Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.
Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti beragama Islam, katanya, situasi majoriti ahli panel yang beragama Kristian tidak boleh diterima kerana isu kalimah Allah membabitkan penganut agama berkenaan secara langsung. – Utusan
Akhirnya suara seorang Pejuang Islam dalam PKR iaitu Zul Kulim telah dipecat juga akhirnya hari ini . Dengan pemecatan serta merta tanpa mendengar hujah daripada beliau menandakan parti PKR adalah parti yang tidak mementingkan Islam sebagai keutamaan .
Dahulu bila PB berbicara tentang suara Yb Zul yang lantang mempejuangkan Islam dengan saudara PB yang menyokong PKR , mereka menyatakan YB Zul adalah pejuang Islam dalam PKR yang berani . Tetapi hari ini bila tiada dah suara pejuang ini, siapa lagi yang boleh diharapkan dalam PKR untuk menjadi suara yang pejuang hak-hak Islam dalam PKR ??
Pastinya pemecatan YB Zul Kulim yang didalangi oleh Firaun Kecil dalam PKR juga satu berita gembira buat Khalid Samad dan juak2 bukan Islam dalam PKR dan parti DAP laknatullah.
Buat YB Zul , teruskan perjuangan anda yang utama iaitu Islam dan bangsa Melayu dan suara anda yang mempejuangkan Islam masih lagi kedengaran di Dewan Rakyat sebagai MP Bebas bersama Ibrahim Ali, Zahrain , dan Mohsin. Lebih baik anda menjadi MP Bebas dari duduk dalam parti yang lebih liberal dalam semua segi dan mengutamakan pihak lain dalam membuat keputusan daripada kepentingan Islam dan bangsa sendiri .
Selepas pemecatan ini , pastinya serangan pembunuhan karakter diketuai Pengarahnya iaitu kuda tua , Syed Husin Ali pasti akan heboh lagi seluruh negara. Kita tunggu apa lagi pulak idea-idea bodohnya untuk menipu rakyat lagi ....
ikuti video Zul Kulim
Link
Di mana kebebasan bersuara dalam PKR ?
Pecat Zul Kulim sama seperti membuang Islam dari dasar PKR