Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.
Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan.
Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.
Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu.
“Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini.
“Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.
"(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti."
Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan.
Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP.
“Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau juga menafikan ahli-ahli Pemuda Umno memaki-hamun polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti didakwa Ketua Penerangan PAS negeri Sofi Wahab hari ini.
Mengulas kecederaan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong seperti didakwa PAS Melaka, Jailani berkata, ia berlaku kerana wakil rakyat berkenaan menyorok bawah meja kerana ketakutan ketika kekecohan itu berlaku.
Wakil rakyat DAP itu terluka akibat terkena batu di bawah meja itu, kata Jailani.
Mencerita lebih lanjut insiden tersebut, Jailani berkata, pada mulanya Pemuda Umno telah mengarahkan Pemuda PAS dan DAP supaya tidak meneruskan kempen tersebut - yang bermula sejak petang.
Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut.
“Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya.
Dihubungi dari Kelantan, Safrie berkata, beliau menerima pesanan melalui SMS daripada ahli Pemuda Umno yang berada di tempat kejadian sebelum Maghrib tentang kempen pendaftaran DAP dan PAS di situ.
Beliau kemudiannya meminta ahli pergerakan itu ke tempat berkenaan untuk memantau keadaan tetapi jangan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”.
"Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya.
Akibat insiden ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PAS membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno.
sumber : malaysiakini.com
Komen PB
Kepada pucuk pimpinan UMNO Melaka dan Pemuda UMNO Malaysia, kalau benarlah kes ini seperti yang didakwa oleh DAP dan PAS ,please take the action atau gantung keahlian mereka . Mereka ini jangan ikut jadi samseng seperti pembangkang walaupun perkara ini sebenarnya biasa berlaku malah di semasa kempen di dalam pilihanraya pun .Tetapi Pembangkang akan gunakan isu dan akan perbesarkan isu sebagai political milleage di blog2, malaysiakini, you tube dan menuduh UMNO ganas,angkuh dan sebagainya. Di ambil pulak gambar-gambar kecederaan lakonan orang mereka dan disiarkan di dalam blog untuk meraih simpati dan menimbulkan kebencian terhadap UMNO . Punca seperti inilah yang merosakkan nama baik UMNO/BN. Jika alasan mereka bahawa sudah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu ,orang tidak akan dengar dan DAP,PAS akan putar belitkan mengatakan UMNO ganas dan memulakan dahulu.
bagi PB , tindakan DAP nak kutip ahli2 baru di pasar malam ini memang merupakan tindakan terdesak dan strategi mereka untuk menguatkan parti di Melaka menjelang PRU 13 kerana Melaka adalah kubu BN . Jika DAP PP mahu warga emas isu borang DAP dahulu sebelum mendapat wang saguhati kerajaan negeri ,di Melaka kutip nama di pasar malam.
Dakwaan Pemuda UMNO Bkt Katil melakukan kekecohan di Melaka
on Saturday, July 4, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
3 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
July
(57)
- Blog Malaysiawaves hina Mufti Perak
- Isu penyalahgunaan wang peruntukan di Selangor lagi
- Khairy Jamaluddin -Satu Enigma
- Misteri Kematian Teoh kini sudah dapat hint terbaru
- Kongsi Gelap Dalang Rumah Urut,Curi Pasir ,Judi
- KHALID, EXCO SELANGOR MERANCANG UNTUK KAUT DUIT B...
- Perhimpunan PRO ISA dan ANTI ISA : Polis beri amaran
- Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan
- Nasib Melayu di bumi Melayu
- Rahsia Adun DAP Selangor curi duit RAKYAT terbon...
- Laman blog http://t4tbh.blogspot.com dedahkan peny...
- Amaran dari Perkasa untuk GMI
- Nik Aziz dan PAS takut hendak ulas isu pegang lili...
- Jika berlaku kes ini kepada orang Melayu ,mana pe...
- Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Kh...
- Pengorbanan Melayu mesti dihargai - Tun M
- Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana pe...
- Mengesan dalang komplot Teoh
- Pemuda UMNO Bantah Pelan Kenaikan Tarif Elektrik
- UMNO akan terus menjadi harapan orang Melayu
- Malaysia hampir memalukan Man United di Bukit Jalil
- Apa kejadahnya Nizar ada dalam upacara ala Kristia...
