PESAWAT #MH370 TERGANTUNG DI ALAM GHAIB OLEH BUNIAN KATA BOMOH

on Tuesday, March 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Seorang bomoh mendakwa pesawat MH370 yang dilaporkan hilang, tidak terhempas sebaliknya masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Bomoh yang dikenali sebagai Mahaguru Ibrahim Mat Zin itu mendakwa pesawat tersebut berada di alam misteri kerana disembunyikan oleh bunian.

Dia yang sudah berpengalaman lebih 50 tahun sebagai bomoh berkata, disebabkan itu, pesawat tersebut tidak dapat dijejaki sehingga sekarang.

"Oleh itu, semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum perlu berdoa agar pesawat yang hilang muncul kembali.

"Kita berharap dengan usaha ini, pesawat itu akan muncul dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu ini," katanya yang datang bersama lima pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.



Kehadiran bomoh itu di balai ketibaan secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.

Dia melakukan ritual mencari pesawat di ruang legar di situ dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh.

Ketika ritual tersebut dijalankan, dua orang awam dipanggil untuk membantunya bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370.

Ibrahim berkata, segala ilmu dan pengalamannya akan digunakan untuk membantu kerajaan mencari pesawat yang hilang itu.

"Saya juga telah menyuruh 100,000 ahli Silat Gayung menunaikan solat hajat bagi membolehkan pesawat muncul segera.
"Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil dan memudahkan pencarian," katanya



6 Responses

  1. ptuiihh..... says:

    boleh bagi tau sape pegawai tertinggi yg panggil bomoh umnok nie?.....ak tau jugak!

  2. Unknown says:

    Ini satu lagi cerita katoon.Pesawat MH 370 ditawan oleh bunian dan di jaga oleh Upin & Ipin

  3. Anonymous says:

    salah tu.. bukan kat alam bunian tapi antara dua telo tok moh tu... dah takda kerojer ker apeyyy? teropong jerlah dari rumah kalau dah terer sangat.... hampehhh

  4. Anonymous says:

    mcm mcm org nk cari publisiti ni .dia soh 100k org solat hajat dia teropong mcm laksmana doremi intai menteri pasola . plawok plawok plawok baik panggil Pak Salam Erwin Joko

  5. Anonymous says:

    bkn ke ustaz fathul bari kata diorg ni ahli pkr

  6. Anonymous says:

    Sekiranya mh370 ditemui mana betullah RAM Alan turn, tunggu jelah as betul tak.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.