Najib pertahan kedaulatan negara dihina sebagai Penjenayah Perang

on Friday, March 15, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Sekumpulan pendemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Filipina hari ini menggesa supaya DS Najib Razak ditangkap dan dihukum sebagai penjenayah perang berikutan kejadian pencerobohan di Sabah.

Kumpulan pendemonstrasi tersebut juga bertempur dengan anggota Polis yang berkawal di keliling bangunan Kedutaan terbabit sebelum cat merah dilemparkan ke dinding bangunan.



Kumpulan yang dipercayai diupah oleh pihak-pihak tertentu itu juga mendesak agar kerajaan Filipina menutup Kedutaan Malaysia serta mengusir Duta kita dari negara itu.

Ketua kumpulan pendemonstrasi tersebut, Rasti Delizo juga memberikan amaran kepada Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan pembunuhan tak berperikemanusiaan terhadap pengganas Sulu di Sabah.

"Kami menuntut agar pihak kerajaan Malaysia supaya segera mendengar arahan kami.. Najib Razak diberi amaran supaya menghentikan pertumpahan darah di Sabah atau akan dianggap sebagai penjenayah perang yang paling utama di Asia Tenggara.." kata Delizo



.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.