..

..

Tian Chua cuba lari,salahkan Suara Keadilan tuduh sandiwara Umno

on Friday, March 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






Pemimpin PKR Tian Chua dah makin sawan. Sebelum mereka selalu tuduh Utusan  akhbar fitnah dan spin kenyataan mereka. 

Hari dia salahkan pulak medianya sendiri lapor. Ini kerana  Suara Kaldaian  telah fitnah Tian Chua dan olah kenyataannya isu pencerobohan lahad datu.

Hahaha...akhirnya fitnah balik kepada mereka..




 Naib Presiden PKR, Tian Chua menyalahkan laman berita rasmi partinya, Keadilan Daily yang didakwa mengolah kenyataannya pada Jumaat lalu, berhubung isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mempertahankan dirinya dengan menegaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO seperti dilaporkan laman berita berkenaan.

Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat” Tian Chua, Naib Presiden PKR

Tidak bertanggungjawab

Tian Chua berkata, beliau tidak bertanggungjawab ke atas olahan penulisan artikel yang dibuat pengarang berita Keadilan Daily sebaliknya hanya bertanggungjawab berhubung beberapa petikan ayat yang dinyatakannya sewaktu dihubungi wartawan portal berkenaan.

“Pada pagi Jumaat lalu, saya dihubungi wartawan terbabit untuk komen mengenai pencerobohan di Lahad Datu ketika ada berita antarabangsa melaporkan berlaku tembakan (Lahad Datu).

“Ketika itu, saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media ‘black-out’ di Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam.

Dakwa konspirasi UMNO

Jumaat lalu, menerusi tajuk laporan “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno-Tian’, Keadilan Daily melaporkan Tian Chua sebagai berkata, kejadian di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mengecam dan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua di samping mengingatkan pemimpin kanan PKR terbabit supaya jangan memperkotak-katikkan pengorbanan wira yang menjaga kedaulatan, keselamatan serta keamanan tanah air.

Tian Chua turut mengesahkan pada Isnin lalu beliau menerima surat tuntutan daripada peguam UMNO, Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak supaya memohon maaf kepada parti berkenaan berhubung isu terbabit.

Serah pada peguam

“Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit berkata, Tian Chua tidak ‘serang’ laman berita terbabit sebaliknya sekadar memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan.


3 Responses

  1. Laa itu macam ke? Saman je le Keadilan Daily tu.....

  2. jijan mali says:

    Apa punya haru Tian Chuak P'Gay'R ni.....paper parti pun dia taram...tak apalah tu, yang bestnya dia nak saman....kahkahkah. Parti macam ni nak perintah negara aku. Sorrylah beb, you have just lost my vote forever.

  3. Anonymous says:

    Siapa boleh bagi link You Tube kenyataan Tian Chua menghina angota keselamatan?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.