TERKINI ! Tentera Malaysia ditembak dahulu oleh penceroboh di Lahad Datu ! @tunfaisal

on Friday, March 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku tembakan di kawasan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah jam 10 pagi tadi tetapi dimulakan pihak penceroboh.
Beliau berkata, pasukan keselamatan Malaysia tidak memulakan sebarang insiden tembakan.



“Saya mengesahkan bahawa pasukan kita tidak melepaskan sebutir tembakan pun tetapi menerima tembakan pukul 10 pagi ini,” katanya.
(Lahad Datu – I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10am this morning!- Hishamuddin Hussein).
Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih terkawal.
Pencerobohan di Lahad Datu sudah hampir 4 minggu berlaku melibatkan 180 anggota yang mendakwa sebagai Askar DiRaja Kesultanan Sulu.
Sebahagian daripada mereka memiliki senjata berat.
Kerajaan Malaysia telah mengambil sepenuhnya langkah-langkah diplomatik dan memujuk kumpulan berkenaan agar pulang ke Selatan Filipina tetapi tidak diendahkan.
- See more at: http://mynewshub.my/2013/03/01/hishammuddin-mereka-menembak-kita-pukul-10-pagi-tadi/#sthash.e9Shg8zv.dpuf




2 Responses

  1. Unknown says:

    TERUSKN PERTAHAnkn kedulatan negara...hapuskan penceroboh durjana.....

  2. Anonymous says:

    saya mengengar melalui corong radio AM, sengat jelas berita daripada philipina bahawa kesultanan sulu akan menghantar bantuan ketenteraan ke lahat datu. di harap pihak kita menyasat akan perkara ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.