Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2010-03-28

default

Ezam dan Zahrain londehkan kisah sebenar Anwar & Guan Eng

on Wednesday, April 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments








Semalam di Paya Keladi, Kepala Batas lebih 1000 orang menghadiri ceramah Ini Kisah Sebenar anjuran NGO iaitu Angkatan Beliau Muda Kepala Batas . Penceramah dalam ceramah ini adalah Sdr Ezam Mohd Noor dan Dato Seri Zahrain Hashim . Ini merupakan kejayaan sulung buat NGO belia di Kepala Batas kerana berjaya mengumpulkan hadirin yang ramai memenuhi setiap ruang tapak ceramah sehingga memaksa limpahan orang datang berdiri di bahu jalan .

Siri roadshow ceramah dan pidato Ezam Mohd Noor kini sudah masuk 2 kali di negeri Khalifah Lim Guan Eng dan kehadiran Datuk Zahrain menambah lagi kehangatan ceramah semalam dengan pendedahan kisah sebenar oleh kawan baik Anwar Ibrahim yang baru keluar dari PKR setelah perasaan " Keraguan Mengatasi Kepercayaan " dalam dirinya .


EZAM TARIK BALIK KENYATAANYA ,PERKATAAN , TINDAKAN MENYOKONG BANTAHAN TERHADAPA TUDUHAN LIWAT DSAI PADA 1998

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor membuka tirai ceramah semalam dengan mengumumkan menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau juga turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir ke ceramah 'Ini Kisah Sebenar' anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) di Paya Keladi


"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," katanya. Pada 2000, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu. Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma.


Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar ketika Ketua Pembangkang itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat baru berhubung tuduhan liwat membabitkan Anwar.

"Saya bukannya berniat hendak menghina mahkamah, tetapi saya dapat maklumat terbaru. Saya tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan Anwar.

"Jadi, kepada mereka yang membelanya ketika ini, berhentilah. Biar beliau membela diri sendiri dan sehingga kini beliau tidak pernah membuat penafian terbabit (kes liwat) yang menimbulkan perasaan wasangka," katanya.

Ezam berkata, beliau tidak mahu untuk mendedahkan perkara itu dan hanya akan berbuat demikian jika Anwar atau Dr Wan Azizah mencabarnya untuk berbuat demikian.

Katanya, Anwar hanya mengarahkan orangnya untuk membuat penafian terhadap dakwaan terhadapnya itu termasuk ulama tersohor, Yusuf Qardawi dengan hanya memberitahu sebahagian perkara benar.

"Beliau tidak pernah menceritakan cerita penuh yang sebenarnya sehingga menyebabkan ada dalam kalangan orang menyokongnya tersalah mengeluarkan fakta atau fatwa.

"Anwar seharusnya membiarkan proses undang-undang, bukannya dengan menjaja cerita bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi sehingga ke luar negara," katanya.

ZAHRAIN DEDAHKAN KISAH KERJA JAHAT ANWAR

Zahrain semalam telah membuatkan semua hadirin yang hadir tergepun dengan cerita2 pembohongan Anwar seperti isu pendedahan Zulkifli Nordin tentang kes pembunuhan Altantuya , projek 16 Sept , isu video fatwa Yusof Qaradawi , dan isu APCO - 1 Israel .

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah Berita Harian Online juga melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.

"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).


Selain itu, Zahrain juga menempelak MP Kalabakan " seorang pemimpin makan dua belah pihak " yang menyerangnya baru-baru ini di Parlimen dengan gelarkan beliau perut buncit dan rasuah . Beliau menjelaskan MP Kalabakan itu sebenarnya adalah rakan baik Anwar dan kenyataan perut buncit menyerangnya itu adalah seperti arahan dari Anwar . PB pun hairan juga MP-MP BN lain yang disebut oleh Zahrain tidak lah melenting seperti Kalabakan seorang ini dan pemimpin lalang seperti orang ini harus diawasi tindak tanduknya .

PB tabik dengan keberanian Zahrain yang berani melondehkan kisah sebenar kerja jahat Anwar dan Guan Eng. Cerita beliau ketika mengikuti lawatan Ahli Parlimen Malaysia ke US baru-baru ini juga banyak membuka mata sikap sebenar Anwar yang memburukkan Malaysia cukup teruk sekali dengan menggambarkan kerajaan menyalahgunakan kuasa seperti kuku besi yang menggunakan polis untuk menangkap pemimpin2 pembangkang.

Oleh itu , beliau menyeru kepada rakyat Malaysia harus sedar terutama rakyat PP harus tolak pemimpin bernama Guan Eng dan Anwar ini yang sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mahu berkuasa di Putrajaya . Lebih menarik lagi dalam ceramah ini , PB lihat dan ada kenal juga juak2 PAS dan PKR turut hadir yang duduk di atas motor dan berdiri di bahu jalan ...

