SPRM serbu pejabat Exco Selangor !!

on Wednesday, July 15, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


SHAH ALAM 15 Julai — Lima pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di sini hari ini.

Pegawai berkenaan dikatakan mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

Dalam serbuan kira-kira 5 petang, SPRM turut merampas sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) dari pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Seri Kembangan itu yang terletak di tingkat 15 bangunan berkenaan.

Setiausaha politik Yong, Teoh Beng Hock, turut ditahan oleh pegawai SPRM untuk disoal.

Yong adalah antara tujuh Adun dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRM kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling.

— BERNAMA

Komen PB

Hahahaha Apa sudah jadi kepada kepada pemimpin2 Pakatan Penipu Rakyat di negeri terkaya di Malaysia .Di Sidang DUN ,Speaker mereka yang cukup angkuh dan berlagak berkuasa telah menggantung Khir dan beberapa Adun BN yang lain daripada menghadiri sidang Dewan dan elaunnya dipotong selama setahun agar mulut mereka ditutup daripada mengkritik kerajaan negeri , tetapi hari ini sudah ditunjukkan direct kepada kita Exco Kerajaan Negeri Selangor didakwa menyalahgunakan peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling. Ini kes rasuah telah disoal siasat cuma aku nak tunggu lagi polis pergi cekup Exco yang terbabit dengan gengster dan penjenayah !!


4 Responses

  1. salam pejuang..
    nak jadi pejuang bangsa ke pejuang agama?
    Allah xpandang bangsa..dats realtiti..
    n juz 1 soalan..kenapa umno tolak pentadbiran Islam?

  2. zedmagel says:

    Salam Bro Pejuang Agama dan Bangsa,

    Baguslah kalau macam tu, siapa yang bersalah mesti dihukum. tak kira apa bangsa dan agama.Apa parti dan kerajaan. Salah mesti menerima hukuman yang sewajarnya.

    Siapa pula kata UMNO menolak Islam, sedangkan UMNO saya lihat menjunjung Islam.

  3. Apa yang menghairankan kalau perkara melibatkan PR sampai tak cukup kakitangan nak buat siasatan dan bekejar cepat-cepat , tetapi apabia BN terlibat tak pula macam tu.

  4. sang kegelapan

    Apabila bangsa kita pejuangkan ,bermakna agama juga kita pejuangkan kerana bangsa Melayu adalah beragama Islam .

    Apabila UMNO dikatakan parti yang perjuangkan bangsanya ,bukankah bangsa Melayu itu adalah bangsa beragama Islam juga ???

    Kekuatan UMNO terletak pada

    Alif = Agama

    Ba = Bangsa

    ta = Tanah air

    aku sebagai generasi muda akan meneruskan sebagai generasi pejuang bangsa !!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.