Nasib pekerja kilang Nikko mendapat perhatian Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO

on Wednesday, July 1, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



SIDANG AKHBAR

SEKRETARIAT PEKERJA MUDA, PEMUDA UMNO MALAYSIA

1 JULAI 2009


1. Merujuk Laporan Media berkenaan keluhan serta nasib lebih 1,000 orang pekerja kilang Nikko Electronics Berhad, Perai, Pulau Pinang yang telah diberhentikan perkhidmatan dengan notis 24 jam pada 30 Jun 2008 yang lepas.

2. Setelah setahun menunggu janji-janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pekerja-pekerja tersebut akhirnya dengan penuh rasa kecewa sehingga 30 Jun 2009 iaitu semalam seramai lebih 200 orang bekas pekerja yang diberhentikan mewakili rakan-rakan mereka yang lain telah mengadakan demonstrasi menuntut janji kerajaan negeri Pulau Pinang agar nasib mereka terbela.

3. Berhubung perkara tersebut, Sekretariat Pekerja Muda, Pemuda UMNO Malaysia bekerjasama dengan Pemuda UMNO Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif bagi mencari jalan penyelesaian dan membantu untuk membela nasib seramai 800 orang pekerja yang masih belum mempunyai pekerjaan.

4. Pada pukul 10.30 pagi tadi bertempat di Aras 9, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, Sekretariat Pekerja Muda bersama Pemuda Pulau Pinang memulakan usaha untuk membantu pekerja-pekerja tersebut dengan mengadakan pertemuan meja bulat dengan YB Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama pegawai-pegawai tertinggi Kementerian.

5. Hasil dari pertemuan tersebut dan inisiatif serta komitmen dari YB Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia beberapa jalan penyelesaian telah dicapai bagi membantu membela nasib pekerja-pekerja tersebut :

Antaranya :

i. Pihak Kementerian telah bersetuju untuk mengadakan Karnival Pekerjaan pada 11 Julai 2009 akan datang bagi membantu pekerja-pekerja tersebut mendapatkan peluang pekerjaan segera.

ii. Bagi pekerja-pekerja yang sukar mendapatkan pekerjaan berikutan faktor usia, pihak Kementerian telah mencadangkan agar pekerja tersebut didaftarkan untuk mendapat latihan serta pekerjaan melalui melalui program’Train & Place’ yang mana pekerja tersebut akan diberi latihan mengikut bidang-bidang yang ditetapkan dan akan terus diserapkan sebagai pekerja di premis yang diperlukan mengikut skill bidang latihan yang diikuti. Pekerja tersebut juga akan mendapat elaun sebanyak RM 500 – RM 800 sebulan sepanjang tempoh menjalani latihan yang dibiayai oleh Kementerian Sumber Manusia.

6. Apa yang lebih menarik hasil dari kesungguhan pihak kementerian untuk membantu pekerja-pekerja tersebut adalah pada pukul 2.00 petang bertempat di Aras 9, Kementerian Sumber Manusia pihak kementerian telah memanggil Pengurus sebuah kilang elektronik terkemuka untuk datang mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja-pekerja NIKKO Elechtronik Berhad iaitu Sdr. Mat Zahir Ismail dan Mohd Sobri bersama dengan Dato’ Sheikh Yahya Sheikh Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Tenaga Kerja (1), pihak kilang tersebut telah bersetuju pada dasarnya untuk menempatkan kesemua bekas pekerja-pekerja yang masih belum memperolehi pekerjaan untuk diserapkan di kilang tersebut di Prai, Pulau Pinang.

Pihak kilang tersebut akan mengadakan satu temuduga khas bagi bekas pekerja-pekerja tersebut pada masa yang terdekat untuk memberi masa agar kesemua pekerja dimaklumkan berhubung temuduga khas ini.

7. Berkaitan tuntutan pampasan pekerja-pekerja tersebut yang telah difailkan di mahkamah, menurut sumber kes tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi pada 3 Julai 2009 ini. Menurut sumber juga, dimaklumkan bahawa akan ada perkembangan yang positif dari pihak kilang NIKKO Electronic Berhad dalam masa yang terdekat dimana ianya akan memberi manfaat kepada bekas pekerja-pekerja tersebut.

8. Hasil dari perkembangan ini, Sekretariat Pekerja Muda, Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia di atas komitmen dan kesungguhan beliau dalam membantu membela nasib bekas pekerja-pekerja kilang NIKKO Electronic Berhad.

9. Sekretariat Pekerja Muda berasa amat kesal dan kecewa dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang hanya pandai menabur janji tetapi sememangnya tidak mengambil sebarang usaha untuk membantu membela nasib pekerja-pekerja tersebut.

10. Sekretariat Pekerja Muda akan terus memainkan peranan dalam membantu dan membela nasib pekerja-pekerja terutamanya di sektor perkilangan di seluruh negara agar masalah seperti ini tidak berulang.

Sekian, terima kasih.
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN

Pengerusi

Sekretariat Pekerja Muda, Pemuda UMNO Malaysia

Link

Bekas pekerja Nikko tuntut RM7.2 juta

Komen PB

Tahniah dan syabas Pemuda UMNO !! Nasib pekerja kilang Nikko yang tidak dibayar pampasan ini mendapat perhatian Sekretariat Pekerja Muda dan isu akan dibawah ke Kementerian Sumber Manusia dan juga pihak kilang Nikko. Keluhan dan aduan masalah mereka yang berlanjutan cukup lama ini jelas gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri . Mereka begitu kecewa dengan kelembapan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang untuk membantu mangsa pembuangan pekerja seperti yang diperkatakan oleh pegawai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kawasan utara sendiri .


