Archive for 07/08/12

default

PAS guna artis tarik penyokong ke ceramah ...haha

on Sunday, July 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tu diaaaa..Ostat Hairie kata ceramah dia ramai gila yg dtg..mmg sah dia ni kira sekali dgn kerusi kot..makhluk halus pun termasuk sekali..wakakakaka Nah tu dia!!!

Ceramah Umum yang dianjurkan oleh PAS mendapat sambutan yang sungguh 'MENGGALAKKAN' yang diberikan oleh puak-puak PAS sendiri. Di manakah rakyat Sg Buloh itu sendiri? Kenapa masih banyak kerusi kosong yang kelihatatan?

 Artis-artis yang berjuang dalam PAS dipanggil berikan ceramah, tapi ceramah depan siapa? Kerusi meja dan mambang tanah ker? Hehe hehe...

 Gambar di atas menunjukkan sungguh jelas, rakyat sudah mula bosan dengan puak pembangkang ni. Bosan dengan ceramah mereka yang hanya maki hamun Kerajaan dan juga memberikan janji bintang di langit.

Dengan cuba memancing artis-artis terkenal yang kononnya masuk PAS disebabkan ingin memperjuangkan Islam ternyata cubaan mereka meraih simpati masyarakat terbukti GAGAL.

 Pada golongan artis pula, janganlah mencari publisiti murahan dengan menyertai sesebuah parti politik hanyalah untuk kepentingan peribadi.

Jika ingin bercakap soal agama, pergilah menuntut dengan guru agama yang betul bertauliah bukan dengan guru agama yang pandai membuat fatwanya sendiri. Bukankah jika bercakap tidak berlandaskan agama atau pun mempermainkan agama Islam...hukumnya apa?

Tepuklah dada tanyalah Iman....Renung-renungkan!!

sumber: fb Anti DAP Club 


Komen GPB

UMNO ada ke guna bro Amy Search , Aflin Shauki , Harun Salim Bachik, AC Mizal di pentas ceramah untuk cakap  politik  mengapa sertai parti keramat orang Melayu ini ....


Nampak sangat la PAS betul-betul   terdesak menarik penyokong-penyokongnya ke ceramah ...hahaha

default

Hairie bangga job berceramah maki UMNO semakin bertambah !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ini lah tujuan utama mereka sertai parti hamPAS ini ... macam artis 2nd  class seperti  Hairie ,  tawaran berlakon dah slow..so kena cari altenatif lain la untuk cari income selain menaikkan semula popularitinya .

Jadi dengan sertai PAS , memang confirm la kerjanya akan  pi ceramah seluruh negara  la sebab itu lah modal PAS mencari duit daripada ahlinya yang menderma bagi mendapat jalan mudah ke syorga.

Nak kaya dalam PAS dengan menjadi penceramah atau ayam sabung mereka la ..dan syaratnya kena maki kerajaan dan UMNO .

PAS pulak perkudakanlah artis-artis 2nd class ini untuk menarik crowd  mereka mai ke ceramah hingga PRU 13 ..

Begitu lah nasib artis2 masuk PAS ...kalau nak berubah tak perlu masuk PAS pun ....

default

Jom ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia P.Pinang hari ini !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepada facebookers & twitter di sekitar P.Pinang .. jom hadir beramai-ramai ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia petang ini yang bermula 1 tengahari dan berakhir 6 petang di Sunway Convention Centre ,Sbrg Jaya .

Tak lupa kepada blogger terkenal  pro Pakatan.... jangan la pulak dengki  dengan konvensyen ini sampai terpaksa meroyan dalam artikelnya .  Cabutan bertuah itu biasa la ....kat mana-mana majlis termasuk Pakatan pun ada ...


default

Apa dosa UMNO kepada Abby Abadi ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 12 Comments



Ramai penyokong UMNO & peminat industri hiburan terkejut dengan perubahan sikap Abby Abadi selepas menyertai khawarij PAS , begitu kuat menghentam institusi parti UMNO.

 Seperti melepaskan bom , Abby seolah-olah menyimpan dendam lama terhadap parti yang paling banyak berjasa kepada orang Melayu .



Apa  agaknya  dosa umno kepada abby abadi, sehingga begitu mendalam sekali abby berdendam & membenci institusi umno yang telah banyak menyumbang bakti kepada penggiat2 seni tanah air ?

