Pemuda laksanakan program baru dekati golongan muda

on Tuesday, May 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


MELAKA 17 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO akan memperkenalkan program dan aktiviti baru yang lebih relevan kepada generasi muda dalam usaha mengajak mereka mendekati parti itu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat perlu ada perubahan baru dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan sebelum ini yang dilihat tidak lagi relevan untuk digunakan kepada generasi muda pada masa kini.

Katanya, pendekatan Pemuda sebelum ini hanya relevan kepada generasi lama dan tidak sesuai digunakan jika parti berhasrat mendapat sokongan daripada generasi muda yang celik teknologi maklumat (IT).

''Jadi, kita dalam peringkat perancangan di peringkat negeri dan bahagian, apa perubahan dari segi pendekatan yang akan kita lakukan supaya lebih ia relevan kepada generasi muda.

''Tumpuan terutama kita kepada mereka yang akan mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-13, oleh itu, jangan kita ikut rentak kita sendiri, tanya apa yang relevan bagi generasi muda pada masa kini," katanya.


Selanjutnya...

Komen PB

Kita harap YB Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO dan BN dapat perkenalkan program yang lebih dekat dengan golongan muda setiap kaum dan memenuhi semua aspirasi mereka inginkan . Mungkin di dalam Pemuda UMNO ,sudah disiapkan program seperti kursus kepimpinan politik dan mengikut modul yang telah disediakan tetapi bagi golongan muda yang bukan Melayu ,kita perlu program yang lebih komprehensif dan menepati kehendak serta selari dengan gagasan kerajaan iaitu Satu Malaysia.


3 Responses

  1. Nik Amir. says:

    Tahniah KJ..kreatif dan inovatif.
    Dekatkan dengan budak-budak di pusat-pusat pengajian tinggi.
    'review' balik AUKU. Pelajar tidak boleh dihalang membicarakan soal-soal sosial,agama dan politik.Mereka adalah pemimpin masa depan.
    PAS setiap hari minggu angkut budak-budak ke tempat tertentu dan di 'doctrinate'kan mereka hingga mencetus perasaan 'anti-establishment' yang kuat dari jiwa muda yang sentiasa memberontak.
    Tabik KJ!!!

  2. PAS mpy kader2 mereka di universiti dan perkara telah disedari oleh pihak BN . Aspirasi golongan muda yang tidak mahu dikongkong oleh pihak universiti boleh dikaji semula dengan review AUKU semula . kaedah turun padang oleh Datuk Saifuddin Abdullah ke setiap ipta tempatan serta menggalakan pendebatan di kalangan pelajar merupakan langkah yang baik oleh kerajaan yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk melontarkan idea serta kehendak mereka .

  3. dan siap kan duit banyak2 untuk pancing undi nanti...

    hahahaha!!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.