Mai jangan tak mai .. moga2 puak ni ada juga perasaan " Keraguan mengatasi kepercayaan "

default

Anwar Ibrahim kalau berani tunjuk bukti !!

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 6 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen kononnya pasukan itu bekerjasama dengan perisik Israel.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pembangkang tersebut mengemukakan bukti dengan segera agar siasatan dapat dijalankan.

“Jika membuat tuduhan (perisik Israel) tanpa sebarang bukti, saya anggap dia (Anwar) pengecut.

“Datang dan beritahu siapa sahkan dakwaan itu? Saya tidak pernah dengar dakwaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musa pada masa sama, turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDRM menjalin sebarang bentuk kerjasama keselamatan dengan rejim zionis berkenaan.

Musa diminta mengulas kenyataan Anwar yang ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat mendedahkan kewujudan perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.

Sambil mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut, dakwa Anwar, perkara itu telah disahkan oleh cawangan khas Bukit Aman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menamakan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Israel yang telah mendapat projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi di Bukit Aman.

default

Malaysia Upah Yahudi jadi perunding tetapi Anwar Dibayar Yahudi?

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Seluruh dunia mengetahui bahawa sebahagian besar ekonomi dunia di kuasai oleh orang Yahudi. Baik dalam sektor perbankan, kewangan, sukan, media atau apa sahaja organisasi termasuk politik di Washington di kuasai oleh Yahudi.

Mahu tidak mahu apabila Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju pada masa akan datang ia harus mempunyai hubungan baik dengan pelobi-pelobi Yahudi untuk menarik pelaburan dan kemahiran tinggi mereka.

Justeru apabila kerajaan Malaysia melantik APCO Worldwide sebagai pasukan komunikasi antarabangsa ia bermakna melantik mereka yang terbaik bagi membantu Malaysia menarik pelaburan asing. Adakah salah melantik sekumpulan pelobi terbaik untuk memajukan Malaysia?

Cuma Anwar perlu membuat kenyataan terbuka apakah jika beliau menjadi Perdana Menteri maka tiada satu pun hubungan Malaysia dengan bangsa Yahudi. Apakah ini termasuk menghalau keluar syarikat-syarikat bank, insurans dan lain-lain syarikat antarabangsa yang berhubung kait dengan Yahudi keluar dari Malaysia? Anwar perlu menjawab isu ini sebelum pergi lebih jauh lagi mempertikaikan perlantikan APCO.

Tujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu ini bukan kerana beliau benci kepada Yahudi, anti-Zionis atau anti semitik.

Sebaliknya ia bagi membersihkan imej beliau yang dikaitkankan dengan banyak rakan-rakan politik berbangsa Yahudi di Washington. Silalah baca www.anwaraidc.com untuk mengetahui rakan-rakan Anwar dan hubung kait Anwar dengan gerakan Yahudi antarabangsa.

Jika hubungan Malaysia dengan APCO dianggap sama dengan hubungan Anwar dengan Yahudi maka ia satu persamaan yang songsang sama sekali.

Malaysia mengupah pasukan terbaik untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia. Segala gerak kerja APCO ditentukan demi kepentingan Malaysia.

Sebaliknya apa hubungan Anwar dengan yahudi seperti Paul Wolfowitz dan ramai lagi pelobi politik antarabangsa berbangsa Yahudi? Apakah mereka ini menyumbang dana politik kepada Anwar untuk membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang maksud tersirat? Jika mereka membiayai perjuangan Anwar maka siapa yang akan dengar cakap siapa?

Sudah nyata jika Yahudi di dalam APCO kena dengar cakap Malaysia, Anwar pula kena dengar cakap Yahudi sebab beliau dibayar Yahudi.

Dalam kata kasar, dalam kes APCO, Yahudi bekerja untuk Malaysia. Manakala dalam kes Anwar, Anwar bekerja untuk Yahudi.

Jadi mana lebih baik, Yahudi bekerja untuk kita, atau kita bekerja untuk Yahudi? Sudah tentu jauh besar antara mengupah dengan diupah. Ia antara menjadi boss dengan menjadi boneka.

sumber : mykmu

default

Mahathir hantam Yahudi , mereka marah tetapi Anwar hantam Israel , mereka diam ...

on Tuesday, April 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Barangkali ramai yang tidak menyedari mengapa Anwar berani mengaitkan 1Malaysia dengan kerajaan Israel.

1Malaysia dihentam luar dan dalam oleh Anwar dan juak haprak,cubaan beliau untuk mengaitkan 1Malaysia dengan Israel gagal,persepsi dikalangan rakyat juga gagal dimenangi oleh Anwar.