- Umno diminta tumpu 4 perkara penting agenda memper...
- Pemuda UMNO mahu ISA dipinda sahaja bukan dimansuhkan
- Kegiatan haram : Bukti Ronnie pernah ditahan polis
- Kematian Teoh bermotifkan politik : Saksi penting ...
- Membunuh Diri atau Dibunuh Untuk Menekan SPRM?
- Rasionalkah tindakan Ronnie dan Khalid Ibrahim ??
- Pembantu Khas Exco Selangor bunuh diri @ dibunuh ???
- SPRM serbu pejabat Exco Selangor !!
- Gempar !!Exco Selangor ada hubungan dengan geraka...
- Saya akan berlaku adil untuk semua kaum - Najib
- Manik Urai : Ceramah Pentas Pemuda BN
- Antara Balak dan royalti minyak
- MANEK URAI:PAS TERGUGAT DI MANEK URAI?
- Pas guna mahasiswi berkempen..
- Kenyataan Ketua Penerangan UMNO mengenai isu PPSMI
- Peguam Anwar buat hal , perbicaraan ke 15 Julai p...
- Banglo Mewah : Guan Eng bijak bersandiwara
- Debat Nik Aziz
- Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai
- Sam AMK nak bawa 5000 penyokong Anwar ke mahkamah...
- Mari Singkirkan Guan Eng
- Umat Islam hilang ketuanan jika biar perpecahan - ...
- Jangan cetus isu perkauman di Kg Buah Pala
- Dakwaan Pemuda UMNO Bkt Katil melakukan kekecoha...
- Berita Gempar PP : Ahli Majlis PBT PKR salahguna k...
- Manik Urai :Kempen berteraskan Pemuda BN
- Isu Karpal Singh
- Nasib pekerja kilang Nikko mendapat perhatian Sekr...
- Dr Zambry turun padang mendengar masalah rakyat
- Kg Buah Pala , Lim Guan Eng lari dari jumpa penduduk
- Hanya 5000 hadir ke perhimpunan 100,000 rakyat unt...
- X PKR dedahkan anwar pernah lulus lesen judi
- Calon BN mendapat respons baik daripada golongan m...
- Penjelasan mengenai FIC oleh YB Ahmad Maslan
- Kisah Coffee Boy Anwar - Saiful Bukhari
-
▼
July
(57)
Inilah penyakit baru UMNO dan Kerajaan UMNO ,"DEFENSIF". Cukup hanya tengok apa yang pembangkang buat. Nak ludah,ludahlah,nak maki,makilah...kalau lawan takut diputarbelit. Budaya mangkuk,bodoh dan tak ada harga diri". Sebab tula rakyat lihat kerajaan lemah.UMNO lemah.BN lemah. Seakan semua kakitangan diikat.Bahkan semua dosa orang lain buat,dituduh UMNO dan Kerajaan buatpun kita terima seperti jantan tiada telur.
Sudah sampai masanya UMNO dan Kerajaan AGRASIF menentang,memerangi si jahanam pembangkang yang telah keluar dari fungsi dan peranan mereka supaya rakyat melihat wibawa kerajaan. Kerajaan yang boleh diyakini melindungi hak rakyat bukannya kerajaan yang bacul dan rela diludah. Hidup PEMUDA UMNO. Tanah ini diwariskan oleh nenek moyangmu untuk dipertahankan...
Apabila Pemuda agresif ,dan mula offensive sikit ,kita akan dilabel ganas dan zalim. Inilah politik sdr ,mereka akan memutar belitkan berita itu dan membuatkan org simpati terhadap mereka.
Bila penyokong mereka pukul watawan semasa di ceramah ,dan penamaan calon Prmtg pauh dulu..BN juga dipersalahkan dan menafikan mereka org mereka terlibat. Isu2 spt ini PR jelas kita lihat cekap memanipulasi dan BN belum lagi hebat dalam kerja2 itu .
Saya setuju apa yang di tulis dalam blog ni.. jika terbukti adanya samseng dalam umno ,gantung keahlian mereka .
Kita tak nak adanya sepalit lumpur dalam umno maka rosak seluruh parti. Patutnya stategi diubah.