6 Responses

  1. Tahniah ..sebenarnya isu ini berkait dengan Kementerian Sumber Manusia..berkenaan pampasan tu perlu melalui kementerian.

    Isunya Kementerian lupa atau terlepas pandang nasib pekerja ini...dahulu tk silap Subra sudah pn berjanji untuk setel benda ni..

    kalau nk ikutkan seramai 700 dari 1000 pekerja sudah dpt keja lain.Yg tkda keja ni mrk yg dh berumur....40an ke atas.Mereka ini lah yang masalah dan tiada pendapatan dan pulun mengharap pampasan ribuan agaknya kalau dapat.

    Tahniah geng Pemuda..KJ

  2. zedmagel says:

    Salam Bro Pejaung Bangsa,

    Begitulah tanggung jawab parti dalam membela nasib bangsa dan warganya. Apalagi agamanya. Tahniah kepada Pemuda UMNO, bukan setakat berkata-kata sahaja. Malah bertindak.

  3. terima kasih ..

    Pemuda kini bukan lagi bersuara untuk Melayu dan isu2 Melayu sahaja,tetapi meliputi semua kaum.

    teruskan usaha murni ini demi menjayakan slogan Rakyat Didahulukan ..

  4. Anonymous says:

    Masalh pekerja nikko ni telah pun di bangkit kan oleh ahli parlimen kuala
    langat yb abdullah sani..tapi menteri sumber manusia yang lembab nak cari jalan penyelesaian.. Jgn nak salah kan kerajaan negeri je..kenapa x salah kan menteri sumber manusia dan kerajaan persekutuan???!!!!pindaa akta pekerja yang ada sekarang ni nampk lebih zalim menindas pekerja.. Sokong pr..

  5. Unknown says:

    SAYA MAT ZAHIR ISMAIL (DALAM GAMBAR) KETUA JAWATANKUASA BEKAS PEKERJA NIKKO KESAL DENGAN CARA DAN TAKTIK LICIK UMNO YANG MEMANIPULASIKAN ISU PEKERJA NIKKO SELAMA INI. SEBENARNYA PERTEMUAN INI TIDAK SEDIKIT PUN MEMBANTU BEKAS PEKERJA NIKKO, KAMI BEKAS PEKERJA DIJANJIKAN DGN PELBAGAI BANTUAN SEPERTI PEKERJAAN, LATIHAN, MODAL NIAGA, PINJAMAN TEKUN DLL TAPI SEMUANYA TIPU BELAKA. PELBAGAI CARA TELAH DI CUBA HATTA BERSEMUKA DENGAN PM NAJIB DI PENANTI P,PAUH PADA TAHUN 2011, MEREKA INI LEBIH MEMENTINGKAN "KEUNTUNGAN POLITIK" DARI MEMBANTU RAKYAT. BUKTINYA SAYA SENDIRI DI SURUH ISTIHAR KELUAR PARTI PAS KERANA KEBETULAN WAKTU PERTEMUAN ITU PRK DI KELANTAN. UNTUK MAKLUMAN, SAYA ADALAH BEKAS AHLI UMNO SEMENJAK BERUSIA 18 TAHUN LAGI TAPI OLEH KERANA SIKAP PIMPINAN UMNO YG KEMARUK KUASA DAN MENIPU RAKYAT SEPERTI INILAH YANG MENYEBABKAN RAKYAT LARI MENINGGALKAN UMNO. MEREKA HANYA MEMENTINGKAN SOKONGAN POLITIK DAN PERIUK NASI DARI MEMIKIRKAN NASIB RAKYAT. KAMI BEKAS PEKERJA NIKKO BERANI BERSEMUKA DENGAN SESIAPA SAHAJA PIMPINAN UNMO BERKAITAN ISU TUNTUTAN PAMPASAN PEKERJA NIKKO HATTA KE ALAM AKHIRAT AKAN KAMI DAKWA DI HADAPAN ROBBUL JALIL.

  6. Unknown says:

    SAYA MAT ZAHIR ISMAIL (GAMBAR) ADALAH KETUA JAWATANKUASA PEKERJA NIKKO BERHAD BEGITU KECEWA DGN SIKAP PEMIMPIN UMNO KERANA LICIK UTK BERMAIN DAN BERSENDIWARA DEMI MENDAPAT "KEUNTUNGAN POLITIK" DARI MENYELESAIKAN "MASALAH RAKYAT". SEBENARNYA PERTEMUAN INI SEDIKITPUN TIDAK MEMBANTU KAMI BEKAS PEKERJA YANG DI JANJIKAN DENGAN PELBAGAI PEKERJAAN, LATIHAN, MODAL, PINJAMAN DLL. SEHINGGA SAAT INI SEMUA ITU ADALAH TIPU MUSLIHAT DAN JANJI KOSONG WALAUPUN KAMI TELAH BERUSAHA BERJUMPA PM DI PENANTI P.PAUH 2011 YG LALU. PARA PEMIMPIN INI SANGGUP MENGABURI MATA RAKYAT DENGAN MEDIA MEREKA DEMI UNTUK "KEUNTUNGAN DAN KELANGSUNGAN POLITIK DAN MENJAGA PERIUK NASI PEMIMPIN UMNO" KAMI BEKAS PEKERJA NIKKO SANGGUP BERSEMUKA DGN SESIAPA SAHAJA PIMPINAN UMNO HATTA TUNTUTAN INI AKAN TERUS KAMI BAWA KE MAHKAMAH ROBBUL JALIL SELAGI MANA HAK KAMI TIDAK DIKEMBALIKAN.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.