Pendedahan beberapa fakta dan kaitan Anwar dengan APCO oleh garamanis amat mengemparkan.Ternyata Anwar punyai ekses segala maklumat dari rakan rakan beliau yang sememangnya pro Israel.:klik sini

Mana mungkin beliau mampu mendapatkan surat sulit kerajaan Israel jika tidak mendapat ekses dan sokongan dari pihak pelobi yahudi.

Kemudian jika diperhatikan sehingga setakat ini,tidak ada langsung siaran berita cnn atau bbc & akhbar barat menghentam Anwar.

Jika Tun Mahathir memperkatakan tentang Israel akan terus dituduh anti-semetic,malahan Tun Mahathir terus diserang oleh media elektronik barat ,tetapi Anwar langsung tidak dituduh sedemikian,walhal beliau dan PAS begitu kuat menghentam di Parlimen dan di ceramah ceramah,mereka tidak pula dituduh sebagai anti-semetic.

Apa istimewanya hubungan Anwar dengan pelobi yahudi?Mengapa beliau langsung tidak di kritik oleh pelobi yahudi?

Bukti Anwar terlibat dengan organisasi tajaan Israel yang turut sama disahkan oleh Azmin Ali.:selanjutnya klik sini

Skrip basi anwar dan PAS makin hari makin longgar,cukup mudah dihidu pembohongan.Hanya yang jumud dan bebal tidak akan nampak pembohongan pembelit & sesumpah nombor 1 negara.

sumber : pisau.net


Komen PB

Hari ini ada lagi usaha Anwar memburukkan kerajaan dengan isu kononnya perisik Israel wujud dalam PDRM.

Nampaknya bulan ini memang bulan Israel betul .. nama Israel sentiasa di bibir Anwar bila dia bercakap di Parlimen mungkin kerana kawan dia ramai dari sana termasuk lah sahabat karib dunia akhiratnya Paul Wolfowitz yang memang pro Israel .

PB nasihatkan kepada semua Anwar bila buka mulut ja , dengar boleh tetapi percaya jangan ...

default

Soalan Karpal Singh kurang ajar dan biadab !!!

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada PM mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapatkan hak seperti orang Melayu berdasarkan konsep 1 Malaysia adalah tindakan biadab cukup kurang ajar sekali.

Kenyataan kurang ajar Karpal ini adalah rentetan daripada serangan bertubi-tubi parti ultra kiasu ke atas PM , TPM dan 1 Malaysia yang bermula oleh Kit Siang . Mereka sekarang ini tidak kira lagi soal sensitiviti orang Melayu dan bumiputra malah terus mempersoalkan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan .

Soalan Karpal ini jelas seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan .

Dalam akhbar Utusan hari ini , PERKASA menerusi Datruk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan pertanyaan Karpal adalah biadab kerana mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia boleh didakwa di bawah akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan . Malah PERKASA pada esok hari akan membuat laporan polis berkenaan isu ini untuk meminta dijalankan siasatan ke atas Karpal .


Kepada pembaca semua , PB ingin mengajak ada berfikir sejenak jika sekarang ini kerajaan BN yang diterajui PM DS Najib pun mereka sudah mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan oleh puak –puak ultra kiasu DAP ni , bagaimana pulak nanti keadaanya bila Pakatan Rakyat berkuasa di kerajaan Persekutuan ??

Tak mustahil hak-hak keistimewaan Melayu ini akan pupus di muka bumi ini kerana sekarang ini pun mereka sudah biadab mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan .

Menjelang PRK Hulu Selangor , buat bangsa ku bernama Melayu ketepikan soal samada calon dari MIC menjadi pilihan tetapi yang lebih penting masa depan bangsa ,agama dan negara .

Tolak Pakatan , Undi lah Barisan Nasional !!

Link

PERKASA buat laporan polis terhadap Karpal, esok

default

Mesti tonton video menarik ini !!!

on Monday, April 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

default

Menteri Kewangan 2 buktikan semangat 1 Malaysia

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


YB DS Husni sedang menyampaikan ucapan


Penduduk yang hadir dan YB DS bersama dengan anak angkatnya


Simbolik anak memberi minum kepada bapa angkat tanda hormat dan YB DS Husni menyampaikan sumbangan perbelanjaan kepada Haa Ni dan datuknya


YB DS Husni meninjau rumah Haa Ni bersama Dato Mah dan Pegawai Daerah menyampai cerderahati kepada YB DS Menteri Kewangan II

Kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" itu yang berlaku.
Sungguh mulia hati YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang telah mengambil adik Haa Ni sebagai anak angkat beliau, peristiwa berlaku apabila pada Bulan Februari 2010 yang lalu apabila YB Dato' Seri Ahmad Husni membuat lawatan kerja sehari ke kawasan Tapah dan bertemu seorang tua berumur 79 tahun bersama cucu nya yang daif yang mengadu kepada Menteri Kewangan mengenai kesusahan mereka, tersentuh akan nasib mereka YB Dato' Seri Husni membuat keputusan untuk mengambil Haa Ni sebagai anak angkat beliau, Dato' Seri Husni yang telah mempunyai 4 orang anak lelaki yang telah berjaya dalam pelajaran kini mempunyai 5 orang anak yang sememangnya teringinkan anak perempuan.

