Perarakan lilin boleh jejas akidah

on Friday, May 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Berikut merupakan pandangan mengenai perarakan lilin yang menuntut pembubaran dewan undangan negeri Perak supaya pilihanraya baru diadakan di negeri itu.

"Umat Islam dilarang menyertai perarakan atau perhimpunan menyalakan lilin (candlelight vigil) anjuran pihak tertentu kerana perbuatan itu boleh menjejaskan akidah.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Islam Antarabangsa, (UIAM), Prof Datuk Paduka Dr.Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, ia dihukumkan syirik kerana perbuatan itu merupakan amalan dalam agama kristian.

Tegasnya, semua umat Islam perlu sedar bahawa aktiviti seperti itu merosakkan keimanan seseorang walaupun dengan tujuan apa sekalipun.

Akidah tunjang dalam Islam, sebab itu Rasulullah SAW para sahabat dan Khalifah Islam tidak pernah berkompromi dalam soal ini (akidah) kerana akidah asas Islam dan keimanan seseorang muslim.

Sekiranya akidah rosak sekali gus ia merosakkan Islam dan iman. Kita jangan pandang remeh, apa yang dibincangkan disini perkara besar yang perlu dititikberatkan oleh semua masyarakat Islam dinegara kita, katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau mengulas mengenai trend menyalakan lilin ketika berhimpun atau berarak oleh pihak tertentu khususnya 'orang politik' sebagai salah satu bentuk bantahan terhadap satu-satu isu.

Aktiviti tersebut dikhuatiri disertai oleh sebahagian umat Islam yang ghairah melakukannya tanpa menyedari ia salah satu perbuatan syirik.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam melakukan sesuatu perkara, umat Islam harus berhati-hati supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang boleh memberikan kesan kepada agama dan keimanan mereka"


4 Responses

  1. Pas telah menyokong program vigil yang diadakan pada malam Sabtu. Harakah sendiri telah menjadi egent untuk menghebahkan hal ini kepada pengikutnya.

    Bila Taipingmali mengkritik perbuatan ini tahun lalu mereka membalikkan kesah malam 7 likur. Melayu pasang lampu di masjid dan rumah.

  2. salam ziarah
    aduh...kenapalah PAS sekarang makin teruk....perbuatan yang menyamai orang Kristian pulak yang nak diikut...dulu waktu Saiful bersumpah dengan Al-Quran bukan main lagi mengatakan Saiful bersumpah dengan cara bukan Islam....sekarang PAS pulak....tak kata apa2 pun....guna kisah malam 7 likur pulak....eh..kita pasang lamp je tau tapi tak berarak...apa kejadah benda tu pun tak boleh beza ke......PARTI AJARAN SESAT...

  3. x-pkr says:

    PB,,,

    tepat gesaan datuk Mahmood Zuhdi, mufti perak pun dah berckp. PAS lebih dgr ckp albbladiful AnWAR yg belajar dari arab taha jabir yg dok lama kat amerika...semua nya halal.

    aku perna dgr depa kata ayam kat amerika pun boleh mkn, jgn persoal sembelih ke tak, yg penting yakin ia bersih....islam itu mudah katanya!!
    Masya Allah......

  4. Ini berita buruk buat penganut PAS kerana telah nyata mereka melakukan amalan syirik apabila bersama sama golongan kristian meraikan program vigil.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.