Misteri Kematian Teoh kini sudah dapat hint terbaru

on Thursday, July 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

www.mstar.com.my

Komen PB

Siasatan kes ini hampir ke kemuncaknya dan jika sampel DNA seorang lelaki yang tidak diketahui yang dijumpai pada baju kot dan tali pinggang Teoh sama dengan 102 individu yg diambil sampel DNA mereka maka kita akan dapat jumpa PEMBUNUH nya .

Cuma yang PB musykil ialah kenapa 2 orang lelaki ini iaitu Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing takut hendak memberi sampel DNA mereka untuk membantu siasatan polis sedangkan ramai lagi pegawai SPRM sanggup menjalani ujian DNA untuk membantu siasatan polis.
klik sini

Adakah mereka ini takut kerana mereka yang melakukan pembunuhan ini ?? Berani kerana benar ,kalau anda tidak lakukan perbuatan buat apa nak takut bagi sampel DNA.Adakah benar laporan dari blog Truth For Teoh mengatakan Gobind dan Karpal nasihat mereka supaya tidak memberi sample DNA kepada polis

The MACC and Police officers have given their DNA samples to Forensic but Tan Boon Wah and Lee Wye Wing have refused. Both Tan and Lee have been advised by Gobind Singh Deo and Karpal Singh not to give their DNA sample to the Police.Truth For Teoh Beck Hock

Jika betul seperti dilaporkan seperti di atas, PB nak tanya mengapa Gobind Singh dan Karpal Singh menasihat mereka ini supaya tidak memberi sample DNA kepada polis ?? Selalunya dalam penyiasatan kes pembunuhan ,orang terakhir yang nampak @ berhubung dengan mangsa merupakan hint cukup penting kepada siasatan polis. Tan Boon Wah mengaku dia orang terakhir yang jumpa mendiang selain pegawai SPRM tetapi beliau takut untuk bantu siasatan polis . Selepas itu pula bila beliau tidak mahu memberi keterangan kepada Polis dan beliau menyaman SPRM.Persoalan siapa yang membunuh Teoh semakin hampir dijawab.

Jika Tan Bon Wah ini sangkut ,maka ia pasti akan membuat DAP dan PKR akan menanggup kesannya cukup besar kerana mereka inilah merupakan pembela hebat kematian mendiang. Ronnie Lie dan Ean dan seluruh pemimpin DAP Selangor pasti tak akan duduk senang ..


2 Responses

  1. bungaraya says:

    Akhirnya tak lama lagi kita akan nampak dengan jelas pemunuh sebenar Teoh. Sabarlah. Kebenaran akan terbukti juga setelah inkues ini sampai kepenghujung. Cuma saya harap, jika pemunuh diketahui dan rupanya mereka adalah dalang DAP atau PR, jangan lagi mereka cuba menafikan dan mencari kaedah menegakkan benang yang basah. Itu semua sia-sia dan rakyat akan tahu bagaimana seharusnya mereka bertindak semasa pru ke 13 kelak.

  2. Anonymous says:

    Semua ni kerja Pakatan Haram Jadah.
    Tak payah nak soroklah. Cerita ala Tamil ni dah boleh di agak endingnya nanti.

    Beruk2 pembela tu sekadar Gimik sahaja.Kononya pembelalah. Pada halnya merekalah yg melakukanya.
    Mereka akan spin balik bahawa kerajaa yg lakukan,sebab itu awal2 lagi dah melekat untuk mengambil kesempatan.

    Peguam mereka tak ubah director filem. Pelakon undangan si pelacur tua dari Thailand hanya nasi tambah. Aku rasa Gobind rembat mak cik pelacur tu dari pekan golok. Doktor??? hahaha, doktor ayam sakit.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.