Haa Ni akan mendapat pembelaan dan segala perbelanjaan persekolahan dari sekolah rendah ke Sekolah Menengah hingga lah ke Universiti akan dibiayaai oleh Menteri Kewangan II itu, malahan pada majlis di kediaman Datuk Haa Ni, YB Dato' Seri juga bermurah hati membaiki dapur rumah Haa Ni yang tinggal di Kg Baru Temoh.

Majlis pada 4.4.2010 di rumah Haa Ni dihadiri oleh seramai 200 orang penduduk tempatan yang turut dihadiri oleh YB Dato' Mah Han Son, ADUN Chenderiang, YB Dato' Shamsuddin ADUN Air Kuning dan Haji Razali Pegawai Daerah Batang Padang rata - rata yang hadir amat tersentuh dan sayu malah ada yang menitik air mata dengan majlis tersebut bagi mereka satu peristiwa yang luar biasa berlaku di kampung mereka yang tak pernah difikirkan, seorang Melayu mengambil anak angkat dari kaum tionghua, malah berkedudukan seorang Menteri Kewangan pula, ini amat mengejutkan disamping amat mengembirakan mereka, ini bukti 1Malaysia telah menjadi kenyataan dan bukti yang di amalkan oleh Menteri Kabinet dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib.

sumber : ddinbunga


Komen PB :

Siapa kata Datuk Ahmad Husni rasis ?? Kalau dia rasis tak mungkin adik Haa Ni
menjadi anak angkat beliau dan segala perbelanjaan pendidikannya ditanggung oleh pemimpin UMNO ini .
Syabas Datuk !! Ini lah bukti semangat 1 Malaysia !!

default

Anwar kalau jantan beri keterangan dalam dewan

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tak perlu bising-bising di luar Dewan Rakyat memburukkan kerajaan berhubung isu Apco sebaliknya kena jadi ‘lelaki’ berani memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika usul menghadapkannya ke jawatankuasa itu diluluskan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Anwar berceramah mengenai isu itu termasuk memberi gambaran kemungkinan beliau akan digantung sebagai Ahli Parlimen adalah kempen murahan untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tindakan itu katanya seolah-olah hendak mendapat simpati dari luar kerana bimbang tidak dapat membela diri di dalam Dewan Rakyat apabila kesnya dibahaskan kelak.

Saya tunggu dia dalam Dewan...tak perlu keliling dan bising-bising kat luar, Saya cabar dia jadi lelaki jawab dalam Dewan,” katanya Nazri yang menganggap Anwar kaki spin kerana cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel serta pembabitan Apco.

“Dia kaki spin. Orang lain kelirukan Dewan, mereka (pembangkang) suruh ambil tindakan. Bila kena kat dia, seolah-olah dia kebal. Saya hanya tahu peraturan. Saya cabar jadi lelaki. Saya bukan boleh jawab kat luar,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Isnin.

Ahad malam,Anwar membangkitkan isu Apco dalam ceramahnya di Hulu Selangor.Beliau antara lain mencabar BN mengambil tindakan keatasnya di Dewan Rakyat.

Katanya, “Kalau betul-betul berani, saya tunggu dalam Dewan,”tegasnya.

Menurut menteri itu isu ini diketahui umum dan apabila diminta beri penjelasan dalam Dewan Rakyat Selasa lalu Anwar menyebut perkara-perkara yang tiada kaitan.

Menurut Nazri, beliau akan menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk merujuk Ketua Pembangkang itu ke jawatankuasa berkenaan petang ini.

“ Ini urusan kerajaan, mesti didahulukan, mesti dibentangkan sebab usul dari kerajaan,” Katanya lagi.

Sehubungan itu, Nazri juga berkata BN akan mengemukakan usul tersebut pada 22 April, yang juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Makanya Anwar berdepan dengan kemungkinan diberi amaran atau digantung sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Nazri hairan kenapa ahli-ahli parlimen pembangkang lain lebih banyak mempertahankan Anwar dalam perbahasan mereka di Dewan Rakyat daripada membangkitkan perkara kepentingan rakyat mahupun pengundi masing-masing.

