Banglo Mewah : Guan Eng bijak bersandiwara

on Tuesday, July 7, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Inilah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Yeng yang menjadi kontroversi di Pulau Pinang ditimbulkan oleh Pemuda Gerakan PP.

Tindakan Ketua Menteri menggunakan alasan berpindah dari Kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang ke Banglo sewa minggu lalu hanya disebabkan ganguan semut api, anai-anai dan musang memang tidak boleh terima akal.

Lim Guan Eng yang sebelum ini yang selalu menekankan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan budaya jimat cermat dan berbelanja sederhana dan menjadi "Cakap Bukan serupa Bikin". Guan Eng juga dikenali umum suka menyalahkan orang lain kini "menyalahkan serangga semut api dan Anai-anai dan haiwan seperti musang" pulak alasan perpindahan dari Rumah Rasmi Kerajaan.

Di persidangan DUN Pulau Pinang yang lepas YB Shabudin dari DUN BN Permatang Berangan membidas ketua Menteri yang berpindah ke rumah rasmi menyaksikan ia diubah suai dengan kos RM122,00 tetapi beliau enggan mendudukinya menjadi tanda tanya.

"Kalau berpindah ke rumah biasa, mungkin rakyat tidak kisah sangat tetapi ini rumah mewah setelah diubah suai dengan menelan belanja dipercayai ratusan ribu ringgit.
"Kita bukan apa, dulu Guan Eng kata akan tinggal di rumah keluarganya sebagai langkah berjimat, kemudian berpindah ke Seri Teratai dan kini ke banglo mewah pula. Ini semua cakap tak serupa bikin,
Ketua Pemuda UMNO PP Norman Zahalan

“Saya rasa kecewa apabila isu anai-anai merosakkan kediaman rasmi dianggap jauh lebih penting daripada isu penduduk Kampung Buah Pala yang akan kehilangan tempat tinggal.“Saya juga hairan kerana setelah menerajui Pulau Pinang untuk tempoh satu tahun tiga bulan, mentalitinya masih sama seperti seorang pembangkang dan bukan sebagai pentadbir kerajaan negeri,”Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang


5 Responses

  1. Anonymous says:

    SLM BRO..KLU LEPAS NI RUMAH TU PUN KENA MKN ANAI2, BAIK SURUH DIA DUDUK DLM GUA JEK..KT SITU ANAI2 PUN X BRANI NAK GIGIT..PALING2 PUN GIGIT TELOW DIA JEK KHKEHKEH

  2. zedmagel says:

    Salam Bro Pejuang Bangsa,

    Orang berpura banyak helahnya. Itu pun pengundi tak sedar lagi. Biar dia balik Melaka, baru tau untung nasib kat sana, kena tenyeh dengan Datuk Sri Ali Rustam Ketua Menteri.

  3. Kesian betul..bila dah takde orang untuk dipersalahkan..semut api dan anai yang jadi mangsa

  4. Anonymous says:

    LGE memang suka buat lawak bodoh laa, setakat anai-anai, semut api, siput babi (oops) aaa panggil pest control, lagi pun yg menghairankan KM KM terdahulu pun tak dak nak kecoh kecoh hal anai anai ni. Oooo LGE kata "Bad Fengshui" kepala hotak laa...jgn jadikan RUMAH mangsa pula akibat kebodohan serta kelalaian sendiri lemah mentadbir serta menyelesaikan masalah negeri...

  5. betul , suruh dia duduk dalam tokong ular di PP tu ..haha

    Dia di Melaka ,orang Melaka pun tolak dia .Bini dia tu nama ja Adun di Melaka tapi dok dengan laki honeymoon di banglo Mewah ..haha

    yang kesian rakyat PP ..dia dapat gaji setiap bulan RM 50K syok ,rakyat bawah merana kena kencing dengan dia ..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.