Terkini ! Malaysia tak gentar Kiram III isytihar serangan gerila #LahaDatu

on Monday, March 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments






Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Perbualan telefon dengan Agimuddin dari dalam kubur kot? Bahalol kiram tak percaya kot kepala adik dia dah meletup sampai tak kenal lagi.

    Dah sejuk perkara ni baru lah kerajaan bagi tau Agimuddin dah tidur dengan cacing hehehehe lama dah.

  2. Anonymous says:

    Aku ex PFF. Anytime aku akan join pasukan keselamatan kita menentang serangan dari luar. Perang terbuka pun boleh, perang gerila pun boleh.

    Panggil saja, no hal punya.

  3. Anonymous says:

    Saya tak faham apa pendirian Filipina
    Kenapa kiram masih belum ditahan kalau camni Malaysia patut gunakan kekerasan untuk tangkap bunuh dia di Filipina

  4. Anonymous says:

    kerajaan Filipina pun licik dan penipu sama seperti Kiram.Niat tersirat kerajaan filipina adalah membiarkan Kiram,Misuari dan seluruh gerila Moro(Sulu) di Selatan bersatu menceroboh dan menawan Sabah disamping memberi bantuan secara rahsia.Selepas itu sekiranya berjaya Sabah akan dijajah oleh kerajaan kristian Filipina dan kesultanan Sulu akan dimansuhkan secara rasmi.Sebenarnya insiden pencerobohan Lahad Datu adalah hasil komplot Kerajaan Filipina,Kiram,MNLF dan MILF serta dalang dalang luar yang lain.

  5. Anonymous says:

    Teori yg boleh diguna pakai.....tambah sikit...bantuan USA...

  6. Anonymous says:

    .. Dan yahudi laknatullah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.