Boikot Penanti - PKR dan PAS dulu pun pernah boikot Batu Talam

on Saturday, May 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Penanti: Pembangkang Mudah Lupa - Khairy Jamaluddin


Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR.

Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita. Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka. Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu. Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.

Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.

Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti. Inilah sifat dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti .


sumber : http://www.rembau.net.my/


One Response

  1. Lambo says:

    Salam;

    Sempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak balik kampung, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.

    Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.