ANWAR semakin panik, orang kanan PKR Sabah mengaku jumpa kesultanan Sulu #lahaddatu

on Sunday, March 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments






Mampuih la kali ini Anwar ..dia nak perbodohkan lagi rakyat kononnya pembangkang langsung tak terlibat sebagai dalang di Lahad Datu .

Nah ! orang kanan PKR  di  Sabah sendiri Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengaku  berjumpa pemimpin Kesultanan Sulu . Kalau tak kerana perisikan &  portal berita Filipina mendedahkan , tentu kita tak ketahui sudah lama pemimpin PKR mempunyai hubungan dengan pemberontak kesultanan sulu ini .

Apa tujuan  mereka berjumpa dengan pemberontak yang membunuh anggota polis kita  ini ?  Kalau tak kerana  pembangkang  janjikan  sesuatu kepada kesultanan Sulu ini , tentu



Laporan yang memetik sumber yang didakwa sebagai "risikan " Angkatan Tentera Malaysia itu mendakwa, pertemuan tersebut dijalankan beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan turut melibatkan pemimpin pembangkang negeri itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

"Memang berlaku pertemuan antara Anwar dengan Nur Misuari dan Jeffrey dengan salah seorang pemimpin Kesultanan Sulu. Ia dipercayai berkait dengan beberapa janji yang ditawarkan pihak pembangkang," kata sumber yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.

Laporan tersebut turut juga memetik laporan portal berita Filipina, Inquirer News berhubung kenyataan agensi risikan negara itu.

"Malah secara terbuka, agensi perisikan Filipina mengaitkan nama Anwar apabila mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengan ketua pembangkang mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan," laporan Utusan dipetik.

Jeffrey dalam laporan sama pula menafikan bahawa beliau merupakan individu yang dimaksudkan dalam laporan media Filipina itu.

Bagaimanapun beliau mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Raja Muda Kesultanan Sulu pada Julai dan September tahun lalu.

"Itu bukan yang terlibat dalam pencerobohan, yang datang Sabah bulan Julai tahun lalu ialah Raja Muda Sulu. Dia datang untuk menjemput saya hadir ke pertabalan beliau sebagai Sultan Sulu di Pulau Jolo dalam bulan September tetapi saya tidak dapat hadir. 

"Dia adalah kawan saya dan menentang pencerobohan," katanya.
Semalam, akhbar itu menyeret Anwar ke kancah isu tersebut denganmenyiarkan laporan sebuah laman blog MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan. - MALAYSIAKINI-


5 Responses

  1. Anonymous says:

    si lahanat tu ada kat sri muda ptg tadi ceramah

  2. sasa says:

    salam satu perjuangan,blog anda telah saya pautkan dilaman MALAYAN FIGHTER,sila pautkan laman MALAYN FIGHTER ini bagi memperkuhkan lagi kekutan kita http://korekcium007.blogspot.com/

  3. Anonymous says:

    Anwar Ibrahim ni kalau Herald Tribune atau Time lapor benda yg dia tak suka... UMNO, utusan dan TV1/TV3 juga yg disalahkannya. UMNO berkonspirasi lebih hebat dari CIA dan Mosad. Tak kantoi-kantoi lagi cuma tuduhan yan tanpa bukti... bebudak pun boleh. Tapi bebudak kalau tak buat dia berani sumpah angkat Quran, tapi Anwar?????

  4. Anonymous says:

    berani buka seluar orang bolih la

  5. Anonymous says:

    Nur Misuari tu pemimpin MNLF kan? apa kaitan dengan Sulu?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.