ATM mahu beli 18 pesawat tempur moden ganti MIG -29

on Friday, March 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments



Malaysia menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia, kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syarikat disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai berkata kepada Reuters.



"Kami sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.

"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."

Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.

Langkah itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.

Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun.



*** tunggu lepas PRU13 dapat majoriti 2/3 Parlimen .. nak beli apa pun boleh..pembangkang nak pertikai harga pergi MAMPUS !!



11 Responses

  1. Anonymous says:

    betul bro.. sudah sampai masanya perbelajaan utk pertahanan di tambah jangan dengar dari segelintir org2 yg bodoh terutamanya dari pembangkang, kononnya peruntukan utk pertahanan satu pembaziran..
    sekarang lihat apa yg berlaku dilahad datu... bila berlaku peperangan disana org2 bodoh yg mengatakan peruntukan pertahanan satu pembaziran ini hanya duduk goyang kaki dirumah dan perajurit2 kita yg terpaksa berperang habis2an utk mempertahankan nyawa rakyat dan negara dgn mengunakan peralatan ala kadar...
    mulai sekarang pihak kerajaan perlu menitik beratkan soal pertahanan dan jangan ambil tahu apa pihak pembangkang katakan..

  2. Anonymous says:

    Bijaknya pembangkang terutama PAS apabila menentang dan membantah PLUS KONONNYA PEMBANZIRAN WANG RAKYAT.Tapi kini mereka terutama di Kelantan terkinja-kinja mahu sebuah lebuhraya dibina di negeri tersebut. Bila dah bantah sampai terguling-guling, terima sajalah apa yg dibantah tu. Ni tidak, pi sana-sini tipu rakyat kononnya Kerajaan Pusat menganak tirikan negeri Kelantan. Munafiq tahap yahudi betul la depa ni semua.

  3. Anonymous says:

    Rafale dr perancis....pilihan terbaik

  4. Panglima13.5 says:

    saya tak suka Rafale sebap kecik pada su37 ..tetapi angin beriup kencang... (ape nak buek! ) .. jika Rafale pilihan Malaysia ..errrrrrrrrr..terima jelah walau pun hanya seunit tingkap cerminnya jer yg sampai!

  5. Anonymous says:

    saya tak suka Rafale sbap dia kecik pada Su37..tapi angin bertiup kencang Rafale bakal menjadi pesawat baru Tudm..ape nak buek..terimo jer lahhh..uhh!

  6. Anonymous says:

    kenapa tak nak beli f22 ata f35 ... kan lagi canggih

  7. Anonymous says:

    Ada pro kontranya..memang d akui Su37 tu lebih hebat dari Rafale tapi kena kira China yg merebut pulau Spartly tu pun adik beradik pengeluar Su37 tu..elok kita cilok sikit elakan EMBARGO.. lau tak.. tak guna se sen pun jika ada pesawat banyak mana pun jika dah kena GAM!

  8. Anonymous says:

    anymous klat tv tadi pun PM perancis datang Malaysia bincang ngan Pm kita pasal Disault tu...tapi elok la dari Typhoon yg mahal tak masuk akal tuhh..pasal Su37 tu pun elok gak kalu tak amik sebap China adik beradik Russia..kalau kita lawan China ..kod2 systemnya depa dah tahu..

  9. F-22 dgn F-35 memang canggih tapi jenis f-22 dgn f-35 nih x boleh buat banyak skill movement x boleh pusing climb mcm2 lagi la banding dengan sukhoi beza banyak

  10. F-22 dgn F-35 memang canggih tapi jenis f-22 dgn f-35 nih x boleh buat banyak skill movement x boleh pusing climb mcm2 lagi la banding dengan sukhoi beza banyak

  11. Anonymous says:

    Rafale jalan terbaik....pesawat Rafale hebat dan boleh digunakan di darat, udara dan laut....selain itu pesawat ini boleh bawak nuklear pada syapnya...memang besar...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.