Hot ! Umno akan saman barua Tian Chua fitnah #LahadDatu sandiwara

on Tuesday, March 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Umno akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua setelah gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya dalam KeadilanDaily.com.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan undang-undang terhadap Tian Chua diteruskan setelah tempoh yang diberikan untuknya berbuat demikian tamat.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, yang dilapor dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu, mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk alih perhatian dan takutkan rakyat.

Sebelum itu, Umno melalui peguamnya telah menghantar notis kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula 4 Mac lalu untuk memohon maaf, menarik balik dan berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.