Masjid bakal jadi tempat kempen politik maki kerajaan !

on Thursday, July 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta jabatan agama Islam di seluruh negara memantau dan mengambil tindakan tegas bagi mengelak masjid, surau dan madrasah digunakan pihak tertentu untuk berkempen politik melalui tazkirah Ramadan. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 yang semakin hampir, pihaknya khuatir platform tersebut digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan fahaman dan mempromosikan ideologi politik yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

 Menurutnya, jabatan agama Islam negeri perlu membuat pemantauan dan mengambil tindakan agar kesucian bulan Ramadan tidak dicemari dengan ceramah politik yang berselindung di sebalik program tazkirah, demi mengelak berlakunya perpecahan.

  Komen GPB

Masjid yang dikawal juak-juak PAS sudah tentunya akan menggunakan semaksimum mungkin untuk kempen politik mereka maki kerajaan. Masjid yang khatibnya doa jatuhkan kerajaan zalim di Tmn Guar Perahu lepas sudah tentu sekali lagi bakal menampilkan ostat2 totok PAS sebagai senjata utama kempen kepada jemaah ketika solat terawikh .


4 Responses

  1. Anonymous says:

    ini semua salah umno kerana bena masjid,sebab tu pas tak banyak bena masjid.takut umno gunakan tempat untuk menibai semula pas,

  2. Anonymous says:

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar)

  3. Anonymous says:

    Bila dah dapat kunci syurga
    Apa dibuat serbanya kena
    Sesama seagama lalu dihina
    Macam dunia /akhiran mereka punya!

  4. awgpang says:

    Siapa bodoh komen ..kalau boleh di mana mana kita bina masjid..kau nak bina apa..kandang lembu..kandang babi..jgn lah persoakan hal agama..masjid tak salah,cuma stgah org kta yg pentingkan politik dari agama.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.