Pas guna mahasiswi berkempen..

on Thursday, July 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Semalam aku dan kawan-kawan panel penulis blog Manek Urai 2009 meninjau di Peti Undi Lakloh dan Manjor. Saja jalan-jalan ambil gambar dan kumpul maklumat terbaru.

Ketika melalui Peti Undi Manjor, kami bertembung dengan sekumpulan 4 orang mahasiswi yang sedang memujuk rayu seorang penghuni sebuah rumah di Kampung Karangan. Aku buat-buat bertanya arah jalan, tetapi mereka tidak tahu. Dari tutur kata dan percakapan memang terbukti mereka bukan orang tempatan.

Aku tanya dari mana dan apa buat di kampung ni, mereka perkenalkan diri sebagai Mahasiswi dari sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Kata mereka kononnya ditugaskan membuat bancian kemiskinan penduduk di kawasan ini. Tapi di tangan ada risalah Pas dan gambar kecil calon Pas.

Bersama mereka ada seorang lelaki dalam usia pemuda sedang menunggu dalam kereta Myvi berwarna putih. Sempat aku tengok di cermin depannya ada sticker 'Pas For All' dan gambar Nik Aziz.

Nampaknya Pas kini kian terdesak sampai sanggup menggunakan para pelajar Universiti untuk kempen pilihanraya mereka.. dan malangnya pelajar-pelajar ini pula sanggup meninggalkan kuliah berhari-hari untuk bersekongkol dengan perjuangan Pas yang sia-sia.

sumber : http://manekurai2009.blogspot.com/


8 Responses

  1. pendedahan baik bro...kawe dah post promote artikel demo dalam Facebook kawe.

  2. tahniah adindaku. selamat berjuang. semoga diberkati Allah.

  3. Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK di Penanti, PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

    1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

    2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling rapat dengan anda.

    3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

    4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.Lapor kepada polis.


    5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.

    6] Jika anda melihat perbuatan rasuah politik berlaku ditempat anda . Laporkan terus kepada polis.


    7] Awas, UMNO parti rasuah. Jangan biarkan diri anda terperangkap dan terpedaya.

    8) Awas , UMNO parti perkauman, Jangan campak diri anda kedalam kebinasaan.



    Selamat Mengundi

  4. Anonymous says:

    hm.. dah lama dah diorang guna student University. dari zaman gua sekolah lagi.

  5. cheguBard says:

    apa salahnya jika pelajar itu sendiri berminat dgn pas.... apa pula pendapat sdr dengan kakitangan kerajaan yg dipaksa terlibat dalam kempen lipihanraya Bn sedangkan mereka sendiri tak suka.... apa pendapat sdr. dgn program bn yang melibatkan Umno/bn... bagaimana dengan kempen bn yg guna peruntukan kerajaan...?

  6. Mahasiswa memang tak serik-serik...ponteng kuliah untuk join kempen..tanggung-jawab sebagai seorang anak yang diharapkan untuk menjamin kehidupan keluarga diabaikan.Inikah ajaran PAS yang mengajar supaya anak-anak menyebabkan orang tua menangis kerana membelakangi amanah ibu-bapa.PAS memang hamPAS..tak habis-habis merosakkan orang...

    kepada chegubard...memang salah kerana apabila pelajar itu ditimpa kesusahan pembangkang tak akan bantu.macam kes 2 pelajar UM yang kena tangkap tu...terpaksa buat kutipan derma untuk bantu mereka....chegubard jangan guna nama chegu lah..wat malu je...kalau keja kerajaan taknak tolong kerajaan dan masih nak sokong pembangkang..letaklah jawatan..jangan kerja dengan kerajaan.kerja dengan pembangkang...kja mencaci kerajaan, mengutuk kerajaan...kalau awak dah kerja dengan kerajaan,secara tidak langsung awak adalah tenaga pengerak kerajaan..

  7. Anonymous says:

    aik,arituh najib dtg uitm citer psl politik boleh pulak ye?

    owh,asal keje dgn kjaan kene sokong kjaan ker?tak kira betapa zalimnye kjaan tetap akan sokong juga kan?

  8. arghh aku tak percaya mereka student..mereka semua balaci pas. harus dihalau keluar dari kg sebelum bala Allah menimpa penduduk kg disebabkan orang penyeleweng akidah dan penyebar ajaran sesat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.