“Kata Pakatan Rakyat. Ni pakat-pakat nak bela Anwar,” sindirnya.

Beliau juga menyifatkan tidak wajar Anwar memanggilnya biadap ketika ahli parlimen Permatang Pauh itu berhujah di Dewan Rakyat baru-baru ini.-5/4/2010

default

Parti paling rasis dalam dunia DAP alergi perkataan " Melayu "

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KUALA LUMPUR 4 April – Tindak tanduk pembangkang terutamanya DAP yang sering mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib bumiputera membayangkan seolah-olah parti itu alergi atau alah dengan perkataan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sedangkan setiap penerima bantuan kerajaan tidak harus dilihat pada warna kulit kerana semua rakyat yang memerlukan akan dibantu.

“DAP kata kita rasis bila menolong kaum Melayu. Namun, kerajaan menghulurkan bantuan kepada semua rakyat yang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman mereka.

“Perlu difahami, lebih separuh penduduk Malaysia ialah golongan bumiputera dan ramai pula yang memerlukan bantuan dan pembelaan ialah orang Melayu.

‘‘Maka sebab itu lebih ramai kaum Melayu yang menerima bantuan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Ali menegaskan tidak perlu untuk mana-mana pihak mengungkit mengenai bangsa atau warna kulit rakyat yang menerima bantuan kerajaan.

“Jangan ada rasa dengki terhadap golongan miskin yang mendapat bantuan semata-mata kerana bangsanya berbeza dengan kita.


Komen PB

Kalau DAP alergi kepada Melayu , tak perlu lagi tinggal di Malaysia ini. Ini kerana DAP terpaksa juga berhadapan dengan orang Melayu yang majoriti di negara ini.

Tetapi DAP boleh bersekongkol dgn Melayu dalam PAS dan PKR untuk mempergunakan mereka ini sahaja bagi membantu DAP menguasai negara ini . Puak2 ni la yang bodoh dan bangang sekali kerana rela menjadi kuda tungangan parti yang jelas anti Melayu !!!



default

Isu derma tauke balak Kelantan : Blogger kedai kopi bergerak buat Wali selipar berbohong

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

"Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco. Blog itu mendakwa ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

malaysiakini




Nampaknya Wali selipar memilih untuk tidak berlaku jujur dan berbohong walaupun blogger kicdefella mendedahkan dengan bukti tentang tindakan PAS Kelantan yang memohon derma daripada tauke balak yang mendapat kebenaran oleh kerajaan negeri .

Surat di bawah ini menunjukkan syarikat Julapan Sdn Bhd bersetuju untuk memberi sejumlah RM350,000 dalam bentuk derma kepada Pengarah PASTI Negeri Kelantan pada 16 Oktober 2000 sebagai ganjaran ke atas projek penanaman kelapa sawit seluas 500 ekar di di Galas, Gua Musang.



gambar : kickdefella

Fuyooo !! Banyak tu derma kepada PAS Kelantan . Patut lah Adun- Adun PAS semua kaya-kaya sekarang dan hingga ada bekas isteri seorang Adun itu tuntut nafkah setelah diceraikan hingga RM 3 juta !!

Malah PAS Gua Musang pun hebat juga mendapat derma di atas membenarkan projek penanaman kelapa sawit yang berkeluasan 500 ekar!! klik di sini

Nik Aziz tidak menjawab soalan mengenai isu derma oleh tauke balak ini tetapi menuduh penulis blog ini seperti kedai kopi bergerak . Nampak sangat wali keagungan PAS ini cuba lari dari menjawab isu penyelewengan kerajaan pentadbirannya seperti mana mereka diam dalam isu kerugian bazar Tok Guru .

Rasuah = Derma ( PAS )


Link

Ayatollah PAS kaki bohong

Nik Aziz bohong - Kickdefella


default

CERAMAH " INI KISAH SEBENAR " DI KEPALA BATAS

on Sunday, April 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tarikh : 6 April 2010 ( SELASA )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Kg Paya Keladi , Kepala Batas

Anjuran : Angkatan Belia Muda Kepala Batas


Panel Penceramah :


Ezam Mohd Noor ( Mantan Ketua AMK PKR )
Datuk Zahrain Mohd Hashim ( Mantan Pengerusi PKR PP )


SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI- RAMAI .......





Komen PB

Nampaknya PAS dan PKR semakin kepanasan apabila siri roadshow Ezam kini mula menembusi negeri yang dikuasai DAP ini . Selepas Bukit Mertajam digegarkan oleh Ezam , kini Kepala Batas yang menjadi kubu kuat BN lagi menjadi lokasi untuk pendedahan

SIAPA SEBENARNYA ANWAR SESUMPAH DAN GUAN ENG CHAUVINIS ???

