Terkini ! Bapak Saiful watak terbaru Anwar untuk tutup #LahadDatu

on Friday, March 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

 

 1. Portal Berita yang paling 'konspirasi' di Dunia ketika ini, skali lagi mengularkan berita 'konspirasi' bahawa kes liwat kedua adalah fitnah dan konsprasi politik ke atas DS Anwar Ibrahim.

 2. Nampaknya Krisis Lahad Datu yang berpunca dari DS Anwar Ibrahim ingin disenyapkan dengan kononnya mengeluarkan berita sensasi sebegini.

 3. Perkiraan waktu untuk bapa kepada Saiful ini keluar memberikan kenyataan sebegini amat dicurigai. Apanya tidak kerana baru sekarang inilah hendak membuka mulut kononnya.

 4. Sewaktu Saiful bersumpah laknat tempoh hari, tidakpun beliau selaku bapa kepada Saiful melarang atau memberhentikan sumpah tersebut .

 5. Mestilah sebagai seorang bapa yang sayang kepada anaknya perlu melarang anaknya untuk bersumpah laknat; sekiranya ia benar konspirasi politik seperti yang beliau kata pada hari ini.

 6. Ada sumber yang mengatkan bahawa bapa Saiful ini, Azlan Mohd Lazim merupakan seorang penyokong kuat PKR dan DS Anwar Ibrahim. Tambahan pula, beliau dan Saiful sebelum inipun mengalami krisis kekeluargaan menyebabkan mereka sudah lama tidak berhubung.

 7. Dan diketahui lagi bahawa sememangnya Azlan Mohd Lazim ini mempunyai masalah kewangan.

 8. Dengan masalah-masalah yang melanda bapa Saiful ini menyebabkan beliau cenderung dan terdedah untuk dipergunakan oleh pihak ketiga.

 9. Saiful sendiri dengan tenang dan tidak melatah telah menjawab di dalam inbox Facebook beliau yang menyatakan: "bapak dipergunakan. Sy tetap istiqamah. Tgh fikir tindakan balas selanjutnya. Sy tak mahu melatah. Salam buat rakan2 lain"

 10. Perlu diingatkan adalah ini: Yang diliwat adalah Saiful, bukan bapanya. Yang bersumpah adalah Saiful, bukan bapanya. Yang membawa kes ke mahkamah adalah Saiful, bukan bapanya. Yang dianiaya adalah Saiful, bukan bapanya.

 11. Malah di dalam kes perbicaaan liwat Anwar-Saiful ini pun, Karpal Singh selaku peguam bela menerangkan kepada hakim bahawa perbuatan ini (liwat) adalah SUKA SAMA SUKA.

 12. Sekiranya benar Azlan ingin menidakkan anaknya sendiri, maka beliau perlulah bersumpah laknat di dalam masjid bahawa ini adalah benar konspirasi politik UMNO.

 13. DS Seri Anwar Ibrahim sampai sekarang pun tidak berani untuk bersumpah laknat.

 14. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Bapak haruan.

  2. Anonymous says:

    Cukup-cukup lah Anwar nak tutup cerita Lahad Datu ni. Dah tak boleh nyanyi karaoke dekat ceramah sekarang tup2 bapa saiful lak buat pengakuan. Rakyat malaysia tak terpedayalah Bro Azlan. Sakit hati kerana pembangkang mempermainkan keselamatan dan maruah rakyat dan negara satu isu yang amat-amat besar tak mungkin terubat la.

    Ini trik lama la bro, dari Raja petra ke Bala etc dan sekarang ini pulak. Berapa banyak Anwar bayar ni, almaklumlah bapa Saiful ni banyak hutang dan nak hidup tak berapa hari lagi. So Anwar letak RM5 juta depan mata, apa lagi terkedip-kedip la mata orang tua tu. Tak ada angin dan ribut nak dekat2 pilihanraya ni tiba-tiba lak bersemangat nak jadi penyelamat anwar ek.

    Tak gentle la bro, bagi la gempak sikit bawa saiful sendiri dan biar dia yang nyatakan depan "open PC". Ataupun lu cari modal lain lah nak bagi gempak. Bab ni nampak sangat la bapa Saiful ni kemaruk. Kalau tak pun suruh je bapak si saiful ni angkat sumpah masa open PC. Amacam ada brani... hehehehehe. Dengar Khabar Anwar la ni menerima rawatan kerana terberak-berak kena jangkitan kuman "Lahad Datucephilis"...Sesiapa ada maklumat tolong update ek...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.