PANAS! Pendedahan taktik Anwar beli bekas pemimpin PKR !!

on Tuesday, March 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






 - Sekumpulan individu yang dipercayai ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan usaha untuk 'memancing' bekas-bekas teman rapat Ketua Pembangkang itu agar membuat pusingan U sejak beberapa bulan lalu.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mengakui beliau pernah dihubungi pihak yang digelar sebagai 'kumpulan Anwar Ibrahim' untuk berjumpa di satu lokasi yang telah ditetapkan.
Beliau difahamkan perjumpaan tersebut bertujuan untuk memujuknya kembali ke pangkuan PKR sekali gus menguatkan sokongan kepada Anwar.
"Saya tidak tahu berapa jumlah wang yang mungkin ditawarkan kerana saya tidak pernah melayan pujukan mereka.
"Namun, saya percaya taktik serupa digunakan terhadap individu-individu lain yang pernah rapat dengan Anwar termasuk bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN


One Response

  1. Anonymous says:

    Ambik je, pastu buat rakaman, pastu dedahkan, bior dia bingong, duit dah sebat tp x pusing2 jugak..haha

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.