MANILA 5 Mac - Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.
Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.
Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.
Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. - REUTERS
*** Biar la gambar Najib dibakar pihak luar yang mahu negara kita ni huru hara .. sekurang-kurangnya beliau pemimpin yang bertanggungjawab dan pertahankan rakyat & kedaulatan negara ini .
Jangan jadi seperti pengkhianat atau Si Kitul ini kerana nak kuasa , sanggup mengkhianati negara !!