Buka Takrif Bumiputera : Pemuda Beri Ingatan Jangan Perkecil Asas

on Saturday, May 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur – Pemuda UMNO hari ini menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kota Alam Shah untuk mengemukakan cadangan mengenai pembukaan takrifan Bumiputera kepada semua rakyat yang lahir selepas 31 Ogos 1957 sebagai suatu usaha memperkecil 'asas perlembagaan'.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata cadangan ini merupakan amalan 'cucukan politik' yang juga bertujuan untuk memadam kelemahan ADUN Kota Alam Shah itu dalam memberikan khidmat kepada pengundi selama ini.

Justeru tegas beliau Pemuda menggesa Manoharan untuk memberikan tumpuan khusus kepada pengundi Kota Alam Shah yang sudah dinafikan 'hak' untuk mendapat seorang wakil rakyat yang memberi khidmat selama ini.

"YB Manoharan tidak perlu terbawa-bawa dengan politik ekstrim dan memperkatakan sesuatu yang tidak selari dengan maksud perlembagaan.

"Takrif - 'Bumiputera' atau 'anak negeri' tidak boleh dibuka sesuka hati. Ianya membawa makna yang berkait dengan perlembagaan, perundangan dan konotasi sejarah yang panjang. Manoharan tidak perlu mempersoalkan hakikat itu", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.


Komen PB

Apabila sudah dilepaskan ,mula la mereka ini geng Hindraf melalak tidak tentu arah mencari point hantam kerajaan dan orang Melayu . Tidak sepatutnya mereka ini membuat cadangan mengenai pembukaan takrifan Bumiputera kepada semua rakyat yang lahir selepas 31 Ogos 1957 kerana perkara ini cukup sensitif kepada kaum Bumiputra terutama orang Melayu .Memetik kata-kata Datuk Ibrahim Ali,Presiden Perkasa

‘Ini negara Tanah Melayu dan kita telah memberikan hak kepada mereka untuk tinggal di sini. Kalau dia (Manoharan) hendak taraf bumiputera, baliklah ke India, di sana dia boleh dapat taraf tersebut.


'Isu-isu yang dibangkitkan beliau semuanya merepek, sebagai contoh masalah sekolah Tamil, kenapa minta peruntukan yang melampau, kerajaan sudah sediakan sekolah, jadi pergilah belajar di sekolah ini, semuanya percuma, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum di negara ini,’


LINK

Manoharan perlu cermin diri dulu


4 Responses

  1. Senjaliza says:

    Mulai BESOK, desa kerajaan supaya selidiki SyarikaT Taraf Bumiputera yang dipalsukan atau diperolehi dengan cara RASUAH. TARAF BUMIPUTERA MESTI DITULINKAN. Negeri-Negeri perlu diberi kuasa menyelidik dulu sebelum PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) bagi taraf BUMIPUTERA kerana disinilah "banyak godaan syaitan-misalnya: orang sumbang suara menyanyi merdu di karaoke, ada yang mula kepanasan bila tidur dekat Isteri", dan pandai tiba-tiba boros dan adapt budaya melancong tak bawa Isteri!! COMMON..Kata Bumiputera = apartheid - so why nak dapat tittle bumiputera. "OVER MY DEAD BODY". Barangkali kemerdekaan 1 kita "Tak syok" sebab tak ada pertumpahan darah. So let have a kemerdekaan ke 2..yang syok.

  2. salam ziarah...
    sama2lah menjaga hak bumiputera......selamat enziarah log ana di pedangsrikandi.blogspot.com

  3. harap dapat buat liputan dari Penanti, walaupun BN tak bertanding,,,kita tgk depa nak maki hamun dan mencarut kepada siapa...

  4. insyallah saya akan membuat liputan live dr Penanti ..

    sy dengar ceramah-ceramah PR banyak berkisar mengenai krisis di Perak ,isu PPSMI agar membuatkan rakyat membenci BN dan Najib.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.