Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dalam keputusanya Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya sedangkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak mengadakan undi berkenaan keatas Nizar.
Dr.Zambry dan 6 exconya diberitakan sedang mengemas pejabat sekarang untuk keluar daripada sana sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.Syabas kepada Dr.Zambry dan exco-exconya kerana menghormati keputusan mahkamah. inilah satu contoh yang baik ditunjukan oleh seseorang pemimpin yang mendukung prinsip demokrasi dan bukan seperti pemimpin pakatan seperti nizar dan sivakumar penderhaka .
Satu sidang tergempar DUN Perak akan diadakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Nizar .lihat di sini blog Parpu Kari
Insyaallah bila sidang tersebut diadakan ianya akan memihak kepada BN. Ini kerana BN mempunyai 28 orang adun + 3 bebas menyokong BN= 31. Manakala pakatan hanya mempunayi 28 adun. Nizar harus ingat pengantungan Sivakumar terhadap 10 ADUN termasuk Zambry adalah tidak sah kerana mahkamah telah membenarkan mereka menghadiri Sidang DUN .
Bila keputusan sidang dun nanti diputuskan saya berharap penyokong-penyokong pakatan juga akan menerima keputusan tersebut sebagaimana keputusan mahkamah hari ini.Rakyat Perak amnya tidak boleh menerima pemimpin yang samseng ,naik atas meja kerusi maki orang ,tidak menghormati langsung Tuanku Raja Muda yang terpaksa menunggu 5 jam untuk memberi titah ucapan . Pada 7 hb Mei itu lah Allah telah menunjukkan diri sebenar pemimpin DAP dan PKR yang cukup samseng dan rakus kepada kuasa.
Di mana Maruah Bangsa kita jika pemimpin pakatan seperti ini memimpin negeri kerana Sultan sendiri yang menjadi payung kepada seluruh rakyat pun mereka permainkan dan tidak menghormati inikan pulak jika ada teguran rakyat bawahan terhadap mereka.
BANGKITLAH BANGSAKU !!! JANGAN BIARKAN MARUAH BANGSA KITA INI TERGADAI DAN JIKA KITA BIARKAN KELAK ANAK CUCU CICIT KITA AKAN MENYUMPAH KITA DEK KERANA DIRI KITA SENDIRI YANG ALPA DAN TIDAK AMBIL PEDULI MARUAH BANGSA SEKARANG YANG KITA SUDAH DIPERMAINKAN ...
HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !!
link
Akur keputusan tetapi masih ada jalan
Nizar berdepan undi tidak percay di DUN Perak
Apa faedah Nizar menang di mahkamah ???
Nizar Bintang 3 dilantik semula menjadi MB tetapi.......
Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya
on Monday, May 11, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
6 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
May
(40)
- Dari Penanti - Peratusan pengundi keluar rendah
- 9 Melayu antara 40 terkaya di Malaysia
- PKR paksa pengundi Penanti supaya keluar mengun...
- Boikot Penanti - PKR dan PAS dulu pun pernah boik...
- PKR takut bayangan UMNO di Penanti
- Tok Pa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil...
- Pidato Perdana Pemuda UMNO di Permatang Pauh
- Pembangkang mahu pengganas komunis pulang
- Ustaz Pas kantoi dengan artis
- Mulut laser Azmin gelarkan Kak Min = Minah Ronggeng
- Panglima Erdogan Pengecut !! tak ada teloq
- Hero Mogok Lapar
- Rakaman dan bukti gambar cubaan rasuah didedahkan...
- Husam Erdogan vs Nasharuddin
- Penanti- medan hantam BN dan hina keputusan mahkamah
- Mogok Lapar taktik mahu tunjuk simpati dan kesian !!
- Buka Takrif Bumiputera : Pemuda Beri Ingatan Janga...
- Kebenaran telah tiba -Zambry sah MB Perak
- Perarakan lilin boleh jejas akidah
- Pengganas Chin Peng tidak akan dibenarkan jejak ka...
- Pendedahan Jamaluddin Radzi -Siri 2
- Pendedahan Jamaluddin mengenai sebab meninggalkan ...
- Pemuda laksanakan program baru dekati golongan muda
- Duit kita ambil - Nik Aziz
- Bapak dok sibuk fitnah Najib dan pemimpin BN ,ana...
- Jawapan SMS oleh Dato Hamdi
- Pesanan untuk Rakyat Perak
- Krisis Perak : Anwar terdesak mahu jumpa Najib
- Pesanan Datuk Hamdi Abu Bakar untuk rakyat Perak
- Gempar! PKR Perak: 1 Ahli Parlimen 1 Adun Perak Ak...
- Gambar MB MINORITI sementara Perak yang sah
- Tahniah Nizar !! Dari Penduduk Perak
- Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya
- Hari penentuan dalam sejarah melayu moden ...
- Kerajaan tidak harap terima kasih daripada Uthayak...
- Siapa guna bomoh ??
- Anwar rancang 4 hingga 5 pilihan raya kecil lagi?
- Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekreta...
- Pemuda Umum Exco Lantikan Dan Ketua Pemuda UMNO Ne...
- Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO
-
▼
May
(40)
Mantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
tumpang tanye skit...speaker yg "baru" yang angkat sumpah.. depan zambry tu sah ke?
Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.
Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.
Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.
Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.
Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.
Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.
Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.
PR pasti akan dapat menawan semula Perak.
nalapambu
mungkin pada masa skrg ni aku tidak nafikan sokongan kaum bukan melayu padu kepada PR
memang kaum melayu sudah berpecah dan ini adalah satu peluang pakatan utk menang di kawasan yang bilangan penyokong sama byk .
tetapi aku yakin semua ini akan diatasi dengan kaedah turun padang oleh Najib dan menteri2 di bawah beliau . selain mengutamakan rakyat sebagai gagasan dan KPI sebagai pencapaian kita sudah nampak perubahan dlm pemerintahanb Najib .
yang penting BN perlu kerja keras dan menunjukkan bahawa BN sentiasa membela rakyat. bagi aku YB Pakatan selepas menang shj PRU terus hilang ,nak nampak muka pun susah di kawasan asyik sibuk je . Rakyat nak pergi jmpa bagtahu masalah terus je lari seperti ada seroang ADUN PR di Selangor .
"tetapi aku yakin semua ini akan diatasi dengan kaedah turun padang oleh Najib dan menteri2 di bawah beliau ."
yeahhhh.. ini macam laaa..... jangan lupa ajak akak rosmah sekali....
one malaysia.. rakyat didahulukan.... islam hadhari ape dah jadi?
‘Turun padang dan akar umbi’. Entah apa yang dimaksudkan. Turun padang , padang mana? Padang bola atau padang semasa pilihan raya kecil sahaja. Atau membuka tirai sandiwara setelah pertabalan dan darjat diangkat menjadi Khalifah.
Jumpa umbi, akar belum tentu bertaut. Akarnya siapa yang punya? Ini teori yang mesti dipraktikkan atau ‘lip-service’orang politik dan halua telinga bagi yang tidak pekak sementara yang bebal akan teruja tidak tentu hala. Rakyat sudah ‘daring’ dan bijak untuk berkata ‘TIDAK’ kepada pemimpin dan parti yang hanya pandai bermuka-muka.
Saya mungkin berselisih pandangan dengan pendapat umum tetang konsep turun padang dan akar umbi.
Umum berpendapat turun padang membawa maksud melawat kawasan. Sementara akar dimaksudkan rakyat dan umbi merujuk kepada pemimpin tempatan yang menjadi fokus dalam usaha memenangi hati,dengan menabur budi bagi menawan undi, kerana mereka adalah penentu. Ingat umbi pun ada yang membawa penyakit. Mungkin ada yang sudah terkena ‘Selsema Babi’
Operasi turun padang mencari akar umbi selalu sahaja membawa maut kepada UMNO.
‘Turun padang’ ni bukan cerita baru. Ini cerita lama yang dah muak didengar.
1.Bagi saya UMNO kena balik pada ‘basic’ yakni menguatkuasakan perlembagaan UMNO sebagi rujukan yang baik, bukan secara selektif. Saya komen ini bukan base atas ‘banyak membaca’ macam pejuang bangsa tetapi melalui pemerhatian sebagai orang yang bermaustatin di kampong. Lebih-lebih lagi dalam kawasan ‘Lubuk PAS’.
2.Hati orang UMNO tulen yang luka perlu diubati. Itu asasnya,sebelum kita bercakap tentang ‘One Malaysia’. Jangan habiskan ‘Wang Malaysia’ dengan pemilihan strategi yang salah. Sun Tzu: IF YOU KNOW YOURSELF AND YOUR ENEMY, IN A HUNDRED BATTLES, YOU WILL NEVER FEAR THE RESULT.
3.Bagi saya turun padang ala Menteri Besar Kelantan lebih berkesan. Saya kemukakan Nik Aziz berasaskan beliau adalah katalis kekuatan PAS khususnya di Kelantan. Walaupun sudah bertahun-tahun menjadi MB tugas asalnya sebagai da’i dan pendakwah diteruskan sampai sekarang. Ketika ditanya, bagaimanakah ayah beliau mendidiknya, Tuan Guru memberitahu bahawa mancis api sebatang pun, dibelah dua untuk mengajar anak berjimat cermat. Inilah watak dan peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rakyat menyokongnya kerana terpesona dengan keperibadiannya dan iltizam yang dibawanya bersama.Tidak hairan, beliau disegani oleh kawan dan lawan. Anda boleh berbalas hujah dengan berdebat dan berpidato, tetapi tiada siapa yang mampu menewaskan akhlaq dan pengaruhnya.
4.Gaya kepimpinan begini, sangat mempengaruhi. Apa yang beliau lakukan? Beliau berhubung dengan pengikutnya. Bukan hanya hubungan logik akal, tetapi hubungan hati, hubungan emosi.
Pejuang Bangsa! Ambil yang baik. Yang tidak baik buang sahaja. Jangan marah-marah. Jadikan Blog anda untuk menerima kritikan. Yang baik jadikan pedoman. Yang tidak baik jadikan sempadan.