Terkini! Anggota tentera RAMD terkorban bertempur di Kg Tanjung Batu #lLahadDatu

on Tuesday, March 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


TERKINI - Seorang  lagi  anggota keselamatan kita telah  gugur  demi  mempertahankan negara dalam OPS Daulat   .  Ia disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bahawa seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.


ini adalah gambar Koperal Khairul Anuar yang cedera
ditembak dan keadaannya dilaporkan stabil .


Menurut info  , anggota pasukan keselamatan kita yang terkorban adalah dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Batalion ke 7 telah  ditembak oleh pengganas dalam satu serang hendap pengganas . 


Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, mari sama-sama kita sedekahkan al fatihah kepada perajurit kita yang sanggup menggadai nyawa di medan perang untuk kedaulatan negara  

Janganlah kita menjadi seperti pihak pembangkang yang tak tahu membezakan diantara politik dan juga kedaulatan negara demi mengejar kuasa.

Kita berdoa agar Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada perajurit2 kita di OPS Daulat bagi menghapuskan musuh durjana .

Al Fatihah ...


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Alfatihah..

  2. Alfatihah .... Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman .... Pengorbanan yang tiada galang gantinya ....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.