Walaupun ada pencacai2 tegar merangkap balaci DAP telah membuat laporan polis berkenaan ceramah ini kononnya menggunakan gambar Anwar dan Guan Eng seperti dilaporkan dalam haprak daily tetapi sebenarnya mereka sudah kepanasan dan takut akan ceramah2 yang mendedahkan segala pembohongan , penyelewengan dan kesundalan pemimpin mereka yang sebenar .

Dalam pada itu , Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas ,Datuk Reezal Marican membidas laporan polis oleh PKR dan menyifatkan mereka sebagai penakut .

" Jika benar mereka mengamalkan demokrasi sepertimana dilaungkan , biarkan Zahrain dan Ezam meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka "

Reezal menyifatkan laporan polis oleh PKR adalah untuk menyekat 2 orang penceramah ini daripada meneruskan ceramah mereka untuk mendedahkan kepincangan dalam Pakatan .






default

Apabila kaduk naik junjung

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Cubaan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang untuk memasang perangkap berkaitan isu Melayu dan gagasan 1Malaysia akhirnya memakan diri. Soalan provokatif beliau kepada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat baru-baru ini dijawab dengan menyakinkan dan tegas. ''Saya tetap Melayu dahulu," demikian kata Muhyiddin. Strategi Kit Siang untuk melihat setidak-tidaknya Muhyiddin tersasul, gagal.

Muslihat Kit Siang untuk menjangkakan perbezaan pendapat antara Muhyiddin dan bosnya, Mohd. Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri, turut gagal. Malah Najib menunjukkan pendirian yang jelas. Katanya, apa yang dinyatakan Muhyiddin adalah cerminan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan tersebut tidak bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

Ternyata Kit Siang berniat jahat. Terdahulu, beliau mencabar Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya gagal membuktikan bahawa beliau berpendirian 'Malaysia pertama dan Melayu kedua.' Awang angkat topi kepada Muhyiddin dan lebih-lebih lagi kepada Najib. Reaksi Najib membuatkan Kit Siang terkedu. Apa yang Awang baca dari beliau, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya tidak sesekali mengorbankan Melayu sebagai kaum teras. Mesej tersebut sangat jelas.

Kepada Kit Siang, Awang ingin bertanya apakah beliau mengutamakan Malaysia dahulu, kaum Cina kemudian? Tanpa perlu menunggu, mudah diketahui jawapannya. Pemikiran, perancangan dan tindak-tanduk beliau adalah hampir Cina segala-galanya. Biarpun gagasan DAP menyebut perkataan Malaysia seperti Malaysian Malaysia dan Middle Malaysia, ia sekadar retorik. DAP adalah parti paling rasis di dunia. Mendengar loghat pertuturan bahasa Malaysia oleh Kit Siang yang masih tebal pelat Cina, sudah cukup sebagai petunjuk. Sedangkan ramai orang asing bukan warga negara seperti dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Pakistan dan Vietnam, lebih fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan walaupun baru berada di negara ini. Itu belum menyentuh soal perjuangan tersurat dan tersirat DAP 'Cina dahulu', dalam hampir semua bidang terutama pendidikan. Keadaan tersebut tidak berlaku di negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam yang juga ramai orang Cina. Malah di Singapura, tiada sekolah awam aliran Cina.

Kalau di Indonesia, kaum Cinanya tidak hilang kecinaan walaupun sebati mengamalkan bahasa dan budaya Indonesia. Anehnya, untuk mewujudkan Sekolah Wawasan demi kepentingan nasional dan perpaduan, DAP membantah apatah lagi mewujudkan sekolah satu aliran. DAP patut mengakui hakikat parti itu terbawa-bawa polisi zaman dinosaur, yang tidak lagi sesuai. Malaysian Malaysia dan Middle Malaysia adalah ciptaan berkonsep ultra Cina sedangkan 1Malaysia jauh lebih realistik kepada kepentingan semua kaum, walaupun tidak dapat memenuhi kehendak 100 peratus setiap kaum.

Pertanyaan Kit Siang hanya menonjolkan lagi hakikat kecinaan yang tebal pada diri beliau seolah-olah negara ini mahu dijadikan seperti homogeni China mahupun Taiwan. Kaduk sudah naik junjung.

sumber : utusan- Awang Selamat

default

Suara keldaian melutut minta maaf kepada Zambry

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

FITNAH... Keratan akhbar Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, 'Zamry disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' ternyata palsu sekali gus membuktikan Suara Keadilan hanyalah bertaraf sampah.



Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan akhirnya memohon maaf kerana menyiarkan artikel memfitnah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dihalang memasuki Amerika Syarikat kononnya namanya tersenarai dalam pangkalan data pengganas antarabangsa.

Permohonan maaf itu dinyatakan dalam edisi terbaru akhbar tersebut keluaran bertarikh 30 Mac hingga 6 April.

