TERKINI! Presiden Filipina dakwa percerobohan dirancang, persoal kewangan Jamalul Kiram #LahaDatu

on Friday, March 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Untuk menjawab soalan di atas, mungkin kita perlu melihat kepada kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino beberapa hari lepas bahawa wujud petanda dan bukti-bukti jelas pencerobohan di Lahad Datu adalah satu konspirasi.
Ini kerana jelas beliau, tidak mungkin Jamalul Kiram mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan operasi pada skala itu.
Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu
Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan?
Aquino dengan nyata menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.
“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya dalam satu sidang media di Manila.
Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.
Kini, jom kita lihat kepada satu lagi aspek dalam kes di Lahad Datu iaitu jumlah senjata canggih dan mahal yang dimiliki oleh pengikut Kiram, yakni seorang tua yang perasan dirinya sultan tetapi perlu mendapatkan bantuan kerajaan Filipina untuk rawatan dialisis.
Sumber memberitahu Mynewshub.my, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;
M-16
M-14 – Rifle untuk penembak tepat
Light Machine Gun – LMG
General Purpose Machine Gun – GPMG
M203 – grenade launcher
AK47
Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)
Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)
LMGfncm16m14_dmrGPMG
Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.
Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).
Harga senjata adalah berdasarkan jenis dan aksesori tambahan pada senjata berkenaan.
Malah, jika mengikut gambar dan maklumat sebelum ini, kumpulan Kiram juga dipercayai memiliki FN FNC Para Carbine. Mereka juga dipercayai memiliki senjata-senjata yang dihasilkan sendiri.
Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 180 pengganas memasuki Lahad Datu 4 minggu yang lalu dan jumlah senjata mereka tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Gambar utama di atas memperlihatkan kumpulan Kiram III yang diambil pada Oktober tahun lalu dan senjata yang dimiliki mereka.
**Gambar senjata-senjata yang diletakan di laman ini adalah dari sumber internet dan bukan senjata sebenar dalam pertempuran di Sabah. Kemungkinan ia tidak menyamai sepenuhnya dengan apa yang digunakan para pengganas. Hanya sebagai gambaran kepada pembaca- Mynewshub.my


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.