Perhimpunan PRO ISA dan ANTI ISA : Polis beri amaran

on Wednesday, July 29, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


1 Ogos depan akan menjadi hari penentuan. Bertempur atau tidak, semuanya mengundang rasa resah di kalangan masyarakat. Mana tidaknya, Gerakan Mansuh ISA (GMI) tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pada masa yang sama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) juga tetap akan menganjurkan perhimpunan bagi mempertahakan ISA.

Tujuan perhimpunan kedua-dua kumpulan ini ialah Istana Negara bagi menyerahkan memorandum Ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Satu memorandum membantah, satu lagi mahu akta itu terus dikekalkan.

Melihat kepada kempen kedua-dua pihak yang semakin rancak menjelang tarikh penentuan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Sabtu Osman hari Selasa tampil memberikan amaran akan bertindak tegas termasuk membuat tangkapan awal terhadap perancang dan individu dari dua kumpulan menyokong dan membantah.

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak. Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya yang tidak menolak kemungkinan tangkapan awal dibuat sebagai langkah pencegahan pada sidang media di ibu pejabat polis kontijen KL.

Berdasarkan rancangan kedua-dua kumpulan, GMI akan berhimpun 1 Ogos ini di beberapa lokasi iaitu kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek KL dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara.

Manakala Pewaris pula akan mula berkumpul di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara sebelum berhimpun di Dataran Merdeka dan seterusnya berarak juga ke Istana Negara.

Menurut Mohamad Sabtu, polis telah menemui wakil Pewaris memaklumkan kepada mereka supaya membatalkan perhimpunan berkenaan dan akan bertemu dengan GMI hari Rabu bagi memberitahu perkara yang sama.

Pewaris dilaporkan hanya akan membatalkan perhimpunan jika GMI juga membatalkan perhimpunan mereka. Jika GMI terus dengan rancangan mereka, Pewaris dikatakan akan terus dengan perhimpunan tersebut.

Menjelaskan mengenai langkah polis bagi menghadapi kemungkinan perhimpunan tersebut, Mohamad Sabtu berkata, polis akan mengadakan sekatan jalan dua hari lebih awal bagi menahan bas-bas yang disyaki membawa peserta ke demonstrasi berkenaan.

Polis juga tambah beliau akan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya masih ada pihak-pihak yang mengambil bahagian pada perhimpunan berkenaan sambil menambah jika perhimpunan berkenaan tetap diadakan, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya berhadapan dengan kemungkinan yang berlaku. – 28/7/2009

Komen PB

Tangkap saja kepala dua kumpulan ini ,bikin kecoh Malaysia saja dan memalukan negara.


8 Responses

  1. Yessss Datuk Wira Mohd Sabtu Osman!!

    Buktikan ketangkasan anda menghadapi situasi ini sesuai dengan kedudukan Datuk sebagai bekas Komander UTK (Vet69) PDRM.

    Selamat berjaya!!!

  2. This comment has been removed by the author.
  3. Demonstrasi adalah salah satu alat yang apabila digunakan dapat mengejar matlamat politik sesuatu isu. Ia digunakan oleh semua bangsa di kebanyakan negara. Sekiranya alat ini (demonstrasi) digunakan secara berhemah dan menurut etika yang betul, ia adalah alat yang berkesan.

    Cumanya, bagi mana-mana alat, kebaikan dan faedah dari penggunaannya adalah bergantung kepada niat, kemahiran dan kecekapan mereka yang menggunakannya. Cumnya dalam dalam ratusan buah dalam sebuah bakul akan ada juga yang busuk.

    Mereka yang busuk ini mungkin memasang niat yang tidak baik; menyalahgunakan alat untuk tujuan yang negatif atau merangsang individu lain agar menimbulkan kekecohan dengan alat yang ada di tangan mereka.

    Bayangkan dalam konteks agama sebagai alat untuk menjadikan insan sebagai khalifah, ada juga yang ‘tersasar’ yakni di gunakan untuk kepentingan politik duniawi.

  4. AKU NAK TENGOK KEJANTINAAN PERPUT KARIPAP! JANGAN CAKAP JER BESAR. BERIYA-IA SANGAT DIA NAK KOYAKKAN BAJU PEMUDA UMNO HARI TUH!!!

    PETIKAN AYAT SOMBONG DAN ANGKUH PERPU JUARA LAWAK DALAM WORLD, DENGAR YA..

    PERPU KARI SAID...

    BANGKIT WAHAI SAUDARAKU SANG PEMUDA UMNO, AKU SERU KAMU KOYAKKAN BAJU PEMUDA MU ITU, AYUH BERSAMA AKU GAP KITA TURUN PADA 1 HB OGOS DI KUALA LUMPUR ! AYUH HADIR SEBAGAI ANAK MELAYU.... INGAT SAUDARAKU, ANAK MELAYU PANTANG DICABAR !!!!!!!!!!! BANGKIT DAN LAWAN PERTAHANKAN BANGSA DAN NEGARA TERCINTA INI..

    ---------------------------

    KOYAK JANGAN TAK KOYAK!!! KALAU KAU MASUK DALAM LOKAP AKU TEPOK TANGAN.... JOM TEPOK TANGAN KAT SINI...

    http://wengerkhairy.blogspot.com/2009/07/maya-kari-parpu-kari-dan-singh-babi-tak.html

  5. Aku saran kan polis buat pencegahan awal..jangan dilayan kerenah manusia yang cuma tau untuk menguji pihak keselamatan...Sekiranya dilayan kumpulan ini..akan membuatkan rakyat yang tiada kena mengena akan menanggung risiko ..semua pekerjaan seharian dihari tersebut akan terganggu. warga kota tidak mau kehidupan mereka terganggu..sekiranya nak berpolitik ..bukan tak boleh tetapi berpolitik lah secara gentleman dan lakukan diwaktu pilihanraya..

    Cara nak mencegahnya senang sahaja..tangkap ketua kumpulan yang bakal menganjurkan perarakan ini...buat seperti operasi lalang dahulu..iaitu pencegahan awal..sekiranya ianya dibiarkan ..kita akan melihat beberapa kemungkinan akan terjadi dan ibukota akan berada didalam keadaan huru hara..sebenarnya perkara sebegini lah yang diingini oleh puak pembangkang supaya dia boleh menyebarkan keburukan dan kekecohan malaysia kepada negara luarr...

  6. parang sasau , Parpukari itu aku takut menyorok belakang saja ..cakap dlm blog je berani . tapi aku tak setuju dengan cara dia nak koyak baju Pemuda UMNO itu ..apa salah Pemuda UMNO /UMNO ...kalau dia meluat dengan Khairy pun kerana melarang Pemuda turun demo ,aku lihat pemimpin UMNO lain pun tak buat kenyataan pun menyeru ahli UMNO turun demo.. Kita kena jaga nama baik Najib dan UMNO ..

  7. parang sasau , Parpukari itu aku takut menyorok belakang saja ..cakap dlm blog je berani . tapi aku tak setuju dengan cara dia nak koyak baju Pemuda UMNO itu ..apa salah Pemuda UMNO /UMNO ...kalau dia meluat dengan Khairy pun kerana melarang Pemuda turun demo ,aku lihat pemimpin UMNO lain pun tak buat kenyataan pun menyeru ahli UMNO turun demo.. Kita kena jaga nama baik Najib dan UMNO ..

  8. Yes2ISA says:

    Saya sarankan supaya pihak GMI tidak bermain dgn api.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.