 Adakah   abby abadi  marah lagi  dengan Norman hakim ( keluarga UMNO )   , Zul ,  dan  penyokong kuat umno ?



default

Skandal: Wajah Guan Eng tertekan , Betty akui anaknya trauma ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Saya amat kecewa bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah mengenepikan penipuan sensasi dibangkitkan MCA terhadap suami saya sebagai masalahnya. Jelas sekali, Chua membiarkan konspirasi oleh BN dengan menggunakan Persidangan Negeri Melaka oleh Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo, untuk menyebarkan penipuan bahawa suami saya mempunyai hubungan rahsia dengan bekas kakitangannya dan saya telah menyerang beliau dan juga suami saya.

 Bagaimana ini boleh menjadi masalah suami saya apabila penipuan tersebut disebarkan oleh MCA? Suami saya tidak mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan saya berulang kali menyatakan bahawa saya tidak pernah bergaduh dengan wanita tersebut atau menyerang sesiapun berhubung perkara tersebut.

 Sebagai seseorang yang mengetahui kesakitan yang dilalui keluarga dan isteri selepas pita seks Chua dengan dengan seorang wanita didedahkan, saya jangkakan bahawa Chua tidak akan menggunakan taktik sama terhadap pihak lawannya, terutamanya ia adalah satu penipuan.

 Kenapa sehingga kini MCA tidak dapat menunjukkan bukti bahawa saya memukul seseorang? Chua sepatutnya menyatakan dakwaan tersebut atau mengarahkan Gan untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka.

 Saya dan rakan-rakan saya telah mencabar Datuk Gan banyak kali apabila kita di dalam dan luar dewan di Melaka untuk beliau mengulangi penipuan yang disebarkan dan kemudian menyebabkan ia dicetak. Bagaimanapun, beliau tidak berani untuk mengulanginya di luar dewan kerana beliau tahu penipuan tersebut adalah tidak benar dan sekiranya beliau mengulanginya di luar, suami saya dan saya akan mendakwanya di mahkamah. Gan merupakan seorang penakut yang bersembunyi di sebalik imuniti dewan, mengetahui apa yang dikatakannya di dewan tidak boleh didakwa oleh suami saya dan saya. Saya hanya boleh mendakwa Gan sekiranya beliau menyatakannya di luar Dewan

. Gan cuba lari daripada tanggungjawab selepas menfitnah saya dan suami saya. Adakah ini gaya politik MCA? Saya telah memberi amaran kepada Gan di dalam dewan bahawa sekiranya beliau tidak berani unutk mengulangi fitnah yang dinyatakan di dalam dewan di luar, beliau selamanya akan dilihat sebagai “seekor tikus yang lari menyeberang jalan” (the rat running across the street) oleh komuniti.

Chua sepatutnya mengetahui impak terhadap anak-anak kita, tambahan pula ia adalah satu penipuan. Daripada mencari kebenaran dari fakta dan meminta Gan mengulanginya di luar, Chua memilih untuk menyerang suami saya. Chua sepatutnya mengetahui kenapa suami saya begitu marah dengan kenyataan sedemikan kerana

 (1) suami saya tidak mempunyai kesalahan untuk diakui;


 (2) beliau takut yang anak-anak kami dan saya akan disakiti oleh penipuan sebegini. Kami tidak mahu anak-anak kami ke sekolah dan mengalami trauma tersebut secara berulang kali. 

 Sebelum ini, terdapat penipuan disebarkan mengenai salahlaku seksual terhadap salah seorang anak lelaki saya dan kini berkenaan suami saya pula. Kenapa MCA terpaksa berbongkok dengan begitu rendah menggunakan isu seks untuk mencemarkan suami saya hanya kerana mereka sendiri mempunyai masalah sebegini – mereka fikir orang lain juga sama?

Suami saya adalah betul, beliau bukan Chua Soi Lek. KLIK DISINi


Komen GPB 

Lihatlah  wajah lidah biawak ini cukup tertekan & tidak ceria sekali bila isu ini kena kepada keluarganya .  Sampai tak mahu memberi kenyataan langsung  ketika sidang media bersama isteri   .

Adakah Guan Eng sudah di warning Betty  ??? hahaha... ye la kerana isu ini anak-anaknya trauma ...

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.