Majoriti pengundi muda Melayu didapati cenderung menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 berbanding pengundi muda kaum lain.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan kajian yang dilakukan badan bebas dan pihaknya sendiri yang mendapati 55 peratus pengundi muda Melayu mengundi BN.
"Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam skop keseluruhan melibatkan pengundi muda, kita (BN) masih ketinggalan terutamanya daripada sudut sokongan pengundi muda Cina yang lebih cenderung kepada pembangkang," katanya.
Beliau berucap dalam program Lawatan Ukhuwah Anak Muda dan perasmian kejohanan futsal anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd. Rahim serta kira-kira 500 golongan muda.
Melihat kepada pola sokongan berkenaan, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, BN khususnya UMNO wajar menghargai sokongan pengundi belia Melayu serta dalam masa sama tidak meminggirkan belia bukan Melayu.
Sehubungan itu menurut beliau, BN perlu terus mendekati dan memahami pengundi muda daripada kaum lain jika berhasrat memenangi semula kawasan yang dikuasai pembangkang.
"Ini kerana statistik menunjukkan terdapat hampir empat juta pengundi baharu berdaftar menjelang PRU-14 dan mereka ini akan menjadi faktor penentu parti mana yang akan menang," katanya.
Dalam pada itu Khairy berkata, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara perlu terus mengadakan pelbagai program mendekati golongan muda walaupun di kawasan yang majoritinya mempunyai pengundi berbilang kaum.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dakwaan pembangkang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak wajar dikaitkan dengan inisiatif kerajaan kerana sememangnya hak rakyat perlu dilihat dalam skop lebih luas.
"Ingin saya tegaskan, bukan semua kerajaan di dunia mampu menguruskan ekonomi mereka dengan baik sebagaimana yang dilakukan kerajaan BN sehingga kita mampu memberi semula kepada rakyat seperti BR1M," katanya.
KJ cakap macam tong kosong bukan bolih pakai sangat seperti dulu PRU semasabapa mertua dia jadi pm, dia dwngan slogan jom kelik kelate, hancus bn disana dan perlu di ingatkan apa kah sumbangan KJ pada UMNO selain dari hendak meliberalkan pemikiran UMNO?
Nak ambil Cina buat apa, apakah mereka bela Melayu dan Islam. Tolak DAP,MCA dan Gerakan.