Bagaimanapun, Zambry ketika mengulas perkara itu menegaskan, tidak mudah untuk beliau memaafkan Suara Keadilan di atas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.

''Saya difahamkan Suara Keadilan sudah mohon maaf dalam edisi terbarunya dan mahu menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

''Saya akan lihat dahulu dan maklumkan kepada peguam apa tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Juara Rakyat dan Jamuan Rakyat di Batu 15,

Lekir, Manjung, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas permohonan maaf oleh Suara Keadilan dalam edisi terbaru keluaran 30 Mac hingga 6 April kerana memfitnahnya melalui artikel bertajuk Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat yang diterbitkan bagi edisi bertarikh 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010.

Ekoran itu, Zambry memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu.

Zambry mengambil keputusan tersebut setelah akhbar berkenaan yang diberi peluang memohon maaf, enggan berbuat demikian.

''Saya pernah beri mereka peluang untuk meminta maaf sebelum ini tetapi dengan angkuhnya enggan mengakui kesilapan dan mahu kes tersebut diselesaikan di mahkamah," kata Zambry.


Komen PB : Jangan hiraukan maaf tidak ikhlas oleh Suara Keldaian ini kerana biar mereka rasa pedihnya apabila buat kerja fitnah orang ini .

default

Najib bersama rakyat untuk setahun menjadi Perdana Menteri

on Saturday, April 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Lawatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak ke tanah-tanah rancangan Felda di Hulu Selangor hari ini menimbulkan semula nostalgia manis kepada masyarakat peneroka di sana.

Apa tidaknya, kali terakhir seorang Perdana Menteri menjejakkan kaki ke Felda Sungai Dusun adalah pada 1975. Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak membawa bersama Presiden Indonesia, Soeharto. Felda Sungai Dusun ditukar nama kepada Felda Soeharto sempena lawatan Presiden negara jiran itu.

Selepas 35 tahun, Dato’ Seri Najib mengikut jejak ayahnya berkunjung ke Felda Soeharto, ketika genap setahun beliau menduduki jawatan Perdana Menteri. Keceriaan masyarakat peneroka Felda Soeharto tidak boleh digambarkan. Mereka bertambah ceria melihatkan pembawaan anak kepada bapa Felda ini saling tak tumpah seperti arwah ayahnya yang begitu mesra dan tidak terlalu mementingkan protokol.

Dato’ Seri Najib tiba di Felda Sungai Tengi Selatan tepat jam 9.15, iaitu 15 minit lebih awal dari jadual lawatannya. Di situ beliau merasmikan projek Gedung Makanan Negara di mana Felda menerima amanah untuk menjayakan program tersebut. Di situ juga beliau sempat berkunjung ke sebuah rumah peneroka yang sedang melangsungkan kenduri kahwin.

Di Felda Sungai Tengi pula, Dato’ Seri Najib melancarkan Yayasan Kelana Ehsan dan menyampaikan sumbangan kepada 700 pelajar cemerlang dalam Parlimen Hulu Selangor. Dewan Orang Ramai Felda Sungai Tengi penuh sesak dengan kehadiran rakyat berbilang kaum, khususnya dari kalangan masyarakat peneroka Felda.

Kemudian beliau melawat pula Felda Soeharto – melakukan pecah tanah bagi projek perumahan generasi Felda yang menyediakan 298 unit rumah kos rendah, menghadiri majlis perkahwinan dua pasangan adik beradik dan sempat pula ‘menginap’ sebentar ke rumah penerokawati Puan Nafsiah bte Rosli untuk merasakan dinginnya mandi air kolah.

Di Felda Gedangsa pula, Perdana Menteri menunaikan solat Zohor berjemaah, menyampaikan surat pemilikan tanah tambahan seluas dua ekar kepada setiap peneroka dan menziarah jenazah Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan yang meninggal dunia pagi itu.


Foto-foto di bawah menceritakan segalanya.

default

Badut Sarkas Perak adalah golongan cerdik

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Golongan Cerdik yang diiktiraf Nick Ajis



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) yang membuat kecoh sama ada pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun sidang Parlimen yang berlangsung ketika ini.

Menurutnya, Islam dan demokrasi mengajar umatnya supaya mempertahankan diri sekiranya ada pihak yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan.

“Orang yang berada di Dewan adalah cerdik dan bukannya orang kampung. Orang cerdik bila rasa ada pihak yang zalim, dia mesti lawan, itu cerdik namanya. Kalau orang yang mengkhianati, kita diam saja, itu tidak kena.


