Pemuda UMNO mahu ISA dipinda sahaja bukan dimansuhkan

on Sunday, July 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KULIM 18 Julai — Pergerakan Pemuda Umno Malaysia lebih suka Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda dan bukan dimansuhkan, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pemansuhan akta itu hanyalah satu pilihan tetapi membuat pindaan supaya tiada ruang bagi pihak-pihak tertentu menyalahgunakan kuasa untuk tujuan politik adalah lebih baik.

“Apa saja akta bagi menggantikan ISA hendaklah bertujuan menjaga keselamatan negara dan menghapuskannya pada masa ini tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mencadangkan supaya kerajaan menghapuskan atau meminda ISA.

Khairy memberi contoh dalam konteks membendung anti-keganasan, ISA masih relevan kerana ada negara yang melaksanakan undang-undang anti keganasan menggunapakai akta yang tiada beza dengan ISA. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.