walaupun rakan blogger GAP tidak bersetuju dengan pandangan DS Khir agar diberikan kepada MIC tetapi atas semangat muafakatan BN dan gagasan 1 Malaysia , calon dari MIC mungkin menjadi taruhan .

Samada calon dari MIC @ UMNO , PB berharap jika calon MIC dipilih bukannya G Palanivel kerana terbukti beliau ditolak oleh rakyat kawasan itu pada PRU 12 . Lagi satu faktor ialah G Palanivel sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat di Parlimen itu mungkin sekarang kali ini sudah tiba masanya diberi peluang kepada calon lain yang kuat bekerja dan mesra rakyat .

Jika MIC menjadi taruhan Najib, beliau juga seharusnya meletakkan syarat kepada MIC jika mahu calon mereka dipilih, mereka harus berjanji bersatu dan bekerja lebih kuat dalam kempen pilihanraya kali ini. Kita tidak mahu episod di Bukit Selambau di mana calon MIC bertanding tetapi UMNO dilihat banyak buat kerja ketika berkempen .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.