Jangan cetus isu perkauman di Kg Buah Pala

on Saturday, July 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Media arus perdana dan media alternatif di internet kini giat memaparkan isu di Kampung Buah Pala yang semakin tegang lantaran semalam ekoran kedatangan 3 wakil Mahkamah Tinggi negeri bersama pemilik tanah kampung ,wakil Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri dan pemaju projek ,Nusmetro Ventures Sdn Bhd yang diiringi polis untuk menampal notis di semua rumah untuk mengosongkan rumah sebelum 3 Ogos 2009.


Penduduk yang berhimpun di tengah jalan masuk ke kampung berkenaan sambil memegang sepanduk dan melaungkan ‘Pemaju Jangan Beri Masuk Rumah’, ‘Halau Mereka Keluar’ dan ‘Hidup High Chappral.

Bagaimanapun, keadaan riuh rendah itu dapat ditenangkan polis dan penduduk kemudian hanya membenarkan wakil mahkamah mengunjungi setiap rumah yang terlibat untuk menyerahkan notis.
Saya melihat ada pihak yang kini cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dengan membangkitkan isu perkauman terhadap permasalahan ini.Mereka cuba menyatakan bahawa hal ini adalah disebabkan isu kulit dan kaum yang merupakan sebab utama permasalahan ini.

Kenyataan keras dari Pemimpin Hindraf dan Pengerusi penduduk kg tersebut ,M Sugumaran cukup berbahaya dan boleh membangkitkan ketegangan kaum di P.Pinang. Ucapan Sugumaran semalam yang disiarkan live di TV dan akhbar adalah seperti berikut:

" Ini kerana pemaju projek (Nusmetro Ventures ) dimiliki Melayu dan penduduk pula adalah bangsa India, bayangkan apa akan terjadi hari itu (3 Ogos) , sudah pasti perselisihan akan berlaku"

Selepas meneliti akhbar semalam, saya mendapati Pengarah Urusan pemaju ini berbangsa Cina begitu juga pegawai tertinggi syarikat yang lain dan mungkin beliau mensasarkan kepada pemilik tanah tersebut. Oleh itu saya menyangkal kenyataan di atas yang cuba membangkitkan semangat perkauman di kalangan kaum India.

Pimpinan PAS PP juga melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenyataan perkauman beberapa individu terhadap isu kampung tersebut.Demikian ulasan beliau :

"Ada unsur-unsur mengapi-apikan isu perkauman dalam kes Kampung Buah Pala.

"Pihak tertentu diharap jangan mempergunakan isu berkenaan untuk melebarkan pengaruh mereka semula tambahan lagi mengaitkan api perkauman, " ujarnya.

Pihak keselamatan tambah Mujahid Yusof Rawa, harus segerakan siasatan serta tindakan jika terdapat usaha pihak tertentu melagakan kaum walhal kes itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada dorongan pihak tertentu yang sedang mencari publisiti.

Menurutnya, pihak pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhn wajar membayar pampasan secukupnya kepada penduduk sebelum memulakan projek pembinaan walaupun tanah itu merupakan tanah TOL.
Diharapkan semua pihak baik penduduk kampung, pihak pemaju dan penyokong hak kampung tersebut supaya bertenang dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan mengeluarkan kenyataan provokasi perkauman yang membangkitkan kemarahan pihak lain. Kita tidak mahu di Pulau Pinang berlaku lagi ketegangan kaum di Kg Rawa beberapa tahun yang lalu berulang kembali.

sumber : blog cetusan jiwa merdeka

Link

Isu Kg Buah Pala: DAP manis kata di bibir

Komen PB

Isu Kg Buah Pala ini cukup rumit sekali dan Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi. Cuma aku paling suka sekali kenyataan yang selalu diucapkan oleh LGE untuk melepaskan diri ialah meminta meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.Selain itu LGE juga menasihatkan pemaju supaya membayar pampasan kepada penduduk terbabit iaitu RM200,000 bagi setiap keluarga seperti yang dipersetujui sebelumnya dan meminta penduduk menerima bayaran itu kerana perintah mahkamah dalam isu itu adalah jelas.

Cuma isu perkauman yang semakin kuat ditimbulkan penduduk dan juga dengan kehadiran Hindraf yang telah diharamkan menambahkan lagi masalah di situ . Harap pihak berkuasa seperti polis dapat menangani isu ini sebelum ia berlaku.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.