Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan Malaysia yang menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila tewas tipis 2- 3 dengan Manchester United di Stadium Bkt Jalil yang hampir 99% penonton ialah penyokong MU memakai baju jersi MU.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah manakala gol MU dijaringkan oleh Ronney, Nani dan Michael Owen. Saya cukup tertarik dengan gol Amri yang berjaya memperdaya Van Der Sar pada separuh masa pertama apabila melambung bola menuju jaring melepasi jangkaun nya yang berada jauh dari gawang gol.
Saya yang menonton menerusi Astro mulanya tidak meletak harapan besar kepada Malaysia untuk mengikat MU tetapi berharap Malaysia tidak malu besar dengan bolos gol yang banyak menentang MU dan juga berharap mereka memberi tentangan sengit kepada MU.Jangkaan saya meleset apabila Amri menjaringkan gol pertama Malaysia dengan tendangan yang sukar dipercayai boleh dilakukan pemain Malaysia. Tetapi pada saya,Malaysia di separuh masa pertama ternyata bukan tandingan MU dan mereka banyak melakukan hantaran kurang tepat kepada rakan dan akhirnya penguasaan bola jatuh ke tangan MU.
Second Half, Malaysia bermula dengan baik dengan cuba menandingi penguasaan bola MU dan sedikit sebanyak lebih baik dari first half dan akhirnya Amri sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan apabila berjaya menghidu kesilapan Ben Foster yang tidak menahan dengan baik bola dan akhirnya dicuri baik oleh Amir dan beliau menjaringkan gol penyamaan. Harapan saya supaya Malaysia mampu mengikat MU hingga ke wisel penamat berakhir apabila Owen bijak menyambar peluang tampanan muntah GK Malaysia, Farizal yang bejaya cubaan pertamanya menghalang throw ball kepada penyerang MU. Jika Rajagopal mengekalkan Zamani dan Aidil di Centre Back sehingga wisel penamat, saya merasakan Malaysia mampu seri dengan MU.Akhir nya keputusan memihak MU dengan 3-2 jua apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil .
Tahniah Malaysia !!..walaupun tidak ramai yang memakai jersi Malaysia di stadium tetapi masih ada rakyat diluar stadium yang sayang bola sepak Malaysia. Saya sedih melihat VVIP dan VIP Malaysia berbangga memakai baju MU sampai anak kecil mereka pun diajar memakai baju MU untuk menyokong MU. Pak Menteri Belia Sukan pula seakan terhegeh-hegeh mahu bersalam dengan Alex Ferguson sampai sempat memegang bahu Ferguson untuk meminta berjabat tangan dengannya dikala beliau tidak perasan Pak Menteri ini. Hahaha Lawak betul Pak Menteri ini.
Untuk rakyat Malaysia yang menyokong MU, saya ketawa melihat pemain MU apabila turun selepas selesai menerima medal dari tetamu kehormat tidak endah akan sapaan salam penyokong MU ditepi tangga dengan hanya berjalan terus ke bawah balapan dengan muka yang masam. Nampaknya mereka kecewa apabila hampir diikat oleh Malaysia jika tidak Owen menutup malu mereka pada minit akhir permainan dan juga gol yang dilepaskan MU cukup bodoh la dan mesti menjadi perbualan hangat peminat sukan antarabangsa. Oleh itu, sedarlah rakyat Malaysia semua, janganlah mengagungkan sangat pasukan luar kerana mereka tidak pandang penyokong apabila mereka merasakan hampir dimalukan oleh pasukan kerdil seperti Malaysia.
Gambar perlawanan MU Vs Malaysia disini.
Comment form Alex Ferguson :
SKY SPORT
Meanwhile, Ferguson is not reading too much into Ben Foster's blunder in the game. The goalkeeper made a hash of Darron Gibson's harmless backpass allowing the Malaysia XI to equalise.
First game
As it was Foster's first match for a while, Ferguson is just pleased to see the keeper back out on the pitch rather than criticising his performance.
"Ben has had ligament damage in his finger and that was his first game for a few months," he continued.
"It was a big day for him coming back after such a long time and I am not too concerned.
"I have said I think he will be England's number one keeper and I still believe that."
More is expected of Wayne Rooney this season following Cristiano Ronaldo and Carlos Tevez's departure and Ferguson believes the striker is playing with more maturity.
"You are seeing maturity from him now, which is what you expect from all young players.
"I don't believe he needs to look at anything but himself because we know there is a lot of improvement to come from him yet.
"Wayne is not the finished article by any means.
Malaysia hampir memalukan Man United di Bukit Jalil
on Sunday, July 19, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
3 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
July
(57)
- Blog Malaysiawaves hina Mufti Perak
- Isu penyalahgunaan wang peruntukan di Selangor lagi
- Khairy Jamaluddin -Satu Enigma
- Misteri Kematian Teoh kini sudah dapat hint terbaru
- Kongsi Gelap Dalang Rumah Urut,Curi Pasir ,Judi
- KHALID, EXCO SELANGOR MERANCANG UNTUK KAUT DUIT B...
