Panglima Tentera Darat sebak cerita bagaimana wira negara terkorban #LahadDatu

on Wednesday, March 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang terbunuh dalam Ops Daulat pada pukul 10.45 pagi semalam di Lahad Datu, Sabah telah melakukan satu pengorbanan besar untuk negara dan perlu diangkat sebagai wira yang terhormat.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang sebak ketika ditemui pemberita berkata, Allahyarham adalah seorang pahlawan yang berani dan mempertaruhkan nyawanya sehingga terbunuh ketika berbalas tembakan dengan pengganas Sulu.

"Beliau terkorban sebagai wira dengan penuh hormat, marilah kita sama-sama mendoakan beliau diletakkan bersama para syuhadah kerana mempertahankan agama, bangsa dan negara.

"Allahyarham seorang tentera yang berani. Saya tidak dapat laporan penuh tetapi siasatan awal kami dapati beliau terbunuh ketika berbalas tembakan, beliau melihat musuh ketika itu dan saya yakin ramai juga musuh terkorban dan kita akan temui mayat mereka," katanya.- UTUSAN


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.