Manik Urai :Kempen berteraskan Pemuda BN

on Friday, July 3, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan kempen bersama untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan walaupun majoriti penduduk di kawasan itu dihuni kira-kira 99 peratus kaum Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kempen itu merupakan satu pembaharuan berbanding dahulu apabila BN mengadakan kempen untuk kaum masing-masing, sekaligus membuktikan bahawa Pemuda BN mempunyai semangat muhibbah dan kesepakatan dalam semua komponen parti BN.

"Pilihan raya di Manik Urai adalah ujian yang penting bagi kita (Pemuda Umno) melihat Pemuda BN bergerak bersama dalam satu pasukan untuk mengadakan kempen di situ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Pemuda BN di Menara Dato' Onn di sini malam ini.

Mengenai cadangan Pemuda PAS untuk mengadakan wacana ilmiah dengan Pemuda Umno, beliau berkata Pemuda BN tiada bantahan terhadapnya dan sekiranya kerjasama itu membuahkan hasil, sayap parti Umno itu akan menjemput semua pemuda daripada parti komponen BN untuk menyertai kerjasama berkenaan.

Penubuhan sekretariat hasil wacana itu akan dibincangkan kelak, katanya.

Apabila ditanya adakah beliau menolak debat dengan PAS, Khairy menafikannya dan berkata sebagai bukti, beliau telah pergi ke Kelantan untuk berdebat dengan calon timbalan presiden PAS yang kalah, Datuk Husam Musa.

Mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, beliau berpendapat perkara itu merupakan satu lawak jenaka.

"Kalau kabinet bayangan, lantiklah seorang sahaja untuk satu kementerian, ini tiga orang dicadangkan untuk memegang jawatan menteri, jadi sekiranya pakatan menubuhkan kerajaaan, mereka akan ada tiga menteri untuk satu kementerian," katanya.

Selain itu, beliau melihat sokongan rakyat kepada BN kini bertambah baik selepas beberapa masalah yang timbul di beberapa negeri yang diperintah kerajaan pakatan tidak disenangi penduduk setempat.

-- BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.