“Tiap-tiap perbalahan itu mempunyai sebab. Ada orang membuat masalah menyebabkan pihak yang lain mempertahankan diri. Islam dan demokrasi ajar (cara itu), jangan nampak yang buruk sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.


sinar harian



Antara salah satu mengapa perlu Nick ajis terompah dikekalkan jawatan Mursyidul Am PAS adalah kenyataan seperti ini lah yang kami blogger suka sangat. Beliau memang cakap ikut sedap mulutnya saja tanpa fikirkan betul atau tidak dia cakap itu .

Seperti kenyataan terbaru ini, beliau mempertahankan team Badut Sarkas DAP Perak yang diketuai Nijar Puppet yang membuat kecoh ketika Sidang Dun Perak baru-baru ini . Walaupun keputusan mahkamah telah mengesahkan Zambry sebagai MB Perak yang sah , tetapi badut sarkas DAP ini masih lagi meroyan dan tidak mengikut undang-undang serta perlembagaan .

Nick ajis cakap
"Islam dan demokrasi mengajar umatnya supaya mempertahankan diri sekiranya ada pihak yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan"

orang sabar vs orang Cerdik Nik Ajis


Inikah orang yang dalam golongan CERDIK
menurut fatwa Nik Ajis




Siapa yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang - undang dan perlembagaan? Nijar atau Zambry ??? Zambry dan BN sentiasa mengikut saluran undang -undang yang sedia ada tetapi Nijar Puppet dan badut2 sarkas yang lain itu lah yang tidak mengikut undang-undang malah bikin kecoh sidang DUN seperti ZOO .

Wahai Nik ajis terompah , kalau betul lah orang yang berada di dalam Dewan itu cerdik , adakah mereka itu akan buat kecoh macam orang gila, lompat dalam dewan seperti kera malah maki hamun pihak lain seperti tiada adab sopan langsung .

Ini kah orang yang Nik Ajis cakap orang yang CERDIK ???


Nik ajis cakap orang yang berada dalam dewan adalah orang cerdik

Fikir- fikirkan lah ...


Link

Drama Dun Perak ada hikmah
Contoh orang keras kepala
Permainan DAP -PKR terperangkap

default

Mengapa borang duit RM 100 Guan Eng perlu tahu kawasan mengundi ??

on Friday, April 2, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

borang bantuan warga emas


Jangan lupa undi Pakatan ya ...


Apabila membaca dan melihat borang sogokan RM 100 oleh Khalifah Lim Guan Eng yang diperoleh salinannya oleh rakan blogger Pisau , memang terdapat ruangan untuk diisi profil pengundi dan juga terdapat ruangan nombor pendaftar pemilih . Kemudian di bawahnya pulak terdapat ruangan kawasan Parlimen dan DUN.

Menurut sumber selepas diisi borang maklumat warga emas ini , ia akan dimasukkan ke dalam sistem http://isejahtera.penang.gov.my/wargaemas/index.php




Nama dan maklumat diri serta tempat kawasan mengundi bagi warga emas tersebut di keep in terus ke dalam sistem milik kerajaan Guan Eng .

Kepada pembaca semua , timbul persoalan di sini apa tujuan sebenar Guan Eng dan DAP buat semua ini sehingga nak dapat RM 100 pun kena isi maklumat mengundi di kawasan mana ???

Kalau warga emas itu sudah 30 tahun tinggal di PP tetapi mengundi di Kedah bagaimana pulak ?

Jika mereka memberi alasan kononnya perlu maklumat ini untuk dikemaskini data adalah tidak masuk akal .
Selain dari nama dan alamat,mereka juga memperolehi nombor telefon,email serta nama waris. Ini apa maksud semua ini ??? Perlu maklumat detail sampai begitu sekali ...

Taktik Guan Eng ini memberi RM 100 tidak lain tujuan adalah untuk memperoleh undi di saluran 1 dan 2 kerana saluran ini lah mereka selalu kalah semasa pilihanraya. Jadi , bermula tahun ini menjelang PRU 13 mereka telah memulakan kempen rasuah beli undi kepada warga emas .

Kalau Guan Eng ikhlas hendak beri sumbangan kepada warga emas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat lakukan, tidak perlu buat ruangan mengenai daftar pemilih dan profiling tempat mengundi .

PB berharap Datuk Azhar dan Datuk Abd Jalil atau Pemuda UMNO Negeri agar membuat laporan polis menyiasat mengapa wang kerajaan negeri digunakan untuk tujuan profiling daftar pemilih pengundi?

Selain itu , buat juga laporan kepada SPRM berkenaan kenyataan khalifah Guan Eng yang mengingatkan kepada penerima wang Rm100 agar mengundi DAP dan Pakatan seperti dilaporkan rakan blogger pisau . klik di sini


" RM100 sudah diberi tetapi jangan lupa mengundi DAP dan Pakatan pada PRU nanti",



Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps