

Terkini
11.10 am - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara calon BN dan Pas.
BN menampilkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas diwakili peniaga, Mohd Fauzi Abdullah.
Nama calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 11.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.
- Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin ketuai 6 ribu penyokong BN iringi calon BN ke pusat penamaan calon. Nik Aziz / Hj Hadi pula ketuai perarakan 7 ribu penyokong PAS .
6 Julai 2009 merupakan tarikh penamaan calon untuk PRK DUN Manik Urai .Seperti yang diketahui PAS menampilkan calon Fauzi Abdullah iaitu seorang penjual ikan terkenal dan BN menampilkan Calon iaitu Tn Aziz Tn Mat ,Pengurus Kanan Kesedar .
UMNO kini berdepan PAS di kubu kuat PAS dan mengikut rekod pernah sekali menang pada 2004 dan selepas itu kalah pada PRU 12 yang lalu . Di Manik Urai yang menariknya ialah sebagai pentas terbaik untuk menyerang PAS kerana pelbagai isu seperti kerajaan perpaduan yang dimainkan wayang oleh PAS sendiri, isu babi di Kedah yang dipolitikkan oleh DAP , dan juga amanat Nik Aziz yang menyamakan UMNO dengan komunis,sosialis,ajaran sesat ayah pin dan UMNO dikatakan menolak islam.
Oleh itu ,UMNO menerusi Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil tersebut, Datuk Mustapa Mohamed tidak akan berhenti 'menyentuh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin lain parti itu selagi fitnah disebarkan dan kebenaran tidak ditegakkan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Tok Pa menyifatkan pemimpin Pas telah memesongkan akidah pengikutnya dengan memberikan gambaran yang salah sehingga ada di antaranya menggangap melihat wajah Nik Abdul Aziz sudah cukup untuk mendapat pahala.
"Mana-mana yang benar kita akui, kita tidak serang peribadi. Siapa saja yang menyebarkan fitnah dan dakwaan palsu maka kita bertanggungjawab memperbetulkan dakwaan itu, kalau tidak masyarakat akan terpesong dan tergelincir daripada ajaran sebenar, ini bahaya kerana akan menggalakkan perpecahan.
"Tengok muka dapat pahala, ini kira ajaran sesat. Pahala itu amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan itu pahala. Tapi tengok gambar, tidak ada nas dalam al-Quran atau hadis. Saya tidak tahu, saya bukan ulama besar.
"Itulah contoh, mana-mana yang tidak benar kita wajib bertanggungjawab untuk menegakkan kebenaran, siapa juga. Kita pemimpin dalam masyarakat, ada tanggungjawab masing-masing,"
Tok Pa juga berkata UMNO tidak pernah mengabaikan Islam dalam perjuangannya dan ia menjadi pegangan dalam mentadbir serta menentu hala tuju rakyat serta negara ini.
"Kita mendaulatkan Islam, agama Islam pegangan kita, perlembagaan Islam, Islam agama rasmi. Diharap rakyat Kelantan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang memfitnah UMNO sesat dan menolak Islam.
"Kenapa ini boleh berlaku, saya hairan juga. Saya solat di masjid, kiri kanan saya macam-macam fahaman politik. Kita bersama sembah Tuhan yang sama, dalam masjid sama, keluar saja masjid macam-macam fitnah ditaburkan, ini amat mendukacitakan,"
Saya mendapatkan maklumat dari rakan saya yang berada di Manik Urai iaitu beliau ada melihat kain-kain rentang seperti Nik Aziz berdoa iaitu
'Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh Islam..!!!
Aku nak tanya juak-juak PAS dan totok PAS ini siapa MUSUH ISLAM yang dimaksudkan ?? Adakah DAP yang kuat menentang Azizan di Kedah @ Melayu Islam UMNO ???
Link
Orang PAS Sembahyang, Orang UMNO Sembahyang.. Tapi Tak Sama... - Nik Ajis






