SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.
Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.
Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.
"Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.
"Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku 'Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic' (tenaga alam semesta) terbitan syarikat jualan barangan kesihatan, Pyracosmic mengenai kaedah-kaedah rawatan dan rahsia penyembuhan alam Melayu yang diolah selaras dengan firman-firman Allah S.W.T dalam al-Quran.
Tambah Harussani, perbezaan pendapat tidak salah dan menyifatkan ia merupakan satu rahmat yang dapat membawa kepada pembangunan negara.
Bagaimanapun, perbezaan pendapat daripada pihak-pihak tertentu sehingga membawa kepada perpecahan adalah tidak wajar kerana ia boleh merosakkan masa depan negara.
"Kalau tidak ada perbezaan pendapat, tidak ada pembangunan. Tapi jangan sampai perbezaan itu boleh memberi kesan kepada perpecahan masyarakat.
"Maka sebab itu, perbezaan pendapat ini harus disalurkan melalui kaedah syura (perbincangan) supaya permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang baik," jelas beliau.
Dalam perkembangan lain, Harussani yang ditanya mengenai tanggungjawab umat Islam menangani penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) berkata, kerajaan perlu bertindak lebih tegas dengan tidak membenarkan rakyat negara ini keluar atau melawat negara yang dijangkiti virus itu untuk sementara waktu.
Malah, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan rakyat negara ini yang berada di negara yang dijangkiti virus berkenaan supaya tidak pulang ke Malaysia sehingga wabak itu benar-benar dikawal.
"Dalam sibuk-sibuk (bertindak bagi mengekang penularan wabak itu di negara ini) kita masih juga benarkan orang balik. Itu sebab kes meningkat setiap hari sampai berpuluh-puluh kes sehari.
"Orang Islam yang tak makan babi pun, terkena jangkitan selesema babi," ujarnya.
Umat Islam hilang ketuanan jika biar perpecahan - Harussani
on Sunday, July 5, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
July
(57)
- Blog Malaysiawaves hina Mufti Perak
- Isu penyalahgunaan wang peruntukan di Selangor lagi
- Khairy Jamaluddin -Satu Enigma
- Misteri Kematian Teoh kini sudah dapat hint terbaru
- Kongsi Gelap Dalang Rumah Urut,Curi Pasir ,Judi
- KHALID, EXCO SELANGOR MERANCANG UNTUK KAUT DUIT B...
- Perhimpunan PRO ISA dan ANTI ISA : Polis beri amaran
- Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan
- Nasib Melayu di bumi Melayu
- Rahsia Adun DAP Selangor curi duit RAKYAT terbon...
- Laman blog http://t4tbh.blogspot.com dedahkan peny...
- Amaran dari Perkasa untuk GMI
- Nik Aziz dan PAS takut hendak ulas isu pegang lili...
- Jika berlaku kes ini kepada orang Melayu ,mana pe...
- Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Kh...
- Pengorbanan Melayu mesti dihargai - Tun M
- Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana pe...
- Mengesan dalang komplot Teoh
- Pemuda UMNO Bantah Pelan Kenaikan Tarif Elektrik
- UMNO akan terus menjadi harapan orang Melayu
- Malaysia hampir memalukan Man United di Bukit Jalil
- Apa kejadahnya Nizar ada dalam upacara ala Kristia...
- Umno diminta tumpu 4 perkara penting agenda memper...
- Pemuda UMNO mahu ISA dipinda sahaja bukan dimansuhkan
- Kegiatan haram : Bukti Ronnie pernah ditahan polis
- Kematian Teoh bermotifkan politik : Saksi penting ...
- Membunuh Diri atau Dibunuh Untuk Menekan SPRM?
- Rasionalkah tindakan Ronnie dan Khalid Ibrahim ??
- Pembantu Khas Exco Selangor bunuh diri @ dibunuh ???
- SPRM serbu pejabat Exco Selangor !!
- Gempar !!Exco Selangor ada hubungan dengan geraka...
- Saya akan berlaku adil untuk semua kaum - Najib
- Manik Urai : Ceramah Pentas Pemuda BN
- Antara Balak dan royalti minyak
- MANEK URAI:PAS TERGUGAT DI MANEK URAI?
- Pas guna mahasiswi berkempen..
- Kenyataan Ketua Penerangan UMNO mengenai isu PPSMI
- Peguam Anwar buat hal , perbicaraan ke 15 Julai p...
- Banglo Mewah : Guan Eng bijak bersandiwara
- Debat Nik Aziz
- Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai
- Sam AMK nak bawa 5000 penyokong Anwar ke mahkamah...
- Mari Singkirkan Guan Eng
- Umat Islam hilang ketuanan jika biar perpecahan - ...
- Jangan cetus isu perkauman di Kg Buah Pala
- Dakwaan Pemuda UMNO Bkt Katil melakukan kekecoha...
- Berita Gempar PP : Ahli Majlis PBT PKR salahguna k...
- Manik Urai :Kempen berteraskan Pemuda BN
- Isu Karpal Singh
- Nasib pekerja kilang Nikko mendapat perhatian Sekr...
- Dr Zambry turun padang mendengar masalah rakyat
- Kg Buah Pala , Lim Guan Eng lari dari jumpa penduduk
- Hanya 5000 hadir ke perhimpunan 100,000 rakyat unt...
- X PKR dedahkan anwar pernah lulus lesen judi
- Calon BN mendapat respons baik daripada golongan m...
- Penjelasan mengenai FIC oleh YB Ahmad Maslan
- Kisah Coffee Boy Anwar - Saiful Bukhari
-
▼
July
(57)