Archive for 04/04/10

default

CERAMAH " INI KISAH SEBENAR " DI KEPALA BATAS

on Sunday, April 4, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tarikh : 6 April 2010 ( SELASA )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Kg Paya Keladi , Kepala Batas

Anjuran : Angkatan Belia Muda Kepala Batas


Panel Penceramah :


Ezam Mohd Noor ( Mantan Ketua AMK PKR )
Datuk Zahrain Mohd Hashim ( Mantan Pengerusi PKR PP )


SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI- RAMAI .......





Komen PB

Nampaknya PAS dan PKR semakin kepanasan apabila siri roadshow Ezam kini mula menembusi negeri yang dikuasai DAP ini . Selepas Bukit Mertajam digegarkan oleh Ezam , kini Kepala Batas yang menjadi kubu kuat BN lagi menjadi lokasi untuk pendedahan

SIAPA SEBENARNYA ANWAR SESUMPAH DAN GUAN ENG CHAUVINIS ???

Walaupun ada pencacai2 tegar merangkap balaci DAP telah membuat laporan polis berkenaan ceramah ini kononnya menggunakan gambar Anwar dan Guan Eng seperti dilaporkan dalam haprak daily tetapi sebenarnya mereka sudah kepanasan dan takut akan ceramah2 yang mendedahkan segala pembohongan , penyelewengan dan kesundalan pemimpin mereka yang sebenar .

Dalam pada itu , Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas ,Datuk Reezal Marican membidas laporan polis oleh PKR dan menyifatkan mereka sebagai penakut .

" Jika benar mereka mengamalkan demokrasi sepertimana dilaungkan , biarkan Zahrain dan Ezam meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka "

Reezal menyifatkan laporan polis oleh PKR adalah untuk menyekat 2 orang penceramah ini daripada meneruskan ceramah mereka untuk mendedahkan kepincangan dalam Pakatan .






default

Apabila kaduk naik junjung

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Cubaan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang untuk memasang perangkap berkaitan isu Melayu dan gagasan 1Malaysia akhirnya memakan diri. Soalan provokatif beliau kepada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat baru-baru ini dijawab dengan menyakinkan dan tegas. ''Saya tetap Melayu dahulu," demikian kata Muhyiddin. Strategi Kit Siang untuk melihat setidak-tidaknya Muhyiddin tersasul, gagal.

Muslihat Kit Siang untuk menjangkakan perbezaan pendapat antara Muhyiddin dan bosnya, Mohd. Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri, turut gagal. Malah Najib menunjukkan pendirian yang jelas. Katanya, apa yang dinyatakan Muhyiddin adalah cerminan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan tersebut tidak bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

Ternyata Kit Siang berniat jahat. Terdahulu, beliau mencabar Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya gagal membuktikan bahawa beliau berpendirian 'Malaysia pertama dan Melayu kedua.' Awang angkat topi kepada Muhyiddin dan lebih-lebih lagi kepada Najib. Reaksi Najib membuatkan Kit Siang terkedu. Apa yang Awang baca dari beliau, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya tidak sesekali mengorbankan Melayu sebagai kaum teras. Mesej tersebut sangat jelas.

Kepada Kit Siang, Awang ingin bertanya apakah beliau mengutamakan Malaysia dahulu, kaum Cina kemudian? Tanpa perlu menunggu, mudah diketahui jawapannya. Pemikiran, perancangan dan tindak-tanduk beliau adalah hampir Cina segala-galanya. Biarpun gagasan DAP menyebut perkataan Malaysia seperti Malaysian Malaysia dan Middle Malaysia, ia sekadar retorik. DAP adalah parti paling rasis di dunia. Mendengar loghat pertuturan bahasa Malaysia oleh Kit Siang yang masih tebal pelat Cina, sudah cukup sebagai petunjuk. Sedangkan ramai orang asing bukan warga negara seperti dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Pakistan dan Vietnam, lebih fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan walaupun baru berada di negara ini. Itu belum menyentuh soal perjuangan tersurat dan tersirat DAP 'Cina dahulu', dalam hampir semua bidang terutama pendidikan. Keadaan tersebut tidak berlaku di negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam yang juga ramai orang Cina. Malah di Singapura, tiada sekolah awam aliran Cina.

Kalau di Indonesia, kaum Cinanya tidak hilang kecinaan walaupun sebati mengamalkan bahasa dan budaya Indonesia. Anehnya, untuk mewujudkan Sekolah Wawasan demi kepentingan nasional dan perpaduan, DAP membantah apatah lagi mewujudkan sekolah satu aliran. DAP patut mengakui hakikat parti itu terbawa-bawa polisi zaman dinosaur, yang tidak lagi sesuai. Malaysian Malaysia dan Middle Malaysia adalah ciptaan berkonsep ultra Cina sedangkan 1Malaysia jauh lebih realistik kepada kepentingan semua kaum, walaupun tidak dapat memenuhi kehendak 100 peratus setiap kaum.

Pertanyaan Kit Siang hanya menonjolkan lagi hakikat kecinaan yang tebal pada diri beliau seolah-olah negara ini mahu dijadikan seperti homogeni China mahupun Taiwan. Kaduk sudah naik junjung.

sumber : utusan- Awang Selamat

default

Suara keldaian melutut minta maaf kepada Zambry

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

FITNAH... Keratan akhbar Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, 'Zamry disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' ternyata palsu sekali gus membuktikan Suara Keadilan hanyalah bertaraf sampah.



Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan akhirnya memohon maaf kerana menyiarkan artikel memfitnah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dihalang memasuki Amerika Syarikat kononnya namanya tersenarai dalam pangkalan data pengganas antarabangsa.

Permohonan maaf itu dinyatakan dalam edisi terbaru akhbar tersebut keluaran bertarikh 30 Mac hingga 6 April.

Bagaimanapun, Zambry ketika mengulas perkara itu menegaskan, tidak mudah untuk beliau memaafkan Suara Keadilan di atas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.

''Saya difahamkan Suara Keadilan sudah mohon maaf dalam edisi terbarunya dan mahu menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

''Saya akan lihat dahulu dan maklumkan kepada peguam apa tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Juara Rakyat dan Jamuan Rakyat di Batu 15,

Lekir, Manjung, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas permohonan maaf oleh Suara Keadilan dalam edisi terbaru keluaran 30 Mac hingga 6 April kerana memfitnahnya melalui artikel bertajuk Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat yang diterbitkan bagi edisi bertarikh 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010.

Ekoran itu, Zambry memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu.

Zambry mengambil keputusan tersebut setelah akhbar berkenaan yang diberi peluang memohon maaf, enggan berbuat demikian.

''Saya pernah beri mereka peluang untuk meminta maaf sebelum ini tetapi dengan angkuhnya enggan mengakui kesilapan dan mahu kes tersebut diselesaikan di mahkamah," kata Zambry.


Komen PB : Jangan hiraukan maaf tidak ikhlas oleh Suara Keldaian ini kerana biar mereka rasa pedihnya apabila buat kerja fitnah orang ini .

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.