Semboyan perang Hulu Selangor telah dibunyikan , 17 hb penamaan calon 25 April hari pengundian

on Friday, April 2, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 17 April sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan 25 April sebagai hari pengundian, umum Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada Khamis lalu. - Bernama



Komen PB

Semboyan Perang Hulu Selangor telah dibunyikan ,17 hb merupakan hari penamaan calon yang paling hebat ..ribuan penyokong BN dan Pakatan akan datang dari seluruh negara ke Parlimen Hulu Selangor . Manakala hari penentuan adalah 25hb April merupakan hari yang paling penting untuk menobatkan siapa yang menang .

Siapa pun calon BN , kita harus beri sokongan padu walaupun beliau dari MIC atau UMNO . Ini kerana beliau adalah Calon yang mewakili bendera kati Barisan Nasional ( BN ) .

PB juga akan turun sama ke Hulu Selangor untuk membantu BN walaupun datang jauh dari Pulau Pinang . Kepada semua blogger-blogger pro kerajaan dan UMNO , kita GEMPUR HULU SELANGOR !!!


One Response

  1. Anonymous says:

    Tak mahuuuuuu MIC...... MIC musuh UMNO dalam selimuttttttttt.... jaga jagaaaa.... Mahu UMNO ajerr...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.