Penanti: Pembangkang Mudah Lupa - Khairy Jamaluddin
Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR.
Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita. Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka. Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu. Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.
Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.
Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti. Inilah sifat dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti .
sumber : http://www.rembau.net.my/
Boikot Penanti - PKR dan PAS dulu pun pernah boikot Batu Talam
on Saturday, May 30, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
1 Comment
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
May
(40)
- Dari Penanti - Peratusan pengundi keluar rendah
- 9 Melayu antara 40 terkaya di Malaysia
- PKR paksa pengundi Penanti supaya keluar mengun...
- Boikot Penanti - PKR dan PAS dulu pun pernah boik...
- PKR takut bayangan UMNO di Penanti
- Tok Pa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil...
- Pidato Perdana Pemuda UMNO di Permatang Pauh
- Pembangkang mahu pengganas komunis pulang
- Ustaz Pas kantoi dengan artis
- Mulut laser Azmin gelarkan Kak Min = Minah Ronggeng
- Panglima Erdogan Pengecut !! tak ada teloq
- Hero Mogok Lapar
- Rakaman dan bukti gambar cubaan rasuah didedahkan...
- Husam Erdogan vs Nasharuddin
- Penanti- medan hantam BN dan hina keputusan mahkamah
- Mogok Lapar taktik mahu tunjuk simpati dan kesian !!
- Buka Takrif Bumiputera : Pemuda Beri Ingatan Janga...
- Kebenaran telah tiba -Zambry sah MB Perak
- Perarakan lilin boleh jejas akidah
- Pengganas Chin Peng tidak akan dibenarkan jejak ka...
- Pendedahan Jamaluddin Radzi -Siri 2
- Pendedahan Jamaluddin mengenai sebab meninggalkan ...
- Pemuda laksanakan program baru dekati golongan muda
- Duit kita ambil - Nik Aziz
- Bapak dok sibuk fitnah Najib dan pemimpin BN ,ana...
- Jawapan SMS oleh Dato Hamdi
- Pesanan untuk Rakyat Perak
- Krisis Perak : Anwar terdesak mahu jumpa Najib
- Pesanan Datuk Hamdi Abu Bakar untuk rakyat Perak
- Gempar! PKR Perak: 1 Ahli Parlimen 1 Adun Perak Ak...
- Gambar MB MINORITI sementara Perak yang sah
- Tahniah Nizar !! Dari Penduduk Perak
- Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya
- Hari penentuan dalam sejarah melayu moden ...
- Kerajaan tidak harap terima kasih daripada Uthayak...
- Siapa guna bomoh ??
- Anwar rancang 4 hingga 5 pilihan raya kecil lagi?
- Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekreta...
- Pemuda Umum Exco Lantikan Dan Ketua Pemuda UMNO Ne...
- Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO
-
▼
May
(40)
Salam;
Sempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak balik kampung, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.
Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...