- Perhimpunan PRO ISA dan ANTI ISA : Polis beri amaran
- Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan
- Nasib Melayu di bumi Melayu
- Rahsia Adun DAP Selangor curi duit RAKYAT terbon...
- Laman blog http://t4tbh.blogspot.com dedahkan peny...
- Amaran dari Perkasa untuk GMI
- Nik Aziz dan PAS takut hendak ulas isu pegang lili...
- Jika berlaku kes ini kepada orang Melayu ,mana pe...
- Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Kh...
- Pengorbanan Melayu mesti dihargai - Tun M
- Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana pe...
- Mengesan dalang komplot Teoh
- Pemuda UMNO Bantah Pelan Kenaikan Tarif Elektrik
- UMNO akan terus menjadi harapan orang Melayu
- Malaysia hampir memalukan Man United di Bukit Jalil
- Apa kejadahnya Nizar ada dalam upacara ala Kristia...
- Umno diminta tumpu 4 perkara penting agenda memper...
- Pemuda UMNO mahu ISA dipinda sahaja bukan dimansuhkan
- Kegiatan haram : Bukti Ronnie pernah ditahan polis
- Kematian Teoh bermotifkan politik : Saksi penting ...
- Membunuh Diri atau Dibunuh Untuk Menekan SPRM?
- Rasionalkah tindakan Ronnie dan Khalid Ibrahim ??
- Pembantu Khas Exco Selangor bunuh diri @ dibunuh ???
- SPRM serbu pejabat Exco Selangor !!
- Gempar !!Exco Selangor ada hubungan dengan geraka...
- Saya akan berlaku adil untuk semua kaum - Najib
- Manik Urai : Ceramah Pentas Pemuda BN
- Antara Balak dan royalti minyak
- MANEK URAI:PAS TERGUGAT DI MANEK URAI?
- Pas guna mahasiswi berkempen..
- Kenyataan Ketua Penerangan UMNO mengenai isu PPSMI
- Peguam Anwar buat hal , perbicaraan ke 15 Julai p...
- Banglo Mewah : Guan Eng bijak bersandiwara
- Debat Nik Aziz
- Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai
- Sam AMK nak bawa 5000 penyokong Anwar ke mahkamah...
- Mari Singkirkan Guan Eng
- Umat Islam hilang ketuanan jika biar perpecahan - ...
- Jangan cetus isu perkauman di Kg Buah Pala
- Dakwaan Pemuda UMNO Bkt Katil melakukan kekecoha...
- Berita Gempar PP : Ahli Majlis PBT PKR salahguna k...
- Manik Urai :Kempen berteraskan Pemuda BN
- Isu Karpal Singh
- Nasib pekerja kilang Nikko mendapat perhatian Sekr...
- Dr Zambry turun padang mendengar masalah rakyat
- Kg Buah Pala , Lim Guan Eng lari dari jumpa penduduk
- Hanya 5000 hadir ke perhimpunan 100,000 rakyat unt...
- X PKR dedahkan anwar pernah lulus lesen judi
- Calon BN mendapat respons baik daripada golongan m...
- Penjelasan mengenai FIC oleh YB Ahmad Maslan
- Kisah Coffee Boy Anwar - Saiful Bukhari
-
▼
July
(57)
Tahniah kepada Malaysia sebab corak persembahan yang menyakinkan walaupun MU bukan calang-calang pasukan. Biar pun stadium Bukit Jalil seolah-olah menjadi tempat sendiri MU tapi pasukan Malaysia sangat membanggakan. Malangnya sebahagian besar penonton nampaknya hilang identiti dan hilang semangat petroitik kerana sangat teruja dan sangat memuja MU. Walaupun menang tipis MU tetap menang ,begitulah juga MU (Manek Urai).
betul tu ...mana hilangnya identiti semangat patriotik kepada negara ..hanya sebilangan kecil sahaja penyokong Malaysia itu pun dari kelab penyokong harimau Malaya..
tahniah malaysia !!
bangsa malaysia bangsa bermaruah.
tapi alangkah sedihnya maruah itu sudah tiada dalam diri anak muda malaysia yg bangga berkulit merah di bukit jalil semalam.
tersenyum dan tersengih rakyat dan pemimpin negara kulit putih britain melihat malaya masih lagi bernaung dibawah queenn..
sedih, sedih...
namun sekalung tahniah buat ultras harimau malaya dan pemain2 malaysia yg berjaya membuktikan yg tak ada apa nak dibanggakan dengan MU itu.
sekalung respek buat indraputra yg x layan mat saleh, o'shea nak salam dengan nya. dan syabas juga buat pemain malaysia yg x terhegeh2 nak mintak jersi diorang lepas game.
DAN....
sekalung padan muka kepada penyokong tegar MU yg kempunan nak salam ngan 'bintang' pujaan mereka yg buat x layan lepas turun dari stage tu.. hahaha.. itu yg jadi idola korang?